KKTAZ Kebanggaan Saya II : Kasihan Saya

23 02 2008

Sebulan lepas, dalam blog ini saya telah membuat entri berkenaan kolej saya. Kolej 10 yang tercinta. Pelbagai respons saya terima. Terima kasih buat semua.

Paling mengharukan saya ialah apabila presiden KK10 sendiri, sdri Arie Sakina Abdussyukur mencoret sesuatu dalam blog saya ini. Rasa terharu dan bangga apabila beliau mencemar duli melawat blog saya dan lantas meninggalkan komen.

Saranan beliau, “… apa salahnya ali, tolong?… jika ikhlas, Arie alu-alukan tolong rakan kita…”. Ayat ini jika diterjemahkan oleh yang tidak mengetahui seolah-olah saya seorang yang hanya tahu menulis tetapi tidak mahu tolong. Saya sentiasa mahu menolong. Namun…?

Disuruh menolong menguruskan pasukan debat KK10, saya tolong. Tanpa bantuan kolej, saya hantar juga pasukan yang akhirnya menjerat saya dan sdri Wan Fairuz kerana pengetua tidak mahu melayan claim yuran saya. Kasihan saya…

Bersemangat menolong untuk menjadi PM, tidak dilayan. Malah, yang tidak mengisi permohonan PM dapat pula. Akhirnya, saya juga yang cemburu dengan PM semasa MHS. Kasihan saya…

Diminta oleh sdri Arie Sakina untuk membantu emcee MGS ke-10, saya setuju. Tetapi, rehearsal di kolej dan dry run di Genting tidak mengizinkan saya campurtangan. Kasihan saya…

Mungkin saudari Arie mempertikaikan, mengapa semasa pertemuan bersama-sama pengetua, tiada sebarang soalan daripada saya. Haha! Masalahnya, persoalan internet sudah terjawab. Saudara Azim telahpun terangkan pada saya, dan saya sudah faham situasi. Kalau sudah tahu, dan semua penghuni kolej pun sudah tahu, haruskan saya memperlihatkan kebodohan saya dengan bertanya isu yang sudah selesai? Mungkin sdri Arie tidak pernah mendengar pepatah Sudah Gaharu Cendana Pula…. (sambung sendiri). Saya belajar dari pepatah tersebut.

Di akhirnya, sdri Arie menimbulkan kenyataan bahawa beliau HANYA kenal saya melalui nasyid semasa matrik. Baguslah begitu. Jujur saya katakan, saya tidak mengenali langsung Arie semasa di matrik. Namun, saya kagum dengan kerjaya politik beliau di kampus UM ini sehingga mencatat nama sebagai SU MPM dan Presiden KK10.

Saya tidak mahu blog saya dijadikan bahan lepas geram semata-mata. Bukannya saya tidak pernah berurusan terus dengan sdri Arie. Kalau ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, saya terus sms sdri Arie, namun tidak tahulah kalau beliau menyuruh PA beliau menjawab sms saya sehingga beliau terlupa yang saya pernah membuat direct contact dengan beliau.

Di akhirnya, harap isu ini tidak lama. Buat sdri Arie, saya akan tetap menolong kolej. Anak-anak buah anda sudahpun approach saya untuk membantu MGS. Saya ulang ayat terakhir saya salam entri pertama tentang kolej dahulu ; tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.





Pidato Antarabangsa 2008

23 02 2008

 

PABM08

Saya sekali lagi berkesempatan untuk menghadiri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Kali ini, edisi 2008 yang lebih diperkemas dengan pengenalan kategori antarabangsa dan nusantara. Sungguh penuh Dewan Merdeka. Jikalau tahun lepas, YDP MPMUM pergi bersama dengan kabinetnya. Tahun ini? Tiada pula. Oh terlupa, mungkin tarikan Maya Karin di DTC lebih kuat daripada pemidato antarabangsa.

Persembahan pemidato yang bertanding membanggakan. Sebenarnya, saya tertarik dengan peserta dari USA yang begitu pandai bermain emosi dan menarik penonton, contohnya “… walaupun negara saya berperang dengan Afghanistan, namun hubungan akrab terjalin antara saya dengan peserta dari Afghanistan…” dan juga “… saya dilahirkan di Colombia, dibawa ke Amerika Syarikat, dibesarkan dalam keluarga angkat beragama katolik, berkahwin dengan warga Indonesia yang beragama Islam. Kadangkala, rakan-rakan mengusik saya mengatakan bahawa sayalah duta PBB mini…”.

Namun, Tuah lebih menyebelahi peserta kurang upaya dari negara Australia yang tidak saya nafikan kehebatannya di pentas perdana tersebut. Peserta Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Nampak gayanya, sdr Daud tidak tinggalkan UIAM begitu sahaja, beliau membina satu legasi dan platform besar untuk junior-juniornya.

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Pidato Antarabandsa Bahasa Melayu 2008.

 

Kategori Nusantara

  •             Johan              : Farhan Nor Diyana Samsudin (Malaysia)
  •             Naib Johan    : Sujarhadi (Indonesia)
  •             Ke-3                : Malai Yunus Malai Yusof (Brunei)

Kategori Antarabangsa

  •             Johan              : Nicholas Charles Parson (Australia)
  •             Naib Johan    : Han Ziao (China)
  •             Ke-3                : Alena Bykova (Rusia)