
Tan Sri Muhyiddin Yasin, sekarang memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selain bertindak selaku Naib Presiden UMNO semakin aktif bersuara.
Semasa isu Terengganu menghadapi kemelut perlantikan MB baru, beliau juga mencadangkan agar PM pergi berjumpa dengan pihak istana.
Bahkan, kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim juga ditegur berkenaan suruhanjaya kehakiman. Kata beliau, pandangan peribadi dan pandangan rasmi perlu dibezakan.
Tatkala UMNO riuh rendah dengan isu kuota untuk perlantikan presiden parti, beliau dengan MT lain dari Johor (Datuk Seri Khaled, Datuk Shahrir) membuat kenyataan menyokong tindakan tersebut.
AP terbuka juga telah pun dihentikan sejak beliau memegang kementerian berkenaan.
Isu DEB di Pulau Pinang, beliau juga bersuara meminta penjelasan daripada DAP. Namun, dengan penuh diplomasi, beliau menyatakan “… dia sudah bentuk kerajaan, dia berhak untuk menentukan apa saja dasar yang hendak laksanakan…” cuma beliau sekadar inginkan penjelasan, demi rakyat katanya.
Terbaru, beliau bersuara agar hentikan persoalan remeh-temeh seperti isu kuota, namun pulihkan imej parti yang mana menyaksikan generasi muda sedang berfikir sama ada UMNO masih relevan ataupun tidak.
Baguslah Tan Sri. Bersuaralah dengan lebih kerap. Agar celik mata mereka yang tertutup.
Saya bangga menjadi anak Johor!
hmm… kenegerian nampak.. hehe.. tapi, bagi aku kadang2 pandangan peribadi juga perlu untuk membantu pentadbiran negara walaupun kadang2 mungkin bertentangan dengan pegangan asas kerajaan itu sendiri..
Ali : Setuju! Cuma perlu dibezakan…
oh ye ker?shahrir samad punyer idea pun bgs gak…
aku pon bangga menjadi anak jati perak!!!
Muhyiddin Yasin ni dulu sekolah sama tempat ngan aku dulu..
Sek. Ren. Keb. Ismail Satu, Muar, Johor..
bangga siot..(o o)*hidung kombang*
Dia ni ‘politician’ yang paling ‘clean’ and aku respect..
Susah payah aku namakan beliau Ali Asyraf ( yang mulia dan dimuliakan ) bin MOHAMED namun beliau bangga menjadi anak Johor bukan anak kelahiran Johor
Ali : Huk aloh!
huhuhuhu
tan sri muhyiddin ni memg clean n good politician…
but kita nak ker PM yang tua2 nie?
TSMY adalah tokoh yang amat aku kagumi kerana berani, dan sedia untuk apa2 tindakan oleh pihak atasan ny..
aku akan mendoakan agar TSMY menjadi PM yang paling di kagumi dan digeruni oleh kawan dan lawan.