Saiz enjin

12 02 2008

Lama sudah saya berfikir tentang perkara ini. Bila sudah peroleh jawapan, ingin pula berkongsi pada semua.

Selalunya apabila kita bercakap tentang saiz enjin, pasti kita menggunakan unit cc. Selama ini, saya sudah tahu apa itu cc. (Kalau and tidak tahu, cc itu maknanya cubic centimeter ataupun cm3). Apa yang saya tidak tahu ialah di mana ukuran isipadu itu ditentukan.

Ukuran isipadu tersebut terletak pada sesaran (displacement) piston di dalam enjin. (Siapa tidak tahu struktur enjin, belajar KHB semula). Nilai sesaran ini yang menentukan enjin anda bersaiz besar atau tidak.

Sesaran Enjin

Kalau hendak mudah faham, gambar di atas (terima kasih wikipedia.org) menerangkan tentang ukuran ini. Sesaran dalam rajah di atas ditandakan dengan warna oren.

Maknanya, sekarang anda sudah faham ukuran enjin bukan?





Paparan lebih menarik

12 02 2008

Ini bukan isu pilihanraya, bukan jua perkembangan kes sharlinie atau nurin.

Paparan lebih menarik yang saya maksudkan ini ialah monitor baru desktop saya. Ya! Saya baru membeli monitor LCD baru jenama Samsung bersaiz 17″. Lebih jelas dan menarik paparannya. Ruang meja pun semakin luas, tak perlu bersusah-payah untuk buat tutor selepas ini, kan sarah?

My workstation

(inilah jadinya kalau tiada idea untuk membuat entri di blog)