Sekitar Interschool Debate 2008

17 04 2008

Tamat sudah Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia 2008 semalam.

Tahniah kepada pendebat Sek Men Agama Persekutuan Kajang atas kejuaraan yang diperoleh. Begitu juga dengan kontinjen Sek Tuanku Abdul Rahman Ipoh atas kemenangan selesa mereka di pentas final Bahasa Inggeris.

Juga ucapan tahniah kepada semua jawatankuasa penganjur. Saya difahamkan kekangan kewangan menjadi masalah utama, namun semangat yang ditunjukkan oleh semua AJK sangat saya kagumi. Sukar rasanya saya ingin mencari sebuah pasukan penganjur seperti mereka. Tahniah!

Kepada semua pendebat yang menyertai pertandingan tersebut, moga dapat perbaik segala kekurangan. Jangan putus asa, bak kata Puan Mazleena (K.Hakim pus. Akhir), cuba lagi, jikalau tidak di peringkat ini, teruskan di peringkat universiti.

Buat juniorku kontinjen SHAH Pekan, teruskan usaha. Jangan sangka kejayaan itu datang bergolek pada kita. Juga buat guru pengiring, berilah bimbingan yang sebaiknya. Untuk berjaya, sesebuah pasukan itu lebih perlukan sokongan dan dorongan oleh guru, dan bukannya bersandarkan kepada jurulatih, trainer dan sebagainya.

Buat Cikgu Dahlia, Cikgu Shimah, rakan seperjuangan saya, saudara M. Zul Fadhli (Otel), tahniah atas kejayaan kalian! Moga terus bersemangat untuk kejohanan PPM nanti.


Tindakan

Informasi

7 responses

17 04 2008
Insan Kerdil

pergh, mantap giler SMAP Kajang. menang lagi…

Ali : Menang lagi? Baru pertama kali merasa pentas final UIA…

17 04 2008
redapples

situasi semi final SSAS versus SMAP K telah MEMBAKAR aku utk berdebat!!!

Rasa macam UPM lwn UM plak (UPM tak pernah menang lagi dgn UM)

Final aku tak dapat tengok cz time tu ada exam uhuk3.

Tahniah Otel n utk mr Ali gak. Majulah Debat Untuk Negara!!

Ali : Royal 2005, Kaloi kalahkan gandingan Ijan-Otel-Zizul…. gile arr!

17 04 2008
Pjoyz xXx

Maksudnya menang debat. Bkan UIA jek.. PPM lagi… dari zaman otel dlu kan bnyk mnang debat.

18 04 2008
mysarah

tahniah buat afiq.mus n hisham….cikgu ali berkhidmat utk smap lek lok ek…mane la tahu cikgu “sek men seksyen 5 wangsa maju” iringi ke PPM lak..hahhahha

18 04 2008
fakir

congrates…wakaka
guru hebat, murid menyegat!!

tahniah cekgu dan cekgi!!

21 04 2008
alamwalker

pergh..maknenye korang laa yg halang kemaraan KAMI!!! ceh.xpe2..kat semi lak 2.

Ali : Korang? Mereka la… Kami? Mereka juga la…

29 05 2008
kemarau31yearz

huu..congrats smapkajang..rezeki u guys senang sgt nak datang.ukm dah rase,uia pun dah,now ni ppm plak..ape la doa korang pakai ha???btw,congrats and keep up ur good worrrrrk 4 ppm’08

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: