Perang banner di internet

1 03 2008

Saya pernah menulis satu entri di blog ini berkenaan internet sebagai medium untuk berkempen.

Ya! Semua orang sudah menyedari perkara ini. Sedar tidak sedar, hampir semua blog politik di internet adalah bersifat anti-BN dan pro-pembangkang. Saya tidak dapat nafikan dan semua orang tidak dapat lari daripada hakikat ini.

Sebagai parti yang telah established dan ke hadapan, BN terus mengorak langkah dengan mengadakan kempen di internet. Kali ini lebih hebat, dengan meletakkan banner di Yahoo! Messenger dan Yahoo! Insider.

Ramai orang merungut. Katanya menyibuk sahaja. Bagi saya, ini namanya adil. Saya rasa, BN bayar bukannya seringgit dua untuk kempen di internet, biar mereka tanggung itu semua. Cuma, SPR harus semak semula perbelanjaan kempen BN, takut ada termasuk sekali duit rakyat yang diguna.

Banner BN




Men’s Rules : Apa wanita patut tahu

1 03 2008

Haha! Kali ini saya tiada idea untuk menulis entri. Baru balik dari MidV menonton filem Jumper, nanti saya komen dalam entri lain. Untuk kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu yang saya peroleh daripada majalah yang saya pinjam milik Amir. Trimas Amir!

XY XX

Sepertimana tajuk entri ini, artikel  yang saya petik ini juga bertajuk Men’s Rules : Apa wanita patut tahu

  • Birthday, valentines dan anniversary bukanlah tarikh penting buat lelaki. Nak buat apa diingat tarikh-tarikh tu? Tarikh gaji keluar atau bila perlawanan akhir English Premier League lagi penting untuk diingat tau!
  • Kalau terdesak, lelaki boleh buang air kecil di tepi semak, di sebalik pokok, di celah-celah batu besar atau di dalam longkang. Anda? Ops! Sungguh tidak span jika berbuat demikian.
  • Kadangkala lelaki tidak berfikir tentang anda. Maaflah ya…
  • Hujung minggu adalah masa untuk futsal, pools, video games, mapley, camping, fishing dan bersama-sama teman-teman. Teman wanita… kita tengok hari lain lah!
  • Tidak perlu masa untuk PMS! Eh! PMS tu apa? Haha!
  • Tiga pasang kasut sudah mencukupi:- sport shoes, casual shoes and formal shoes. Ops! Cuma perlu sepasang sandal atau selipar jepun. Semuanya sesuai untuk dipadan dengan pakaian dan acara yang perlu dihadiri.
  • YA atau TIDAK adalah jawapan paling sempurna untuk semua persoalan. Tidak perlu ada alasan, huraian atau kesimpulan yang panjang lebar.
  • Berceritalah dengan lelaki tentang masalah yang perlu diselesaikan, bukan mencari simpati!
  • Perkara yang pernah diceritakan 6 bulan yang lalu, pasti sukar untuk masih berada dalam ingatan. Ala… cerita 7 hari lepas pun dah lupus…
  • Bila berat badan anda naik 1kg, huarghhh bagai Hulk Hogan anda menjerit! Kalau lelaki, “ala… 1kg jer, apa ada hal?”
  • Christopher Columbus tidak perlukan petunjuk arah ketika berlayar mengelilingi dunia. Itulah lelaki, tak perlulah sebuah peta, redah sajalah. Kalau sesat, pergi saja balai polis atau stesen minyak untuk bertanya jalan. Itupun kalau benar-benar terdesak.
  • Anda cuma perlu memberitahu lelaki tentang apa yang perlu dilakukan ATAU apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikannya. Tetapi bukan kedua-duanya serentak. Tapi lagi bagus kalau anda tahu melakukannya sendiri. (Lelaki suka wanita pandai berdikari)
  • Lelaki bukanlah mind-readers yang baik. Jadi anda perlulah berterus-terang dari mengharapkan mereka mengesan apa yang sedang bermain di minda atau hati anda.
  • Jika anda berkata,”… tidak ada apa-apa..”, lelaki beranggapan memang tidak ada apa-apa. They know you are lying, but it is just not worth the hassle.
  • Jangan bertanyakan apa yang lelaki sedang fikirkan. Kecuali anda bersedia untuk berbincang mengenai topik tersebut dan juga mampu menerima apa juga feedback daripadanya. Lelaki pun adakalanya lebih laser berbanding wanita. Jadi bersedialah!

Nah! Sesiapa yang bersetuju, tinggalkan komen anda. Sesiapa yang tidak bersetuju, tinggalkan komen anda. Sesiapa yang separuh setuju, tinggalkan komen anda. Senang cerita, sesiapa yang sudah membaca dan memahami petikan ini, sila tinggalkan komen anda.

Ayah, kalau ayah baca entri ni, mengaku sajalah perkara pertama tu ya!