
Tan Sri Muhyiddin Yasin, sekarang memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selain bertindak selaku Naib Presiden UMNO semakin aktif bersuara.
Semasa isu Terengganu menghadapi kemelut perlantikan MB baru, beliau juga mencadangkan agar PM pergi berjumpa dengan pihak istana.
Bahkan, kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim juga ditegur berkenaan suruhanjaya kehakiman. Kata beliau, pandangan peribadi dan pandangan rasmi perlu dibezakan.
Tatkala UMNO riuh rendah dengan isu kuota untuk perlantikan presiden parti, beliau dengan MT lain dari Johor (Datuk Seri Khaled, Datuk Shahrir) membuat kenyataan menyokong tindakan tersebut.
AP terbuka juga telah pun dihentikan sejak beliau memegang kementerian berkenaan.
Isu DEB di Pulau Pinang, beliau juga bersuara meminta penjelasan daripada DAP. Namun, dengan penuh diplomasi, beliau menyatakan “… dia sudah bentuk kerajaan, dia berhak untuk menentukan apa saja dasar yang hendak laksanakan…” cuma beliau sekadar inginkan penjelasan, demi rakyat katanya.
Terbaru, beliau bersuara agar hentikan persoalan remeh-temeh seperti isu kuota, namun pulihkan imej parti yang mana menyaksikan generasi muda sedang berfikir sama ada UMNO masih relevan ataupun tidak.
Baguslah Tan Sri. Bersuaralah dengan lebih kerap. Agar celik mata mereka yang tertutup.
Saya bangga menjadi anak Johor!