Saya baru pulang dari USM, masih penat. Tidak sempat berbuat apa-apa, terus membuka komputer yang ditinggalkan sekian lama.
Ringkas sahaja untuk kali ini. Alhamdulillah, pasukan debat UM telah menggondol gelaran Johan Debat Perdana Integriti 2008. Lebih manis, kejayaan ini juga diiringi dengan gelaran juara liga dan pendebat terbaik liga, memang suatu kenangan manis.
Namun pahitnya tetap ada apabila memberikan persembahan kurang memberansangkan semasa pusingan akhir.
Terima kasih pada Azizul, Otel, dan semua…!!! Saya akan sambung di lain entri.