Men’s Rules : Apa wanita patut tahu

1 03 2008

Haha! Kali ini saya tiada idea untuk menulis entri. Baru balik dari MidV menonton filem Jumper, nanti saya komen dalam entri lain. Untuk kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu yang saya peroleh daripada majalah yang saya pinjam milik Amir. Trimas Amir!

XY XX

Sepertimana tajuk entri ini, artikel  yang saya petik ini juga bertajuk Men’s Rules : Apa wanita patut tahu

  • Birthday, valentines dan anniversary bukanlah tarikh penting buat lelaki. Nak buat apa diingat tarikh-tarikh tu? Tarikh gaji keluar atau bila perlawanan akhir English Premier League lagi penting untuk diingat tau!
  • Kalau terdesak, lelaki boleh buang air kecil di tepi semak, di sebalik pokok, di celah-celah batu besar atau di dalam longkang. Anda? Ops! Sungguh tidak span jika berbuat demikian.
  • Kadangkala lelaki tidak berfikir tentang anda. Maaflah ya…
  • Hujung minggu adalah masa untuk futsal, pools, video games, mapley, camping, fishing dan bersama-sama teman-teman. Teman wanita… kita tengok hari lain lah!
  • Tidak perlu masa untuk PMS! Eh! PMS tu apa? Haha!
  • Tiga pasang kasut sudah mencukupi:- sport shoes, casual shoes and formal shoes. Ops! Cuma perlu sepasang sandal atau selipar jepun. Semuanya sesuai untuk dipadan dengan pakaian dan acara yang perlu dihadiri.
  • YA atau TIDAK adalah jawapan paling sempurna untuk semua persoalan. Tidak perlu ada alasan, huraian atau kesimpulan yang panjang lebar.
  • Berceritalah dengan lelaki tentang masalah yang perlu diselesaikan, bukan mencari simpati!
  • Perkara yang pernah diceritakan 6 bulan yang lalu, pasti sukar untuk masih berada dalam ingatan. Ala… cerita 7 hari lepas pun dah lupus…
  • Bila berat badan anda naik 1kg, huarghhh bagai Hulk Hogan anda menjerit! Kalau lelaki, “ala… 1kg jer, apa ada hal?”
  • Christopher Columbus tidak perlukan petunjuk arah ketika berlayar mengelilingi dunia. Itulah lelaki, tak perlulah sebuah peta, redah sajalah. Kalau sesat, pergi saja balai polis atau stesen minyak untuk bertanya jalan. Itupun kalau benar-benar terdesak.
  • Anda cuma perlu memberitahu lelaki tentang apa yang perlu dilakukan ATAU apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikannya. Tetapi bukan kedua-duanya serentak. Tapi lagi bagus kalau anda tahu melakukannya sendiri. (Lelaki suka wanita pandai berdikari)
  • Lelaki bukanlah mind-readers yang baik. Jadi anda perlulah berterus-terang dari mengharapkan mereka mengesan apa yang sedang bermain di minda atau hati anda.
  • Jika anda berkata,”… tidak ada apa-apa..”, lelaki beranggapan memang tidak ada apa-apa. They know you are lying, but it is just not worth the hassle.
  • Jangan bertanyakan apa yang lelaki sedang fikirkan. Kecuali anda bersedia untuk berbincang mengenai topik tersebut dan juga mampu menerima apa juga feedback daripadanya. Lelaki pun adakalanya lebih laser berbanding wanita. Jadi bersedialah!

Nah! Sesiapa yang bersetuju, tinggalkan komen anda. Sesiapa yang tidak bersetuju, tinggalkan komen anda. Sesiapa yang separuh setuju, tinggalkan komen anda. Senang cerita, sesiapa yang sudah membaca dan memahami petikan ini, sila tinggalkan komen anda.

Ayah, kalau ayah baca entri ni, mengaku sajalah perkara pertama tu ya!


Tindakan

Informasi

10 responses

1 03 2008
nisda_syarfini

Birthday, valentines dan anniversary bukanlah tarikh penting buat lelaki. Nak buat apa diingat tarikh-tarikh tu? Tarikh gaji keluar atau bila perlawanan akhir English Premier League lagi penting untuk diingat tau!”

