Subsidi bukan untuk besi

4 06 2008

Satu negara terkejut. PM mengumumkan harga baru petrol di pasaran Malaysia.

RM2.70 seliter. Kenaikan paling besar dalam sejarah negara kita.

Di sana-sini sudah kecoh. Caci-maki terhadap kerajaan dan PM sendiri sudah kedengaran. Keluh-kesah golongan berpendapatan sederhana semakin berat dek harga bahan api yang membebankan.

Lantas PM mengumumkan kaedah baru pemberian subsidi kepada rakyat; rebat tunai apabila membayar cukai jalan. Pada hemat saya, ini langkah yang boleh diterima lantaran duit yang diberikan sama rata, tidak mengira penggunaan oleh rakyat. Maka, untuk merasai rebat dengan optimum, jimatkanlah penggunaan ya!

Kenaikan harga minyak memang tidak boleh dielakkan. Harga minyak dunia memang meningkat pada kadar yang membimbangkan. Saya kira, kini sudah tiba masanya untuk meneroka sumber tenaga alternatif.

Namun, ada juga timbul isu lain tentang tenaga bentuk baru, iaitu Food VS Fuel. Alternatif terbaik, nuklear! Tetapi, bila hendak dikomersilkan pun tidak tahu!

Oh ya! Tentang tajuk entri ini. Semasa memandu tadi, di kiri dan kanan saya, hampir semua kereta yang dipandu hanyalah terdapat seorang penumpang, iaitu pemandu itu sendiri. Inilah yang merugikan, subsidi yang kerajaan beri, bukan digunakan untuk mengangkut manusia, tetapi besi. Huhu!

Kepada semua (terutamanya rakan-rakan sebaya), hentikanlah caci-maki terhadap kerajaan kita. Sedarlah, kita dalam krisis petroleum di peringkat global. Secara kasarnya, harga sebelum ini iaitu RM1.92/liter adalah semasa harga petroleum pada tahap USD70/tong. Kini, harga petroleum sekitar USD130/tong, maka sebarang kenaikan harga adalah tidak dapat dielakkan.

Fikirkan. Subsidies make transport of people and goods cheaper, but discourage fuel efficiency


Tindakan

Information

17 responses

4 06 2008
yanML

subsidi utk besi…hmmm…
lmbt lg la aku ada kete…
bleh tak kalo aku berharap pasni akn berkurang la pencemaran udara…huhu

4 06 2008
paceek

rebat tunai tersebut khas untuk kereta bawah 2000cc dan ke bawah..tapi sesuaikan untuk keluarga mewah yang mempunyai katakan 10 buah bmw 318i yg mempunyai kapasiti enjin 2000cc turut menerima rebat tersebut? Rebat berdasarkan jenis kereta pada pendapat saya tidak sesuai..tapi saya tak tahu apa yang sesuai..tp Ali..saya tidak mencaci maki kerajaan kita..cuma menunjukkan yang cacat..

Ali : Baguslah! Saya tidak katakan anda, tapi ada rakan-rakan lain yang berbuat begitu… Tetapi, rebat tersebut memang banyak kelemahannya… Rebat berdasarkan pendapatan lebih sesuai, bukan?

4 06 2008
mysarah

sy nk jalan kaki la pasni….jd sihat seperti rakyat jepun…. x gitu haris???… eh salah…ali..huhuhu

5 06 2008
hilman

salam. awal pagi membaca entry ini.

beberapa hari yang lepas, saya fikir, “driving in Malaysia required less fuel and more patience”.

tapi hari ini “driving in Malaysia requires both fuel and patience!”

dan ‘patience’ tu yg kena lagi banyak dari ‘fuel’!

masa mengubah gaya hidup..

5 06 2008
eyman

Good points. Ini shock treatment dari kerajaan. Bercakap tentang maki@lepaskan geram… biarlah kerja itu dibuat oleh ADUN & MP Pakatan Rakyat. Itu kerja mereka. Mereka dibayar elaun untuk itu. Kerja kita ialah fikir dan cari jalan agar kenaikan petrol hanya beri kesan minima kepada kita. Macam mana? Kalau nak dapat idea, kenapa tak cari di wikihow, misalnya? 😉

Ali : Setuju. Tetapi, kadang-kadang rakyat M’sia tidak ambil pusing benda-benda begini…

5 06 2008
MK Farhan

Betul2…jangan caci maki kerajaan…jadi(baik untuk 5 saat,cukup) mari kita caci Amerika pulak la…hahahhahaha

5 06 2008
kudozu

alternatif utk petrol bukan kah dah lame org wat r&d nye?pkai minyak sawit xleh ek.xP

6 06 2008
salfae1

alternatif untuk petrol adalah biofuel spt biodiesel, bioethanol, etc…tapi bahan mentahnya adalah terhad dan mahal..kos pemprosesan juga tinggi..contohnya jika digunakan minyak kelapa sawit, pastinya akan berlaku masalah kekurangan minyak masak suatu hari nanti…

6 06 2008
shenyeeaun

Kita tidak menafikan subsidi yang terlalu banyak tidak baik untuk perkembangan ekonomi.

