HKSBP 2008

29 05 2008

Satu usaha saya untuk mengemaskini blog saya. Sekian lama tidak menjenguk dan tidak berbuat apa-apa.

Berlalu sudah seminggu yang menyeronokkan di Sek Men Sultan Abd Halim Jitra Kedah untuk Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2008.

Perasaan saya begitu kontra. Sedih dalam gembira. Entahlah! Sedih mengenangkan adik-adik SHAH Pekan gagal melangkah ke pusingan akhir. Namun, amat gembira dengan anak-anak murid SMAP Kajang yang berjaya ke pentas perdana PPM di PICC nanti.

Apa-apapun, tahniah buat semua ahli delegasi SMAPK ke HKSBP kali ini. Terima kasih kerana menerima saya sebagai keluarga kecil yang berwarna-warni ini. Buat warga pendidik yang turut mengiring; En. Muaidi, Pn Ku Zaleha, Pn Hajar, Pn Zelasari, Pn Zaiton, Pn Mayarnis, Pn Husna, terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi. Juga buat Pn Shima dan Cik Dahlia atas kepercayaan yang diberi.

Buat sekalian pelajar yang baik-baik; Mus, Afiq, Syam, Izlan, Rashid, Razin, Acap, Aqmar, Salehah, Fitri, Atif, thanks a lot sebab terima cikgu as part of the debate family. Tak dilupakan buat rakan setia, sahabat seperjuangan dalam debat; Zul Fadhli, trimas!

Kepada adik-adik di kontinjen SHAH Pekan, jangan kecewa. Saya rasa ralat juga kerana tidak luangkan masa lebih sedikit buat kalian. Apa-apapun Iqram, Syazwan dan Ikhwan, jangan terlalu bersedih kerana anda telah lakukan yang terbaik!





Blog terbiar, Praktikal bermula

10 05 2008

Sudah lama saya tidak mencoret apa-apa di blog ini. Berhabuk jadinya. Hits pun semakin menurun.

Ada masa ni untuk menaip, kita berjumpa di ruang maya ini.

Ya! Saya sudah memulakan praktikal latihan mengajar di sekolah. Nasib saya baik, saya mendapat tempat praktikal yang memudahkan kerja saya; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Sekolah yang mempunyai prestijnya yang tersendiri dalam dunia pendidikan kita.

Seminggu selesai praktikal, sudah banyak juga yang saya belajar. Pengalaman turut ditimba dalam penganjuran Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum SMAPK yang dianjurkan pada 9 Mei tempohari.

Ada masa, saya kemaskini blog ini ya!