Blog Readability : Genius!

22 02 2008

Trimas pjoyz sebab cerita pasal benda nih. Laman web tentang tahap pemikiran apakah yang diperlukan untuk membaca blog ini. Hasilnya, GENIUS. Haha! Saya tergelak sendirian. Tidak kiralah bagaimana laman web tersebut menilai, tetap saya hendak letak di sini.

Blog Readability

Ada sesiapa hendak cuba? Klik di sini.





Manifesto PAS dan Islam Hadhari

22 02 2008

PAS

Pelbagai gimik kempen pilihanraya dapat kita perhatikan. Paling hebat yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang ialah Negara Kebajikan yang dijanjikan. Lantas, PAS telahpun melancarkan manifestonya, yang katanya terdiri daripada 12 teras:

  1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih
  2. Pengurusan berhemah (Pruden) kekayaan negara
  3. Jaminan keselamatan nyawa, keselamatan dan harta benda dengan membanteras jenayah
  4. Pendidikan menyeluruh pemacu perubahan
  5. Jaminan perkhidmatan kesihatan rakyat
  6. Kebajikan pekerja sektor awam dan swasta
  7. Pembelaan kebajikan menyeluruh mesra-rakyat
  8. Tawaran istimewa bagi kaum wanita
  9. Memajukan industri pertanian sekaligus membela kaum petani dan nelayan
  10. Dasar, etika dan amalan media massa adil, bersih dan demokratik
  11. Pemuliharaan alam sekitar
  12. Dasar perpaduan nasional

BN


Sekarang kita lihat pula apakah prinsip Islam Hadhari yang telahpun diperkenalkan 4 tahun lepas:

  1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
  6. Kehidupan Berkualiti
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
  8. Keutuhan Budaya dan Moral
  9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
  10. Kekuatan Pertahanan

Jika diperhatikan betul-betul, kedua-duanya seperti imej cermin. Walau nampak berbeza, tapi lebih kurang sama. Cuma satu dilabelkan kebajikan manakala satu lagi dilabelkan hadhari. Seronok juga menjadi pemerhati pilihanraya ini sebenarnya. Saya juga tidak sabar untuk menunggu apa pula gimik oleh Parti Mahasiswa Negara (PMN).