Namun begitu biarlah kenaikan harga itu dinaikkan secara berperingkat – ringkat dan bukan dengan secara mendadak.

Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak. Kalau harga minyak naik keuntungan kita juga bertambah.

Subsidi memang tidak baik dan kini sebenarnya bukan isu kenaikan harga minyak. Ramai yang kabur.

Isu sebenarnya kenaikkan harga minyak dan inflasi tidak seimbang dengan peningkatan pendapatan per kapita seseorang individu.

Jangan beri contoh negara Singapore dan lain – lain lebih mahal berbanding Malaysia. Hal ini disebabkan gaji , pendapatan per kapita dan kuasa beli mereka jauh lebih tinggi daripada Malaysia.

Rakyat Malaysia bukalah mati. Kalau nak demonstrasi pun bukan sebab harga minyak naik tetapi ekonomi Malaysia lembab. Tidak diuruskan dengan baik sebab itu lambat berkembang dan sebab itu kenaikan ini amat dirasai.

Kalau ekonomi betul – betul kukuh dan rakyat selesa kerajaan tak beri subsidi 1 sen pun majoriti pun tidak akan terasa.

BANGUNKAN NEGARA ! PESATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI !

6 06 2008
shenyeeaun

Kalau kerajaan dimaki pun siapa suruh mereka berkempen semasa pilihan raya tidak akan menaikkan harga minyak selepas pilihan raya ?

Ini bukan soal pasaran global dan sebagainya. Ini soal janji seorang pemimpin kepada rakyat.

Lain kali jangan janji sesuka hati dan jangan cakap besar kalau tidak mampu.

Baiklah. Kita jangan caci kerajaan kerana naik harga minyak kerana tuntutan global tetapi bagaimana pula janji seorang pemimpin kepada rakyat ?

Adakah rakyat itu pekak ? adakah rakyat itu buta ? ataupun rakyat itu bodoh dan jahil ?

6 06 2008
shenyeeaun

sila bezakan antara caci dan kritikan. caci itu untuk memunaskan dan kritik itu demi kemajuan

6 06 2008
simba_2008

kalaulah subsidi-subsidi ni tidak diadakan oleh pemimpin yang terlebih dahulu rasa-rasanya pemimpin sekarang tak menerima bahana caci-maki. Jadi caci-makilah pemimpin yang terdahulu

11 06 2008
Kipp

Hmm.. sifat kosmetik kerajaan dengan memberi rebet dan potong elaun diatas kenaikan minyak adalah seperti bedak yang di touch up kemuka artis untuk berlakon dilayar perak sahaja, tak lebih dari itu.

Kerajaan mampu buat lebih dari itu, jangan jadikan alasan USD130 per barrel di US untuk menaikkan minyak RM 2.704 seliter di Malaysia sedangkan Venezuela pun baru RM 0.16 seliter.

Ya.. caci maki itu menyakitkan hati, tetapi yang makan hati dengan tindakan kerajaan adalah rakyat.

Bak kata Tun Mahathir:
“Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat”.

Yet, we need to think about it.

11 06 2008
naik minyak

rebat?brape bnyk la sgt…kalo tuk keta bwh 2000cc anggaran seminggu rm12 n moto bwh 250cc rm2.88 je.mmg tak munasabah.rebat ni pun tah ble leh dpt dgn jmlah pengguna yg lyk brjuta2 ramainya.
harga mnyak global mmg ttp akan naik.tetapi tindkan krajaan mnaikkan hrga mnyak dgn mendadak sbnyak 78 sen adalah satu perkara yg tak munasabah selain hrga mnyak msia diapungkan.

Cuba kita fikir,msia sndiri adalah ngara pngeluar mnyak(mnyak yg berkualiti lagi tuh) kalo dh harga mnyak global meningkat mstila keuntungan petronas jg meningkat. tapi kemana duit loyalti petronas kpd krajaan msia dibelanjakan? tiada pnjelasan terperinci dpd kerajaan ttg perkara ini.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.(sumber: chedet.com).maka sudah tntu pendapatan negara juga meningkat. pendapatan negara meningkat,spatutnya rakyat bertmbah senang.tapi kemana perginya semua keuntungan yg diperoleh?

