Rindu kejohanan debat

4 03 2008

Sebenarnya tiada idea hendak menulis dalam blog. Hendak tulis tentang pilihanraya? Ramai sudah yang menulis tentangnya. Udah muak juga membaca isu yang sama. Katakan tak nak pada BN dan Negara Kebajikan sudah menjemukan.

Kali ini hendak bercerita tentang kejohanan debat, daripada kacamata saya sendiri. Secara umumnya, jadual setiap kali kejohanan debat adalah lebih kurang sama sahaja. Cuma ada yang 5 kali saringan, ada yang perlawanan finalnya malam, ada yang banyak kategori seperti Debat Diraja dsb.

Penceritaan untuk entri ini, saya bahagikan kepada tiga fasa; sebelum, semasa dan selepas kejohanan debat.

  • Sebelum pergi bertanding
    • Masa ini, semua orang tertunggu-tunggu tajuk daripada penganjur. SMS sana, e-mail sini, semua pendebat M’sia keep in touch untuk memastikan tidak keciciran dalam menerima tajuk. Sekarang lebih mudah, kebanyakan pasukan dan pendebat sudah punya blog sendiri. Maka, mudah sahaja untuk sebarkan berita.
    • Setelah tajuk diperoleh, latihan pun bermula. Kaedah mock paling digemari, kerana ia dapat melatih semua aspek; isi, persembahan dan chemistry. Pada masa inilah, sesuatu pasukan itu akan rajin buat friendly match dengan pasukan lain. Sepanjang hidup saya, saya pernah melalui perkara ini dengan pelbagai pasukan termasuklah UiTM, UIAM, UNITEN, USIM (formerly known as KUIM), UUM dsb. Lepas match, boleh kita bertukar pendapat dan komen.
    • Persediaan perlu rapi. Di samping untuk perdebatan, semua kelengkapan diperiksa. Alatulis, baju, kenderaan, jadual dan sebagainya.
  • Semasa berada di kejohanan
    • Majlis makan malam sebelum pertandingan adalah event wajib. Masa ini, semua pendebat akan beramah-mesra (dan memang semuanya mesra belaka). Ada sahaja benda hendak diborakkan waktu ini.
    • Diskusi,diskusi dan diskusi. Malam sebelum perlawanan, semua pasukan akan mencari port terbaik untuk berbincang. Biasanya, di kafe-kafe dan tempat makan. Sambil-sambil bincang, borak-borak kosong dan mengusha line-up pasukan lain adalah aktiviti biasa.
    • 3 kali perlawanan untuk dua hari sangat memenatkan. Sebab itulah pada waktu petang selepas perlawanan, semua pendebat akan berehat dengan bersungguh-sungguh (definisi rehat = tidur). Kerana pada malamnya, sesi diskusi akan dilaksanakan. huh?!
    • Kalau break ke pusingan seterusnya, tugas jadi lebih berat. Harus diskusi untuk satu malam lagi. Tajuk-tajuk yang belum naik, digali semula sedalam-dalamnya. Kalau tidak ada rezeki untuk ke pusingan seterusnya, bolehlah jalan-jalan. (Ingat lagi semasa DAS05, jalan-jalan ke rumah sendiri… haha!)
    • Kalau masuk final, diskusi akan berlangsung lagi. Penatnya otak!
  • Selepas tamat perlawanan akhir
    • Semuanya mengucapkan selamat jalan. Saya cukup tidak suka saat-saat ini. Ayat biasa ialah,”… eh, ko pegi tak debat akan datang nih?”
    • Kadang-kadang, jika perjalanan jauh, semua pendebat boleh berkumpul semua di kawasan R&R. Pada Debat Perdana Integriti baru-baru ini, kawasan rehat Tapah umpama pesta apabila pendebat IPT bersinggah.
    • Dalam perjalanan, akan membuat post mortem sendiri. “… kenapalah aku bo*** sangat time tu..
    • “Arghh…!! Malasnya hendak ke  kuliah esoknya!”
    • Dua tiga hari, pendebat semuanya aktif memberikan comment dan testimonial di friendster. Betul tak kawan-kawan?

Sesiapa yang bersetuju, sila tinggalkan komen. Sesiapa yang ingin menambah, sila tinggalkan komen. Sesiapa yang tidak tahu aktiviti pendebat, sila tinggalkan komen.

p/s = Sdra Acap dan Sdri Maisarah antara manusia yang bukan memegang gelaran pendebat, tetapi merasai pengalaman ini!


Tindakan

Information

9 responses

4 03 2008
Insan Kerdil

setuju….
semuanya adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka….

Ali : Takde benda nak ditambah ke? Takut ade tertinggal…

4 03 2008
wanhidayat

Salam….pendebat tetap pendebat kan…..gaya bahasa dan penulisan….hebat!!!!….do ur best in whatever u do….cheers

Ali : Actually, yours is better than mine bro!

4 03 2008
Masy2k

Fakta tambahannya adalah kerapkali tertinggal dalam aktiviti keluarga kerana sibuk berlatih “crossing words”

4 03 2008
som 1

ehm…thanks 4 the appreciation….

5 03 2008
penamaya

tepat sangat. Soalan ‘bile ko nak pencen ni?’, bukan kah sudah start kedengaran ? hehe.

5 03 2008
Masy2k

“pencen”? Pendebat boleh dapat pencen ke? Orang kerja gomen kalau bersara dapatlah bayaran pencen penamaya 2 banyak duit ke nak bayar pencen

Ali : Luluskah PTK?

6 03 2008
Paan

Hahahaha…Ali rindu nak berdebat..Maklumlah,dah senja2 camni,mestilah lebih bersemangat untuk berkata-kata..Tinggal sebulan lebih je..then berdebat la di UUM ek..haha

6 03 2008
arbaktun

saya sokong comment ayahanda ku tercinta..
hehehehe…”Fakta tambahannya adalah kerapkali tertinggal dalam aktiviti keluarga kerana sibuk berlatih “crossing words”…”
tepat lagi jitu..
kuang kuang kuang…

8 03 2008
Pjoyz xXx

Yeah… Sangat setuju!!! Rindula nak debat… Pasni juz tgk korang berdebat je la….. Sedih2x….

Tinggalkan Jawapan kepada som 1 Batal balasan