Internet : Ruang kempen yang demokratik

28 02 2008

Seperti biasa, untuk pilihanraya ini, semua parti sudah memulakan kempennya. Parti BN sudah menggerakkan jentera seluruh negara, BA juga tidak kurang dengan manifestonya, Nenek Maimun sendiri telah menempah poster, cuma belum digantung sahaja.

Rata-rata ahli masyarakat mengakui bahawa kempen pilihanraya tidak adil. Ya! Saya akui. Parti pemerintah begitu berleluasa menggunakan media perdana seperti TV dan akhbar untuk berkempen, sedangkan parti lain tidak. Besar terpampang di akhbar tentang undilah BN. Namun, jika melihat dari perspektif lain, saya suka design kempen BN di suratkhabar-suratkhabar. Cantik!

Maka, untuk lebih adil, semua orang pada tahun ini berlumba-lumba berkempen melalui internet. Masa ini, semua parti sudah mempunyai domain sendiri seperi http://bn2009.org.my/ atau http://pru12.pas.org.my/. Yang lain-lain saya tidak mahu senaraikan di sini. Kebanyakan calon juga sudah mempunyai blog sendiri sebagai tempat untuk berkempen.

PRU12 BN

PRU12 PAS

Kalau hendak menjadi pengundi bijak, layarilah internet untuk memperoleh maklumat ya!





Terima kasih…

28 02 2008

Kolej 10 baru pulih daripada masalah ketiadaan internet. Semasa ada masalah dengan internet, saya buat entri tentang itu

Kini, apabila internet sudah pulih, tidak adik pula kalau tidak menulis sesuatu.

Kadang-kadang, apabila internet tiada, keadaannya lebih elok. Roomate saya misalnya, sudah tahu tidur awal setiap malam. Azim dengan Arif main game bersama-sama dua hari lepas. Hubungan sesama rakan sebilik semakin akrab. Haha! Itulah rahmat tidak berinternet.

Apa-apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha. Sdr Azim katanya yang paling sibuk. Huhu…