BA gagal di Perak

14 03 2008

Ya! Itulah impression saya terhadap isu yang berlaku.

Ramai bloggers yang menulis tentang perkara ini. Tuduhan biasa, DAP biadap, tidak menghormati institusi beraja. Jikalau selama ini bloggers gemar mengambil kartun Senyum Kambing di Utusan dan mengubahsuaikannya, saya juga ingin memetik Senyum Kambing edisi 13 Mac 2007.

Senyum Kambing 13/03/08

Awalnya, saya cukup pelik dengan tindakan Raja Dr Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak yang memilih perwakilan PAS, Ir. Mohd Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Bukan kerana apa, PAS mempunyai jumlah kerusi paling kecil di negeri ini dengan hanya 5 kerusi berbanding DAP (18 kerusi), PKR (7 kerusi) dan BN (28 kerusi). Apa rasional memilih perwakilan PAS sebagai MB? Hendak menegakkan daulah islamiyyah ke? Jikalau hendakkan MB Melayu sekalipun, mengapa tidak diambil wakil daripada PKR?

Analisa saya, tindakan Raja Dr Nazrin Shah hanyalah suatu ujian untuk menguji sejauh mana keberkesanan pakatan Barisan Alternatif (BA) untuk membina sebuah kerajaan di Perak, maka dipilihlah perwakilan PAS untuk menguji kesetiaan DAP dan PKR dalam pakatan tersebut. Nyata, BA telah gagal dalam ujian tersebut apabila DAP bertindak memboikot majlis angkat sumpah MB baru Perak.

Persoalan, jikalau sebelum ini begitu bersemangat pemimpin agung BA melaung-laungkan manifesto negara berkebajikan, baik Lim Kit Siang (DAP), Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (PAS) mahupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR). Kini, semuanya ibarat “… kau, kau. Aku, aku…”.

Isu ini terus memberi peluru kepada BN untuk terus menembak BA atas segala kelemahan yang terjadi.

Pakatan BA masih rapuh. Kerana apa? Dalam sorak-sorai gembira menawan negeri-negeri baru, mereka sebenarnya tidak bersedia untuk menang, tidak bersedia untuk membina kerajaan…

Bukan BN sahaja yang terkejut kerana kalah, BA juga terkejut kerana mampu menang!


Tindakan

Informasi

9 responses

14 03 2008
bogattjeff

rosak…rosak….huhuhuhu….

15 03 2008
penamaya

Nak lantik DAP — xboleh coz nak jaga kedaulatan bumi Melayu.

Nak lantik PAS — boleh n x boleh coz ni komponen paling kecil.

Nak lantik PKR — xboleh la coz wakilnya tu BEKAS POSMEN je dulu !

So, sultan n pemangku perak orgnya EDUCATED, maka diangkat wakil paling EDUCATED. Ir Mohd Nizar dari PAS sebagai MB.

~tu jer~

http://penamaya.wordpress.com

15 03 2008
siti yaya

itu lah yang dipanggil….fikir dulu sebelum bertindak…kan ali?

p/s: sarah & sha lagi susah hati…negeri tergadai….(sambil nyanyi: anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang…)

18 03 2008
kipp

Hmmm… mungkin dari pemikiran yang terhad ini kita rasa ia bakal mengundang ketawa BN kerana melihat BA yang huru-hara di Perak. Tapi ada sebab kenapa Raja Nazrin pilih Ir Nizar.

Masalah boikot mungkin kedengaran disana-sini. Tapi semua itu hanya pakatan pemusnah BA. Bukan rapuh, tapi baru nak mula. Jika tiada langkah pertama, bila pula nak ada langkah kedua. Ibarat bayi yang ingin bertatih berjalan, jatuh bangun perkara biasa.

Tapi kini dah settle, MB Perak yang baru siap boleh speaking Manderin, Kantonis, Hokkien dan Tamil selain BI dan BM. Terkejut orang cina sana…

Ali : Benar! tapi jangan beri peluru untuk BN tembak…

19 03 2008
melawan sampai mati

ali….
ko tau tak ni la ujian dari raja…
die nak nengok…
boleh bersatu ke tak…
aku nak try tanye soklan semula la…
dalam negeri BN yang lain kan bukan semua UMNO menang beso tapi tetap gak MB die org UMNo abih MCA n MIC tu jadi pe?
alat tuk dorg nak capai majoriti ke tu la kebodohan BN n parti kompenon lain dorg tak pikir ke UMNO mengunakan dorg…

20 03 2008
the hAziM

alhmamdulillah kini Perak di bawah MB seorang yang mampu berbahasa melayu, Cina, dan India. Beliau seorang yang educated juga. menguasai ilmu dunia dan akhirat. Selain dari ilmu kejuruteraan, beliau juga memiliki ilmu agama yang tidak kurang hebatnya. Masjid di Perak juga akan menjadi lebih makmur. Masalah DAP baru-baru ini adalah salah faham dan pihaknya telah memohon maaf secara terbuka. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan. Barisan Alternatif adalah Barisan Rakyat. Sekian.

25 03 2008
hamka muhammad shawal

Minta maaf, saya tumpang lalu. Saya amat tertarik dgn isu yang anda utarakan dan saya amat bersetuju dengan sikap dan pilihan jawapan dari the Hazim & kipp. Unfortunately, komentar siti yaya agak mendukacitakan. Apa maksud beliau dengan ‘bumi dipijak milik orang? Sedih bila hak terlepas ke tangan yang lain? Tapi, lagi sedih bila mengenangkan sikap sambil lewa wakil rakyat hingga menyebabkan kehilangan bumi yang diimpikan itu. Tidak malu ke bila selepas 50 tahun merdeka masih lagi memilih untuk jumud dan melihat komposisi kaum sebagai matlamat? Sebelum ini siapa yang memerintah, bukan Melayu kah? Harus kah kita untuk mengandalkan semata-mata pada hubungan kaum untuk menjadi sebab memajukan negara. Malu lah dengan pernyataan ini! Lihatlah pada komposisi keseluruhannya – menjadikan rakyat miskin dan tertindas, tertinggal sebagai matlamat tidak kira apa bangsa. Lupakah pada kita rakyat yang memegang kuasa? Mereka bekerja untuk kita, suruh mereka kerja keras bukan untuk menampung kocek sendiri tapi untuk rakyat dan itulah yang sepatutnya berlaku dari dahulu hingga kini. Belum terlambat untuk kita mengubah History!

Ali : Trimas…

25 03 2008
sitiyaya

alamak!aku terpukul…!hehe…setelah dibelek-belek dan diselidik…..nampaknya aku bersetuju dengan pendapat kwn2….bak kata en kipp..ibarat bayi baru bertatih…betul jg…
apapun, tunggu dan lihat ya…!

25 03 2008
sitiyaya

ermm…nak tambah bole en asyraf? hehe..

rakyat-rakyat kedah sekarang sudah boleh berbangga kerana memilih BA

1- cukai tanah turun 30%(byk wooo!)
2- tiket bola percuma(penuh sampai melimpah la stadium darul aman…HIDUP HIJAU KUNING!)
3- kenduri dimana-mana dan tak habis-habis lagi w/pun pilihan raya dah lama abis!

p/s: huhu..inilah hasilnya pulang melawat kedah selama 2 hari untuk merasai angin perubahan…

Ali : Negeri kebajikan sangat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: