Isu di Perak telah selesai. Mereka sudah ada MB baru.
Isu di Perlis juga selesai, walaupun Dato’ Seri Shahidan bin Kassim tidak dilantik (sungguhpun mendapat watikah perlantikan daripada PM), beliau akur jua dengan tindakan Raja Perlis, melantik orang lain untuk menduduki kerusi menteri besar.
Lain pula halnya dengan Terengganu. BN telah mendedahkan kelemahannya yang terbaru untuk terus hanyut dan ditembak BA. UMNO membantah perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar yang mana mereka mahukan Datuk Seri Idris Jusoh kekal sebagai MB untuk penggal kedua.
Analisa saya, BN (khususnya UMNO sendiri) juga setaraf dengan Lim Kit Siang, malah mungkin lebih ekstrem kerana kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan akan menentukan kedudukan Ahmad Said dalam parti kerana telah melanggar perlembagaan parti.
UMNO oh UMNO! Semakin lama, saya sendiri tidak tahu ke mana halatujunya. Dikatakan Lim Kit Siang biadap, diikut pula jejak langkahnya. Janganlah sebuah parti yang sepatutnya memperjuangkan Melayu ini terus layu…
Ingatlah, UMNO bukan sebuah parti jalanan. Ia ditubuhkan di istana….
umno ni just nak name je
cakap nak bela melayu tapi
raja sendiri pun nak tentang
dah la agong tu yang wat keputusan
nak kate pandai
raja sendiri nak lawan
ntah la
UMNO2
memalukan je,
sume parti sama je,
dah dapat kuasa,
mula gelap mata,
nama pon politik…
subjektif kan semua ini..
tetapi saya kira politik di zaman pos penjajahan adalah lebih telus dan betul2 berjuang utk bangsa..tapi bukan kini…bukan politik yang bersih tetapi berebut rebut untuk merebut kuasa..
umno kini bukan seperti Umno dulu..
tiada lagi kini, dulu, dan selamanya…
yang ada hanya siapa yang lebih terror main cable..
wahai intelektual2 yang penuh kewibawaan bangkitlah semua demi bangsa tercinta dan demi masa depan anak-anak kita..
cewahh
sorilah ye ali ter ‘poyo’ sekejap…
Ali : Ni sejak bile poyo nih? Bile nak join Datuk Noraini?
inilah orang kate mengata dulang paku serpih…
huhu..
juz wait n see
hmm…. aku sebagai orang trg rase malu gak dgn situasi nih.. Xsangka sampai macam ni jadinyer…
Tp aku rase Adun2 BN yang bantah si MB tuh msti ade sebabnyer… ramai org trg yg tahu si MB tuh camane orgnyer dalam Dewan… Lgpon die mmg ade sedikit reputasi yang kurang menarik mase jadi ADUN penggal lepas.. Tp kesilapan besar BN TRG adalah tidak meletakkan calon MB yang laen selain Idris. Padahal ade lagi calon laen yang boleh ganti Idris. Bkn die sorg je yg layak. Berdasarkan situasi sekarang aku pk Trg mgkin kembali kepada Pas on next election. Haha..
p/s : Klu Pas dapat aku gak untung sbb dpt wang ehsan byk.. hahaha =P
aku tensen dengan semua ni…
hehehe..
perlu kah saya join??
Mungkin sebab UMNO ditubuhkan di Istana, maka dorang bajet dorang tu bagus dari orang Istana… Sebab lawan Kebesaran Melayu UMNO jadi “Untuk Melayu NOthing”…. jadinya…
xfaham dgn BN/umno sekarang….hu3
ntah apa yg dorg nak sbenarnya….hu3
kasihan kat rakyat…..
memalukan sungguh!
cakap orang biadap dengan istana, dorang sendiri buat camtu gak.
memaku dulang paku serpih
mengata orang dia yang lebih
seperti tidak masuk akal apabila Pihak Istana mencampuri urusan politik, But it happened in Malaysia. Mungin ramai kerabat diRaja juga melibatkan diri dalam politik… Malaysiaku Gemilang!