Seperti biasa, hari penamaan calon akan menyaksikan pelbagai perkara menarik yang berlaku. Namun, yang paling menarik perhatian saya adalah dua perkara:
- Parti Mahasiswa Negara (PMN) hanya sekadar gimik apabila tiada seorang pun wakilnya bertanding baik di Kepala Batas, Jeli mahupun Semberong. Sumber harakahdaily.net melaporkan bahawa PMN dihalang daripada menghantar pencalonan di Dewan Millenium Kepala Batas. Bersungguh-sungguh saya menantikan kemunculan sebarang calonnya, namun tiada jua akhirnya. Memang gimik pilihanraya paling besar saya rasa. Apakah halatuju perjuangan PMN? Tidak dapat meletakkan calon, tiba-tiba menghantar tuntutan kepada parti-parti bertanding agar melaksanakan perkara tertentu jika menang pilihanraya.
- Di Parlimen Kuala Terengganu, seorang nenek bernama Maimun Yusof berumur 89 tahun menjadi calon? Entahlah. Hendak gelak pun ada juga. Nenek berumur 89 tahun menjadi calon di kawasan panas pula. Tapi, inilah yang memberi warna baru dalam pilihanraya, bukan sekadar biru dan hijau sahaja. Terdetik persoalan oleh Wan Aizu dan Judin; Apa manifesto mak cik ini?
ape ye?? š
nasib baik PAS tak bagi kerusi kepala batas kepada PMN,,klu tak Pak Lah menang tanpa bertanding laa…ALHAMDULILLAH
Ali : Siapa berani bertanding di kawasan Pak Lah?
aku! nkth. haha.
PMN buat maku aku aje sebagai seorang Mahasiswa… huhuhu…
aku respek laa kat makcik tuh sebab die beriya2 nk bertanding.. kali ni dh kali keempat die cube menjadi calon setelah 3 kali sebelum nih ditolak SPR sebab xcukop syarat.. tp aku kesian plak kat die nanti xpasal2 hilang wang pertaruhan. Mgkin die kaye sgt kot.. hahaha
sy nk tergelak guling2 bc bloq ni…tp airin tegur….die kate…kang bc manifesto nenek ni kang kagum lakk…terkejut semua orang…hahha…mmg aje lawak gilerrr!!!!!!!!
bagilah idea nenek nie perjuangkan isu PTPTN sebab die lawan ngan Pengerusi PTPTN ni..
Lagi berumur, lagi berpengalaman.. Kan?