Perkara yang pernah diceritakan 6 bulan yang lalu, pasti sukar untuk masih berada dalam ingatan. Ala… cerita 7 hari lepas pun dah lupus…

>>> kenyataan ini seikit sebanyak membuktikan bahawa wanita adalah ‘pengingat’ yang bagus.. terima kasih.. 🙂
————————————————————
Anda cuma perlu memberitahu lelaki tentang apa yang perlu dilakukan ATAU apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikannya. Tetapi bukan kedua-duanya serentak. Tapi lagi bagus kalau anda tahu melakukannya sendiri. (Lelaki suka wanita pandai berdikari)

>>> saya lebih setuju dengan ayat ini : Tapi lagi bagus kalau anda tahu melakukannya sendiri.. (kerana wanita sememangnya pandai berdikari.. haha.. memang tidak semua wanita)
————————————————————

pertama kali komen dengan ayat bahasa melayu penuh.. 😀

Ali : Thanks Izzah!

1 03 2008
penamaya

Harap dapat aplikasikan lah ye ! Haha. Jgn ada yang meroyan membacanya sudah !

Ali : Haha! Motif?

1 03 2008
som1

lelaki mmg byk kurang nya….aduss….sebab tu perlukan perempuan utk melengkapinya…..hahah…
tp kan…xadil la just men’s rules…..cube buat women rule’s lak…laki perlu tahu juga wat…so fair n square….

Ali : Silalah cari di mana-mana… then post ye!

1 03 2008
sheisme88

Sometimes suprises itu amat menarik kadang-kadang dia buat lupa tarikh tarikh … 2

2 03 2008
HaRiS

em act kan btol.. dlm majalah sume,byk ‘ttg wanita’ hingga hampir melupakan hak dan kepentingan kaum lelaki dlm isu hati dan perasaan.. byk lelaki yg lebih gemar ‘buat terus’ dari cerita ‘ape die akan bt’. lebih kurang surprise… lelaki jgk ade masa ‘dtg bulannye’.. kalu wanita sbb hormon,lelaki jga same.. saling memahami ye!!

apa yang tidak ada didalam syurga,
namun adam tetap inginkan hawa

Ali : Haris jiwang siot!!!! Hehe…

3 03 2008
Masy2k

Wanita X suka ulangtahun kelahirannya diingati dia cuma suka haribulannya saja tanpa tahun

Hari Valentine memang X sambut pun

Asyik nak ingat ulangtahun yang 2 nanti rasa dah lama bosan. X pasal-pasal ali dapat “mama” disamping “ibu” dan “emaknya”

🙂

4 03 2008
siti yaya

>>>>Jangan bertanyakan apa yang lelaki sedang fikirkan. Kecuali anda bersedia untuk berbincang mengenai topik tersebut dan juga mampu menerima apa juga feedback daripadanya. Lelaki pun adakalanya lebih laser berbanding wanita. Jadi bersedialah!

ini saya setuju…kenal ramai gak kwn2 cam ni…x gitu ali?;P perlu berhati2 sebelum diketuk balik…

P/S:huhu…pertama kali bc blog ko asyraf…ak bc blog hamka ngn pian dl..hehe..sori fren….

Ali : Lepas ini, rajin-rajinlah melawat ya!

12 03 2008
Y

Christopher Columbus tidak perlukan petunjuk arah ketika berlayar mengelilingi dunia. Itulah lelaki, tak perlulah sebuah peta, redah sajalah. Kalau sesat, pergi saja balai polis atau stesen minyak untuk bertanya jalan. Itupun kalau benar-benar terdesak.

setelah membaca, komenku….ITULA LELAKI..

22 03 2008
liesha

Christopher Columbus tidak perlukan petunjuk arah ketika berlayar mengelilingi dunia. Itulah lelaki, tak perlulah sebuah peta, redah sajalah. Kalau sesat, pergi saja balai polis atau stesen minyak untuk bertanya jalan. Itupun kalau benar-benar terdesak.

en.ali,rasenye yg ni pompuan pon leh wat..slalu je sy wat..

Ali : Erm… ragu la… awak perempuan ke kalau leh buat cenggitu?… haha!

16 04 2008
ilham

huhuhuhu ^_~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: