Pidato Antarabangsa 2008

23 02 2008

 

PABM08

Saya sekali lagi berkesempatan untuk menghadiri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Kali ini, edisi 2008 yang lebih diperkemas dengan pengenalan kategori antarabangsa dan nusantara. Sungguh penuh Dewan Merdeka. Jikalau tahun lepas, YDP MPMUM pergi bersama dengan kabinetnya. Tahun ini? Tiada pula. Oh terlupa, mungkin tarikan Maya Karin di DTC lebih kuat daripada pemidato antarabangsa.

Persembahan pemidato yang bertanding membanggakan. Sebenarnya, saya tertarik dengan peserta dari USA yang begitu pandai bermain emosi dan menarik penonton, contohnya “… walaupun negara saya berperang dengan Afghanistan, namun hubungan akrab terjalin antara saya dengan peserta dari Afghanistan…” dan juga “… saya dilahirkan di Colombia, dibawa ke Amerika Syarikat, dibesarkan dalam keluarga angkat beragama katolik, berkahwin dengan warga Indonesia yang beragama Islam. Kadangkala, rakan-rakan mengusik saya mengatakan bahawa sayalah duta PBB mini…”.

Namun, Tuah lebih menyebelahi peserta kurang upaya dari negara Australia yang tidak saya nafikan kehebatannya di pentas perdana tersebut. Peserta Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Nampak gayanya, sdr Daud tidak tinggalkan UIAM begitu sahaja, beliau membina satu legasi dan platform besar untuk junior-juniornya.

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Pidato Antarabandsa Bahasa Melayu 2008.

 

Kategori Nusantara

  •             Johan              : Farhan Nor Diyana Samsudin (Malaysia)
  •             Naib Johan    : Sujarhadi (Indonesia)
  •             Ke-3                : Malai Yunus Malai Yusof (Brunei)

Kategori Antarabangsa

  •             Johan              : Nicholas Charles Parson (Australia)
  •             Naib Johan    : Han Ziao (China)
  •             Ke-3                : Alena Bykova (Rusia)

 


Tindakan

Informasi

6 responses

23 02 2008
some1

ehm….entri ini tidak lengkap jika tidak dimasukkan ungkapan ini…” duduk serumah…beramah-tamah….duduk sedusun..tuntun menuntun…duduk sekampung…tolong-menolong….duduk sedaerah…beramah tamah…duduk sebangsa….bertimbang rasa…..” tp paling ingt….” DUDUK SETEMPAT…UMPAT MENGUMPAT…“….hahaha

Ali : John mmg sengal…

23 02 2008
some1

* add in…duduk senegeri…beri memberi…huhu….

23 02 2008
syawalhafriz

mcm mana knb bleh kalah?

Ali : Entahlah. Saya tidak hadir peringkat sebelumnya.

24 02 2008
Pjoyz

Sedihnya aku x dapat pergi

Ali : Tahun lepas sudah pergi, tahun ini tiada rezeki…

24 02 2008
nisda_syarfini

mmg mnarik ungkapan itu.. 😀 😀

24 02 2008
nisda_syarfini

mmg mnarik ungkapan itu.. 😀 😀

pinjam ltk kt status ym..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: