Congkak

18 04 2008

Saya berkesempatan menonton congkak sebentar tadi. Trimas kepada yang mengajak.

Hmm… saya memiliki expectation yang tinggi terhadap filem ini. Maklumlah, dengan reputasi Jangan Pandang Belakang ditambah dengan promosinya yang hebat, saya mengharapkan sesuatu yang luarbiasa.

Malangnya, menonton filem congkak ibarat masuk ke sebuat rumah hantu secara beramai-ramai. Unsur kejutan sahaja yang mampu membuatkan penonton terkejut. Yang lain? Cuma adegan klise yang kadang-kadang tidak perlu ada.

Beberapa keraguan saya. Adakah menjadi budaya masyarakat melayu meletakkan gambar orang yang sudah mati di kedai? Ini bukan cerita bollywood rasanya. Keraguan lain, Nanu membeli ikan kembung dan memasak Kari Kepala Ikan?

Paling penting, tajuk Congkak nampaknya tidak menggambarkan keseluruhan cerita. Lebih baik berikan tajuk Percutian Menyeramkan ataupun Akibat Silap Rumah dan sebagainya.

Namun, di sebalik kelemahan yang saya ceritakan, kredit perlu diberi kepada produser dan pengarah kerana kualiti bunyinya sangat bermutu tinggi.

Penonton bukannya pakar filem, tetapi semua orang tahu menilai filem itu menarik ataupun tidak.


Tindakan

Information

12 responses

18 04 2008
mysarah

ehm…cite die mmg x se best “jgn pandang belakang”…namun adegan tutup mata dan jerit tetap ade….

18 04 2008
bogattjeff

hahha…mujo stil masak kari kepala ikan,mane tau kan,beli ikan,tp,masak kari daging.. =)

18 04 2008
insan kerdil

hahha, itu mesti keje mysarahlah tue, jerit2 n ttup mata..
pastu kaco ali..
wakkaka

18 04 2008
kudozu

femes nye cite seram di malaysia adalah dgn jerit2an.hahahah!

hurmm..congkak tu bukanke sbb buat kt sungai congkak?ke aku silap.huhu.

Ali : Memang anda salah. Haha! Tontonilah cerita ini. Belum lihat, belum tahu…

18 04 2008
Bayan

hahahha…dah agak, streotype filem seram Malaysia. Nasib baik tak punya keinginan untuk menontonnya….

19 04 2008
adilasrie

best jugak kalau bg tajuk Akibat Salah Rumah tu la Ali… menarik! haha btw, ko xnk komen ke fake photo dlm utusan last friday? huhu jz feel like nak dgr ur opinion bout dat 🙂

19 04 2008
redapples

aku yang buta filem tak tahu apa-apa… 😦

25 04 2008
shahrulnizam

terlalu byk unsur cgi..tak besh
bermula dengan nanu terapung sampai habis..plot putus-putus dan tak berarah..
idham take things for granted!

1 05 2008
jumapx

suka statement2 yg menyentapkan…he3
memang byk kelemahan la congkak nie…hu3
jangan pandang belakang lg best…

14 05 2008
Hana

btul2,filem2 d mlaysia perlu ade anjakan paradigma.baru berkesan! 🙂

30 05 2008
JuliaNa

xbest erk citer ni? tak tengok lagi..uhuu

16 03 2019
Zuhrah mohd Ataillah

Bagaimana jika nak beli congkak tu

Tinggalkan Jawapan kepada shahrulnizam Batal balasan