Annual Dinner Kolej ke-10 : MGS ke-XI

7 04 2008

Saya telah janjikan entri ini.

Ya! MGS ke-XI banyak menerima reaksi positif dan negatif daripada pelbagai pihak. Baguslah…

Saya juga ingin beri respons.

Hotel Istana yang letak di segitiga emas KL itu agak mendukacitkan. Ini bukan salah AJK ya! Makanan biasa sahaja. Service, hurm… Food presentation? haha!… saya teringat dua tahun lepas, hotel Mandarin Oriental sahaja mengambil masa sejam untuk membuat rehearsal. Haha!

Satu isu yang banyak kedengaran ialah emcee. Ya! Inilah tunjang kepada MGS kali ini. Saya dikhabarkan, mereka ini masih baru dalam pengacaraan majlis. Biarlah, jadi medan latihan katanya. Saya masih ingat kali pertama saya mendengar Ashraf (nates) membaca skrip, huiyoo… Tetapi, kemudiannya semasa rehearsal, saya boleh katakan yang emcee berada di atas par untuk mengendalikan majlis. Dan semasa MGS, walaupun terdapat kucar-kacir di sana sini, majlis berjalan dengan lancar. Cuma lebih menarik jika sesi pengumuman cabutan bertuah, serta prom king and queen dibuat dengan lebih dramatik. Apa-apapun, tahniah!

Buat AJK, dalam tempoh yang sekejap, majlis ini berjalan dengan baik. Saya sendiri melihat AJK menggelupur di belakang pentas setelah menyedari bahawa majlis bukan sekadar lancar, malah terlebih lawas. Haha! Tetapi, usaha untuk mengatasi masalah itu sangat baik. (Sehinggakan saya sendiri terpaksa menjadi bidan terjun untuk menyanyi buat kali ke-2, haha!)

Pelbagai ragam baju boleh dilihat. Luar biasa juga penangan tema kali ini. Boleh dikatakan 98% mengikut tema. (Tok Putih, baju apa ko pakai tuh?) Cuma, janganlah terlalu melampau atau over, nanti jadi bahan bualan orang. Pada pendapat saya, Kak Cik boleh menggondol anugerah malam itu, tiada rezeki la pulak!

Keseluruhannya, memang MGS kali ini banyak kelemahannya. Namun, jikalau kita tahu bagaimana usaha dan perit-jerih orang disebalik tabirnya, kita akan bersyukur dengan penganjuran tersebut.

Bagi pihak saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan semeja; Maisarah, Intan, Aireen, Is, Yan, Zu, Ija, Meksu. Tidak lupa juga kepada barisan puteri-puteri yang menyampaikan bunga semasa saya menyanyi di pentas, bobit & safwan yang juga mencelah untuk mengambil gambar. Juga kepada semua AJK Teknikal dan AJK Protokol yang banyak membantu saya menjayakan nyanyian-tidak-ingat-lirik-dan-bidan-terjun saya itu. Haha!

Di sini saya selitkan beberapa gambar. Klik untuk besarkan ya!



Tindakan

Information

14 responses

7 04 2008
nisdasyarfini

kepada saya xd ke?? yang mintak tolong tukar no performance a.ali.. supaya x nampak sangat nyanyi guna lirik.. orang mesti ingat zack petik gitar tengok notes.. huhu..

Ali : Ya ke? Terima kasih juga untuk izzah!

7 04 2008
nisdasyarfini

haha.. giler ngade kn? tp ngengada lagi pic ke -17 tue.. hahaha..

Ali : Orang tidak akan menjumpai lagi pic 17 itu, kerana sudah didelete

7 04 2008
my sarah

ehm….kali ke-2 semeja dgn ali asyraff…. x sangka dpt byk bunga semasa menyanyi..sekali 1 meja anta bunga…tahniah!!!..
pasni leh paktis nyanyi lagu slam eh…>>…huhuu…

7 04 2008
Insan Kerdil

hehehe….
ali penyanyi sekarang,dah letak jawatan dari berdebat ek…
wakakaka

Ali : Sebenarnya dahulu penyanyi…

7 04 2008
Izzuddin Ismail

adess.. xbes ek mgs?? seb baek aku xpegi.. wahahaha..

Ali : biasa jek…

7 04 2008
kudozu

Hotel Istana, if happen to serve malay course, memang sedap lah.And indeed!Kak chik was very cute that night!(Yeay.Sempat bergamba ngan die)Next time buat anugerah pakaian terbaik pulak la.Ali punya performance..tak sempat nak bg bunga..kang bg plat no meja, berat pulak Ali nak pegang sambil nyanyi.HaahahXD

7 04 2008
kipp

Nama aje hotel istana, tapi servis macam duk motel tepi pantai. Motel tepi pantai lagi pun lagi bagus dari hotel istana.

Prom king & queen ada lagi ek? ingat dah lupus dah adat omputih kat Malaysia nih?

7 04 2008
Wanhidayat

Salam…lama tak pergi UM jumpe kengkawan kat sana…semoga masih terus diberi peluang untuk berkunjung ke sana….

Ali : Datang sini beritahu la ya!

7 04 2008
ryan

Tujuan mengadakan sesuatu Majlis Dinner adalah untuk “release tension” dalam bahasa mudah “relax n enjoy” selain merasa makanan yang “exotic” heheheh. Apabila banyak sangat komen n complaint, maknanye AJK penganjur MUNGKIN gagal mencapai matlamat. MC mestila SeSuaI ler! kalu tak baik pulang tengok senario!

8 04 2008
liesha

saye byk mendengar cite2 yg x bes selepas 1 meja naik bg bunga kat awk..mungkin ade rase jeles di hati mereka..suke atila..kite kwn2..lgpon da final year,mstila nak wat sesuatu sbg kenangan mgs last..nak arapkan dinner tu je..hmm..xde ape2 pon..naseb baik la ade geng gile2..besla jdnye..

Ali : ye ke?

8 04 2008
sitiyaya

komen mgs? ramai jugak orang yang ku tunggu-tunggu tidak kunjung di depan mata. cik kudo adalah salah sorang nye….nabila pun…yang tak tersangka pulak ada…contoh nye chua yang makin kurus.huhu…

utk cik liesha: jangan risau, kite tak kena buang kolej punyelah…erk, tapi en asyraf macam mana?menerima masalah kerna gadis2 memberi bunga(ape aku merepek ni…)

9 04 2008
jumapx

wah..gempak….ali rupa2nya pandai nyanyi…..tahniah2….

9 04 2008
kudozu

maaf cik yaya.saye sempat ngan kak chik sorg je.huhu~(sori ali, reply msg kt cni.haha)

10 12 2009
alin

opsss apapun dinner MGS di Hotel Mandarin Oriental ttp best..huhuhu
walaupun t’dpt byk halangan n dugaan sblm majlis….
kalu nak kenang balik hehehe byk peristiwa b’laku..
apapun ajk MGS – 9..tq
nanti kita wat reunion masa kak alin kawin yee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: