Sebulan lepas, dalam blog ini saya telah membuat entri berkenaan kolej saya. Kolej 10 yang tercinta. Pelbagai respons saya terima. Terima kasih buat semua.
Paling mengharukan saya ialah apabila presiden KK10 sendiri, sdri Arie Sakina Abdussyukur mencoret sesuatu dalam blog saya ini. Rasa terharu dan bangga apabila beliau mencemar duli melawat blog saya dan lantas meninggalkan komen.
Saranan beliau, “… apa salahnya ali, tolong?… jika ikhlas, Arie alu-alukan tolong rakan kita…”. Ayat ini jika diterjemahkan oleh yang tidak mengetahui seolah-olah saya seorang yang hanya tahu menulis tetapi tidak mahu tolong. Saya sentiasa mahu menolong. Namun…?
Disuruh menolong menguruskan pasukan debat KK10, saya tolong. Tanpa bantuan kolej, saya hantar juga pasukan yang akhirnya menjerat saya dan sdri Wan Fairuz kerana pengetua tidak mahu melayan claim yuran saya. Kasihan saya…
Bersemangat menolong untuk menjadi PM, tidak dilayan. Malah, yang tidak mengisi permohonan PM dapat pula. Akhirnya, saya juga yang cemburu dengan PM semasa MHS. Kasihan saya…
Diminta oleh sdri Arie Sakina untuk membantu emcee MGS ke-10, saya setuju. Tetapi, rehearsal di kolej dan dry run di Genting tidak mengizinkan saya campurtangan. Kasihan saya…
Mungkin saudari Arie mempertikaikan, mengapa semasa pertemuan bersama-sama pengetua, tiada sebarang soalan daripada saya. Haha! Masalahnya, persoalan internet sudah terjawab. Saudara Azim telahpun terangkan pada saya, dan saya sudah faham situasi. Kalau sudah tahu, dan semua penghuni kolej pun sudah tahu, haruskan saya memperlihatkan kebodohan saya dengan bertanya isu yang sudah selesai? Mungkin sdri Arie tidak pernah mendengar pepatah Sudah Gaharu Cendana Pula…. (sambung sendiri). Saya belajar dari pepatah tersebut.
Di akhirnya, sdri Arie menimbulkan kenyataan bahawa beliau HANYA kenal saya melalui nasyid semasa matrik. Baguslah begitu. Jujur saya katakan, saya tidak mengenali langsung Arie semasa di matrik. Namun, saya kagum dengan kerjaya politik beliau di kampus UM ini sehingga mencatat nama sebagai SU MPM dan Presiden KK10.
Saya tidak mahu blog saya dijadikan bahan lepas geram semata-mata. Bukannya saya tidak pernah berurusan terus dengan sdri Arie. Kalau ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, saya terus sms sdri Arie, namun tidak tahulah kalau beliau menyuruh PA beliau menjawab sms saya sehingga beliau terlupa yang saya pernah membuat direct contact dengan beliau.
Di akhirnya, harap isu ini tidak lama. Buat sdri Arie, saya akan tetap menolong kolej. Anak-anak buah anda sudahpun approach saya untuk membantu MGS. Saya ulang ayat terakhir saya salam entri pertama tentang kolej dahulu ; tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
keep going ali,dun give up!!!!
Ali : Terima kasih Rahmat…
Sekarang ni musim orang makan hati berulam jantung ke…. hurm….
gambateh…jom g kelas!!!
mmg itulalah dunia..kdgkala kita dah buat apa yg termampu..tp seolah-olah kita ni langsung tak dihargai..tak mengharapkan balasan pun..besar atau kecil tak menjadi ukuran..tp bila dah jd..mmg terasa menyesal la…huhu
dah2..pasni meh masuk 11th..
kat sini makan cukup, pakaian cukup, tempat tinggal selesa, kemudahan banyak, kompleks sukan dekat, org2 pun friendly, pengetua pun mengambil berat..
mesti ko suka..
kuikuikui..
Ali : Sem depan nak pegi sana, leh? Internet okay?
internet d sana x brape okay kottt… :))
ko jgn nk ngade2 hamka…kalu dh sume g 11th, sape nk memain ngn warga2 tua kat KKTAZ terchenta ni?korg bknnye rajin nk dtg mlawat pun…..
p/: ala ali……kolej ni bkn stakat tmpt bermain…bergurau, blaja, kenal org, cari sahabat, mnumpahkan kasih….isk..isk..sedey….
Ali : Haha!
apa yang ali rasa sama la apa yang JTK rasa..bila dah berusaha orang tak hargai..bila nak tolong orang mengumpat belakang kata menyibuk..bila tak tolong orang salahkan kita sombong..alahai…
kesimpulannya..biar apa orang kata..mari la sama-sama tunaikan tanggungjawab kita..jom sama-sama bagi sokongan pada MGS 11..
thx ali..chaiyok..
p/s..walaupun buruk tempat kita…tapi tempat ni la paling best..hehehehe
Ali : MGS terakhir untuk kita, kan?
yaya,ape da jd?tmpat bmain..bgurau..blaja..KENAL ORG..cari shabat..menumpahkan kasih..?????pk balik ya..btol ke???maybe KENAL ORG tu btol sgt2..
Ali : Mcm double meaning jek… explain sket, leh?
Sdr menulis
–Kalau sudah tahu, dan semua penghuni kolej pun sudah tahu, haruskan saya memperlihatkan kebodohan saya dengan bertanya isu yang sudah selesai? Mungkin sdri Arie tidak pernah mendengar pepatah Sudah Gaharu Cendana Pula…. (sambung sendiri). Saya belajar dari pepatah tersebut—-
DAH TU NAPE TIMBULKAN LAGI DALM BLOG?