Saya berpeluang kembali ke Istana Budaya (IB) malam tadi (14 Februari 2008) untuk menyaksikan Konsert Barisan Budi 2008. Pas percuma, saya pergi sahajalah. Bukan mudah untuk masuk tanpa bayaran ke pentas berprestij bertaraf dunia ini.
Muziknya indah. Orkestra Simfoni Kebangsaan memang tidak mengecewakan, namun saya rasakan kumpulan orkestra Erwin Gutawa semasa P. Ramlee The Musical dahulu lebih cemerlang. Apa-apapun, apabila muziknya diadun dengan sistem pembesar suara IB, tetap sedap didengar. Susunan muzik Mustafa Fuzer Nawi dalam lagu Yek Lian Yuan (Bulan Itu Bulat) adalah mendayu, dan untuk susunan muzik dalam lagu Hero dan Gemilang sangat superb!
Barisan artis ada yang kena dan ada yang tidak perlu. Nabil, Erni dan siapa entah tidak perlulah menyanyi di pertas IB ini. Liza Hanim diletakkan dengan lagu petani sahaja (bayaran mahal barangkali). Bob AF, Suki OIAM, Zamil Malaysian Idol tidak menghampakan. Dina pula merupakan satu-satunya penyanyi yang boleh menyanyikan lagu Gemilang selain Jaclyn (kesal kerana Jac tiada malam tadi). Dayang Nurfaizah pula memang something dengan lagu Hero.
Mahadzir Lokman memang seorang emcee yang hebat dan versatile. Konsert dijadikan sedikit formal, namun alu-aluan untuk VIP dibuat dalam keadaan yang tidak formal. Ayat ini berbelit, namun ia memberi gambaran betapa sukarnya saya hendak menaip ayat yang menggambarkan kehebatan Mahadzir Lokman.
Sketsa Ebby Yus, Abon, Rama dan Angelina Tan ada dua adegan. Walau disuntik dengan elemen humor yang memang mencuit hati, namun unsur-unsur kempen politik tetap ada. Frasa-frasa seperti “… pembangunan kita udah seimbang, seperti dacing…” ataupun “… mari kita mengundi memakai baju biru, IC (kad pengenalan) kita pun warna biru, kan?…” sangat jelas merupakan kempen untuk pilihanraya.
Walaupun konsert tersebut hebat dan menarik, tidak kasar jika saya katakan ia telah sedikit sebanyak menjatuhkan martabat IB. Membawa masuk pelatih PLKN beramai-ramai ke IB seolah-olah menyamakan taraf IB dengan Auditorium RTM di Angkasapuri. Tetapi, sesuailah dengan status konsert ini ; percuma.
Apa-apapun, terima kasih kepada Maisarah kerana sudi pergi bersama ke IB. Memang niat saya untuk membawa awak ke sana setelah Abg Azerai pernah memberi peluang kepada saya dahulu. Juga buat Otel, catatlah sesuatu yang kau pernah ke IB. Kenangan manis untuk Haris kerana sempat melangkah masuk ke Panggung Sari IB sebelum pergi ke negara matahari terbit Mac ini.
Macam Lima Bintang Ikan Masak Lima Bintang Dah Bayar Blum
Ali : ala… nanti arr dulu… sengal la!
nantikan catatan saya mengenai IB ini tau. Dan jgn lupa bg komen! btw, mana ada nabil nyanyi smalam, budak kecik yang ‘bajet’ tu adalah Ikhmal. Berjaya merosakkan keDIVAan karya Mentera Semerah Padi. Ok
Ali : sangat tidak best die nyanyi sampai aku tak ingat nama die… aku main sebat je letak nama nabil tuh… haha!
ehm….thanks to ali juga kerana bawa “kami” semua ke IB..best sangat2 gi sane….lain kali kita tengok teater ek??..jgn lupe buatkan bloq utk saya tau…dh ade semua kan…buat kan ek….
Konsert Barisan Budi memang best. Saya pergi 2 kali. Seperti yang dijangka, kedua-duanya bukan serupa sebab ada kelainan perbezaan persembahan malah celebriti dan artis yang pergi pun ada yang menampilkan sketsa berbeza dan lagu pun berbeza. Kesimpulannya;
Mahadzir Lokman – Emcee yang tiada tandingan luar biasa, suara jelas dan mengacarakan konsert dengan begitu tersusun sekali.
Orkestra Simfoni Kebangsaan – memang best walaupun dalam kumpulan kecil yang belum cukup lengkap.
Lagu Yek Lian Yuan (Bulan Itu Bulat) – sebak jugak iramanya walau aku tak paham senikata lagu tersebut.
Lagu Hero dan Gemilang – Wow!
Bob, Suki , Zamil – persembahan berjaya dan bertenaga, malangnya lagu yang dibawakan 1-2 lagu sahaja.
Dina – Lagu Gemilang yang dia bawa memang buat aku terpukau, vokal tinggi!
Sketsa Ebby Yus, Abon, Rama dan Angelina Tan – Tidak kering idea dan tidak mengeringkan gusi.
*Rugi siapa yang tak datang, konsert percuma yang bertaraf tinggi bukan selalu ada, tapi biasanya benda-benda percuma macam ni la orang liat nak pegi.
Ali : 2 kali? bestnya…