P.Ramlee the Musical kembali…

26 03 2008

Semalam belek akhbar (di ruang siber), terbaca di ruang hiburan tentang pengumuman Datin Seri Tiara Jacquelina.

P. Ramlee the Musical… The Life, The Loves & The Inspiration (PRTM) akan kembali dipentaskan di Istana Budaya. Tarikhnya, dikatakan bermula 28 Mei, tidak tahulah bila akan berakhir.

PRTM

Terdapat pembaharuan di sana-sini. Paling besar, kerusi pengarah muzik yang diduduki oleh Erwin Gutawa sebelum ini akan digantikan dengan Roslan Aziz. Saya tidak tahu hendak komen apa. Kerana semasa saya menonton pementasan edisi pertama dahulu, orkestra yang ditampilkan Erwin Gutawa cukup menarik. Namun, kredibiliti Roslan Aziz tidak boleh dinafikan. Sungguhpun susunan muziknya untuk AF dahulu kurang menarik, namun hasil kerjanya semasa konsert Datuk Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall dahulu sangat mengkagumkan.

Lain-lain? Tunggu dahulu pengumuman oleh Tiara. Kita lihat siapa yang akan kembali semula ke IB. Ada desas-desus mengatakan Siti Nurhaliza tidak akan kembali kerana sudah berimej baru; bertudung. Apa masalahnya? Seingat saya, Azizah dalam PRTM pun sentiasa berselendang menutup kepala sepanjang pementasan. Kenalah dengan imej Siti kan? Tolonglah Datuk Siti, anda penyeri PRTM!

Apa-apapun, kepada yang tidak dapat menonton dalam edisi pertama dahulu, rebutlah peluang kali ini. Anda tidak akan menyesal!


Tindakan

Information

8 responses

26 03 2008
penamaya

kali ni… WAJIB MENONTON !

http://penamaya.wordpress.com

26 03 2008
Masy2k

Teringat pula entri tentang KONSERT BARISAN BUDI ( ingat-ingat lupa ) Sapalah pulak yang ko nak bawak ke musikal ini. My… lagi ke atau pun ARBAKTUN? Tidak-tidak pun PN_NOR

Cubalah pulak bawak Datuk Yusni Hamid beb

26 03 2008
jumapx

ehmm….

akhirnya…ada juga peluang aku nak tgk PRTM nie…coz yg lepas punya tak dapat pulak tengok…hu3

harap2 xde halangan la kali nie…

p/s: tak sangka abg ali suka tengok teater ek…he3

Ali : takde la suka tgk teater sangat… tapi prefer tgk muzikal sebenarnya…

27 03 2008
bogattjeff

siti?penyeri?hahaha..

27 03 2008
me

dh lama x komen…huhu….nk pegi…..ehm….huhu

27 03 2008
sitiyaya

en. asyraf…nanti jangan lupa ajak…

27 03 2008
redapples

rasanya Q panjang tak nak beli tiket??? ke dah habis ditempah??

Ali : tak tahu la pula…

28 03 2008
Pjoyz

Aku tanak pegi la. cam x minat jek. hehehehe

Tinggalkan Jawapan kepada jumapx Batal balasan