Teka teki teka tekuk….

2 03 2008

Asyik membaca post biasa, kali ini saya nak tulis teka-teki. Kredit untuk Helmi Riza kerana berkongsi teka-teki ini dengan saya. Kepada semua, sila jawab teka teki anda salam comment, nanti saya rely sama ada jawapannya betul atau salah.

  1. Apakah benda, hitam dan berpeluh?
  2. Masa masuk bentuknya segitiga, bila keluar bergulung-gulung. Apakah dia?
  3. Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
  4. Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tidak boleh diangkat?
  5. Kenapa penggali kubur gali kubur tidak pakai selipar?
  6. Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanya…
  7. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah dia?
  8. Masa die hidup, kita nyanyi. Masa die mati, kita tepuk tangan.
  9. Dalam banyak-banyak kera, kera ape yg pandai menaip?
  10. Gajah terbang dengan apa?
  11. 4 orang awek berpayung dengan satu payung tetapi kenapa tidak basah?
  12. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam. Apakah dia?
  13. Kapal terbang, masuk gua, keluar apa?

Jawab ya!