Lama sudah saya berfikir tentang perkara ini. Bila sudah peroleh jawapan, ingin pula berkongsi pada semua.
Selalunya apabila kita bercakap tentang saiz enjin, pasti kita menggunakan unit cc. Selama ini, saya sudah tahu apa itu cc. (Kalau and tidak tahu, cc itu maknanya cubic centimeter ataupun cm3). Apa yang saya tidak tahu ialah di mana ukuran isipadu itu ditentukan.
Ukuran isipadu tersebut terletak pada sesaran (displacement) piston di dalam enjin. (Siapa tidak tahu struktur enjin, belajar KHB semula). Nilai sesaran ini yang menentukan enjin anda bersaiz besar atau tidak.
Kalau hendak mudah faham, gambar di atas (terima kasih wikipedia.org) menerangkan tentang ukuran ini. Sesaran dalam rajah di atas ditandakan dengan warna oren.
Maknanya, sekarang anda sudah faham ukuran enjin bukan?
uuuurmm.. menarik…. camtuh ek. rupenyer.. hohoho
terima kasih atas penerangan 2 kalau boleh cuba terangkan tentang insurannya plak
selalu kita beli “first party” atau “third party” abis kenapa tak boleh beli “second party”
Ali : perli ke?
Kalau X silap Insuran Third Party Murah Insuran First Party Mahal Second Party Kit Tak Mampu Beli Sebab First Party Kita Third Party Pihak Lawan Second Party Adalah Syarikat Insurannya Kalau rajin tolong carikan faktanya
Ali : tolong carikkan leh?
hahha….party lain ade x?? mcm birthday party ke….new year party ke..etc…huhu
Ali : Parti politik?
tq!! aku da lame cari pasal info saiz enjin.. hehe. pas ni bleh sebarkan ilmu ni kat member2 aku yang rempit, tapi tak tau pasal saiz enjin. ahaks!!