Undilah anak kunci

7 03 2008

Biarlah orang hendak kata apa! Kepada penduduk Kuala Terengganu, kita inginkan perubahan. Biar BN dan BA tersentak, dengan niat murni seorang nenek berumur 89 tahun untuk memajukan negara!

Kepada yang lain, bacalah http://maimunbintiyusuf.blogspot.com/ ya!

Sukarelawan

Sukarelawan Maimun Yusuf

Posters

Poster berkempen Maimun Yusuf
Akhbar

Saya mendoakan kejayaan beliau. Dato’ Shahrir Samad pernah bertanding sebagai calon bebas dengan logo anak kunci dan beliau berjaya memenanginya. Harap tuah anak kunci menyebelahi Maimun.





Hari Terakhir Kempen

7 03 2008

Iklan BN Harga Barang

Acapkali terpandang iklan ini di mana-mana. Rasanya, lebih elok jika saya memperkemasnya dengan cara begini.

  • Pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah RM40361. Dalam setahun, rakyat Malaysia mampu membeli 21021 liter minyak petrol (RM1.92/liter).
  • Pendapatan per kapita rakyat Indonesia ialah RM14822. Dalam setahun, rakyat Indonesia mampu membeli 6416 liter minyak petrol (RM2.31/liter).
  • Pendapatan per kapita rakyat Thailand ialah RM30740. Dalam setahun, rakyat Thailand mampu membeli 12345 liter minyak petrol (RM2.49/liter)
  • Pendapatan per kapita rakyat Filipina ialah RM18158. Dalam setahun, rakyat Filipina mampu membeli 6750 liter minyak petrol (RM2.69/liter)
  • Pendapatan per kapita rakyat Singapura ialah RM114830. Dalam setahun, rakyat Singapura mampu membeli 29748 liter minyak petrol (RM3.86/liter)

Bukan itu sahaja, ada lagi yang ingin saya kongsi dengan semua.

  • Negara Ghana memperoleh kemerdekaan pada 6 Mac 1957. Dalam usia kemerdekaannya sama dengan Malaysia, pendapatan per kapitanya cuma RM9376 (Malaysia = RM40361)
  • Negara Peru mempunyai jumlah penduduk 28.6 juta (Malaysia = 27.5 juta). Namun, pendapatan per kapitanya cuma RM11443 (Malaysia = RM40361). Negara Uzbekistan mempunyai penduduk seramai 26.6 juta, dan pendapatan per kapita RM7224. Negara Arab Saudi, penduduk juga hampir sama dengan Malaysia (24.7 juta) dan pendapatan per kapita RM67089 (kerana A.Saudi negara pengeluar utama minyak dunia, Malaysia negara ke-13)

Kempen pilihanraya kali ini, pembangkang banyak memainkan isu negara kebajikan. Kebajikan kita terjaga sebenarnya. Cuma ia akan jadi jauh lebih manis jika dinikmati secara saksama oleh semua. Wahai Pak Lah, selesaikan kronisme, atasi korupsi, jaga hati rakyat.

Impian saya, kekalkan kerajaan yang ada, cuma beri sedikit kejutan kepada mereka. Kurangkan pegangan kerusi mereka di Parlimen agar mereka selepas ini bekerja lebih masa. Juga tidak perlu diizinkan parlimen Rembau dikuasai BN.





Dangkal

7 03 2008

Dangkal. Ya! Itu yang sewajarnya untuk satu berita di Utusan hari ini.

Letak kereta di Kota Bharu RM1 sejam termahal di Malaysia

KOTA BHARU 6 Mac – Kerajaan Pas Kelantan mengakui kadar bayaran letak kereta RM1 sejam yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah yang termahal di negara ini termasuk melebihi kadar di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, penduduk Kota Bharu lebih beruntung daripada warga Petaling Jaya kerana mereka tidak perlu membayar tol untuk ke bandar.

“Betullah Petaling Jaya hanya kenakan bayaran pakir 80 sen sejam tapi orang di sana kena bayar tol sampai RM3. Lepas itu, nak makan mee sup semangkuk RM3.50.

“Tapi kita di Kota Bharu, boleh lagi makan nasi sup RM2 saja. Kita bayar letak kereta RM1 sejam, naik atas pasar nak beli apa masih murah, sayur kangkung seikat 50 sen saja, negeri lain sudah RM2,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) Lot Bazar Tok Guru yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekarangan Arked MPKB di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) Kelantan dalam manifesto yang dilancarkan Sabtu lalu menawarkan penurunan kadar bayaran letak kereta MPKB dari RM1 kepada 50 sen sejam.

Selain itu, BN juga menjanjikan mana-mana lorong di sekitar bandar ini yang sempit gara-gara kewujudan petak letak kereta akan dihapuskan.

Sebagai perbandingan, kadar bayaran letak kereta yang dikenakan Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu hanyalah 10 sen untuk 10 minit atau 60 sen sejam.

Dalam manifestonya, BN Kelantan juga menawarkan untuk menghapuskan cukai bandar yang tertunggak selain merangka satu skim cukai baru yang lebih kompetitif.

Sementara itu, Takiyuddin dalam ucapannya mencabar BN menurunkan kadar bayaran letak kereta kepada 50 sen sejam di negeri-negeri yang dikuasai parti itu dahulu sebelum mencadangkan kadar tersebut di Kota Bharu.

Selama ini akhbar berkempen khas untuk BN, namun artikel ini berkempen mendedahkan kedangkalan BN. Sekadar bandingkan harga letak kereta? Haha! Rasanya, harga letak kereta di mana-mana pun mahal. Di KL, RM5 sekali masuk. Harga standard yang lain, RM1.60/jam untuk metro parking. Itupun BN hendak gunakan ke sebagai bahan kempen?

Harga sayur yang seikat 50 sen, tidak mahu jadikan tajuk?

Selamat mengundi kepada semua!