Tajuk entri ini sama dengan yang ada di blog Kelab Orator UM, cuma ia ditulis dari perspektif berbeza.
Rasa sedih dan terharu apabila jamuan yang sekian lama saya idamkan terlaksana jua. Malah lebih manis lagi, mendapat kerjasama dari sahabat saya dari UNITEN. Terima kasih Farhan. Jamuan yang meraikan Hasril, Haris dan kecemerlangan UM-UNITEN itu sungguh bermakna.
Saya masih ingat kali pertama saya mengenali sdr Hasril. Saya dilatih memberi ucapan di hadapannya dengan tajuk yang cukup pelik; Bola Tidak Perlu Bulat. Saya akan ingat. Mock dan sparing yang memenatkan sehingga ada yang membaling kertas. Saya akan ingat. Memang meletihkan tatkala mendengar cerita debatnya hingga lewat malam namun itu yang menjadi rencah ucapan debat saya. Saya akan ingat. Percutian ke Melaka dan sesi karaoke hujung minggu juga meninggalkan kenangan pada saya. Saya akan ingat. Paling terharu ialah semasa Pertandingan Debat Diraja 2007, sepanjang perdebatan, beliaulah orang yang paling setia mengikuti dan menganalisa persembahan pasukan UM (Utama) 1. Saya akan ingat.
Orang yang kedua diraikan ialah Haris. Siapa dia ni? Haha! Terima kasih kepada Haris yang walaupun sibuk dengan persediaan ke Jepun, masih sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kecil ini. Moga terus cemerlang di dunia baru yang lebih mencabar nanti ya!
Buat keluarga UM dan UNITEN, tahniah dan kita harus berusaha lebih selepas ini. Walaupun akan berehat sebentar daripada arena perdebatan, sekali-sekala kalau hendak makan bersama tu, calling-calling la ya!
ko x nak citer ker drama2 keluarga sblm g jamuan..haha
Ali : Takde maknanya… tapi aku kagum dengan sekalian roomateku yang sengal dan penyabar tatkala aku menyepak botol…
credit to maisarah kerana ajak makan kat sini..hehe…even lauk dah sejuk..namun kesedapan nye masih dpt dirasai……kenangan terindah….tq ali…
Ali : Tomyam sejuk sedap gak kan?… dirimu sebahagian kami…
Satu malam yang cukup berbeza namun itu menandakan kita sebuah keluarga yang utuh yang telah bersama – sama melalui pelbagai rintangan dan dugaan.
Kita harus mengucapkan kesyukuran kepada tuhan kerana senantiasa mempermudahkan rezeki kepada kita. Kemenangan ini juga menandakan titik peluh seorang jurulatih yang terherbat terbukti usaha itu tangga keyayaan.
Kepada UNITEN ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Tidak mungkin UM akan pergi begitu jauh dalam pertandingan tanpa berlatih bersama – sama dengan kamu semua. Mungkin ramai yang rasa UM yang menguntungkan UNITEN tetapi tidak mengenali hikmah disebalik keuntungan yang UM dapat apabila berlatih dengan sebuah Universiti yang sudah mencapai satu tahap perdebatan yang cukup berbeza.
Kepada UM betul kata jurulatih kita. Kita menang bukan kerana kita hebat tetapi lawan kita lemah maka kelemahan itu harus terus diperbaiki.
Kepada orang – orang muda seperti saya , shahid , hidayat dan luqman berterima kasihlah kita diberi peluang untuk bertapak di dunia perdebatan. Lebih – lebih lagi Shahid yang amat mengagumkan. Terus pertingkatkan bakat ! Saya percaya kamu akan menjadi seorang pendebat yang sebaris dengan pendebat terkemuka negara dalam masa terdekat. Kepada Hidayat sebenarnya sudah pun hebat tetapi kehebatan dalam latihan tidak berterusan dalam pertandingan maka carilah puncanya dan perbaikinya. Kepada luqman kamu menurun dengan mendadak. Ini bukan prestasi sebenar kamu ! Jangan pandang ringan dan terus mara ke hadap
Dalam kepada semua yang terlibat didahalui dengan ucapan terima kasih
cuma nak tau ada sorang 2 kerapkali disebut-sebut dia 2 budak UPM ke?
Ali : Amende budak UPM plak nih?
“rumate mung Oleh:
18 Februari 2008 pada 2:18 pm
ko x nak citer ker drama2 keluarga sblm g jamuan..haha
Ali : Takde maknanya… tapi aku kagum dengan sekalian roomateku yang sengal dan penyabar tatkala aku menyepak botol…”
haha.. seperti ada ssuatu yg blaku ek a.ali.. haha.. drama2 keluarga..
huhuhuhu..
en mohamed b. ali
UPM tinggal kenangan la..
apa la ketinggalan zaman dah nih…