Pelbagai gimik kempen pilihanraya dapat kita perhatikan. Paling hebat yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang ialah Negara Kebajikan yang dijanjikan. Lantas, PAS telahpun melancarkan manifestonya, yang katanya terdiri daripada 12 teras:
- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
- Pengurusan berhemah (Pruden) kekayaan negara
- Jaminan keselamatan nyawa, keselamatan dan harta benda dengan membanteras jenayah
- Pendidikan menyeluruh pemacu perubahan
- Jaminan perkhidmatan kesihatan rakyat
- Kebajikan pekerja sektor awam dan swasta
- Pembelaan kebajikan menyeluruh mesra-rakyat
- Tawaran istimewa bagi kaum wanita
- Memajukan industri pertanian sekaligus membela kaum petani dan nelayan
- Dasar, etika dan amalan media massa adil, bersih dan demokratik
- Pemuliharaan alam sekitar
- Dasar perpaduan nasional

Sekarang kita lihat pula apakah prinsip Islam Hadhari yang telahpun diperkenalkan 4 tahun lepas:
- Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
- Kerajaan Adil dan Beramanah
- Rakyat Berjiwa Merdeka
- Penguasaan Ilmu Pengetahuan
- Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
- Kehidupan Berkualiti
- Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
- Keutuhan Budaya dan Moral
- Pemeliharaan Alam Semulajadi
- Kekuatan Pertahanan
Jika diperhatikan betul-betul, kedua-duanya seperti imej cermin. Walau nampak berbeza, tapi lebih kurang sama. Cuma satu dilabelkan kebajikan manakala satu lagi dilabelkan hadhari. Seronok juga menjadi pemerhati pilihanraya ini sebenarnya. Saya juga tidak sabar untuk menunggu apa pula gimik oleh Parti Mahasiswa Negara (PMN).
Tolong terangkan mahasiswa tu siapa. Yang masih Di IPTA ke atau pun sebagainya …….