Jelas skali duit rakyat tlah dibazirkan dgn projek yg bukan2 sprti projek koridor2,wilayah pembangunan iskandar(wpi) di johor,masjid kristal di t’ganu,msjid titanium(besi) replika di putrajaya dan lain2 lagi cetusan pak lah selain pembatalan jambatan bengkok dan pembelian beribu2 bas baru rapidKL (rapidKL adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).sumber:chedet.com) dan kerajaan msia tepakse mnangung bban yg bnyk akibat dpd semua pembaziran ini. hasilnya beban yg berpunca dari kelemahan pentadbiran dan kelemahan pengawalan ekonomi oleh krajaan paklah tersebut terpakse ditanggung oleh rakyat.

pak lah cuba mengaburi mata rakyat ttg harga mnyak msia dgn membandingkannya dgn ngara jiran yg bukan ngara pengluar minyak sprti indon n singapore. tak releven.sama macam kita bandingkan harga durian kat m’sia dan kat jepun.dh kompem2 kt jepun mahal coz kat sane takde pkok durian!

apa yg paklah tau rakyat kena ubah gaya hidup. tapi die sndiri tak mulakan.even mntri2 pun taknak.sy ingin memetik artikal dari utusan yg mengatakan pak lah mengumumkan elaun menteri2 akan dipotong sebanyak 10% untuk mnjimatkan duit kerajaan sbnyak 2billion.dan respons dari pengumuman paklah, shahrir samad sndiri mngatakan pemotongan elaun menteri2 adalah tak munasabah. itu baru potong 10%,belum 40% lagi. kalo pemimpin sndiri tak nak ubah gaya hidup,mcm mn nak suruh rakyat ubah gaya hidup?

isunya sebenarnya bukanlah kenaikan harga minyak semata2, tetapi lebih kpd tindakbalas berantai akibat kenaikan harga minyak.bila minyak naik kompem2 harga barang keperluan akan naik.mmg krjaan berjanji akan mngawal harga barangan pasaran.tapi kawalan yg diperkatakan belum tentu lagi scara keseluruhan.harga barangan akn tetap naik.seterusnya meningkatkan kdar inflasi rakyat msia sperti yg diperkatakan oleh gabenor bank negara zetty akhtar aziz – inflasi akn meningkat kpd 7% pd bulan jun.

selain itu,isunya adlah ttg hak rakyat.pendapatan negara adalah hak rakyat secara total.ini kerana pendapatan negara adalah hasil usaha keras rakyatnya yg bekerja yg membawa kpd produktiviti negara dan yg membayar cukai.maka, pendapatan negara haruslah diagihkan secara total dan telus kpd rakyat melalui subsidi,pendidikan,kebajikan rakyat, pembangunan yg tidak melampau dan kemudahan yg lain.tetapi apa yg dlihat kekayaan negara dibolot oleh pihak2 tertentu yg berkepentingan terutamanya melalui tender2 yg dibuka kerajaan.alih2, duit rakyat dpt kat kroni.

dari segi subsidi, pada pendapat sy adalah wajar kerajaan meneruskan subsidi minyak(tidak semestinya 100%,paling2 pun kurangkan harga mnyak ke paras rm2.20-2.30) atas alasan melalui subsidi minyak pengagihan duit rakyat adalah lebih menyeluruh berbanding dengan pembangunan yg melampau yg disebut pada awal tadi. ini kerana, pembangunan yg melampau tidak memberi manfaat secara menyeluruh kpd semua lapisan masyarakat. sbgai contoh, mereka yg tinggal di kampung2 belum tentu dpt merasai pembangunan melampau yg diadakan di kota. tetapi melalui subsidi mnyak, mereka yg tinggal di kampung2 pun dpt merasakannya kerana mereka juga menggunakan minyak petrol selain harga barangan harian juga tidak akan meningkat.

13 06 2008
pejuang rakyat jelata

mmg tidak dpt nafikan harga minyak naik sedunia..tetapi tidakkah anda fikir pendapatan negara juga meningkat?? negara kita negara pengeluar minyak! we are nett exporter for petroleum! bukan seperti singapura,indonesia dan thailand…beratus billion ringgit negara kita untung tetapi mengapakah negara kita masih tidak dapat menanggung subsidi minyak kepada rakyat?? kenapa rakyat harus dibebankan dengan harga minyak yang tinggi?? bagaimana pula dengan golongan yang miskin dan daif?? pemimpin jenis apa jika mereka tidak memikirkan keperitan hidup rakyat malaysia?? memanglah mereka tidak memikirkan tentang nasib rakyat kerana kemewahan hidup yang mereka perolehi dengan merompak duit rakyat! jadi,anda fikir2kanlah sampai bila rakyat harus ditipu sebegini rupa…akhir kata, you can fool some of the people all the time, all the people some of the time, YOU CAN NEVER FOOL ALL MALAYSIAN ALL THE TIME!!!

16 06 2008
org miskin

I would like to suggest you to read this blog.
Another point of view from someone else ^_^
http://universitipts.com/index.php/site/comments/tahniah_buat_kerajaan_bn/

30 07 2008
adrif

Is it true abg. Ali? Semalam,sayer ader bacer artikel ttg kenaikan harga minyak yg dikeluarkan sendiri oleh satu badan kerajaan, but sayer tak sure aper namer organisasi kerajaan tu.artikelnyer berbunyi:harga minyak naik,jangan salahkan kerajaan.even sayer sokong oppos. for their good commitment, but, itu tak bermakner sayer tolak seme jaser kerajaan.huhu.

first point,about minyak di malaysia.muler2,artikel tu kater yg minyak kita sangat berkualiti tinggi n kalo dieksport ke oversea,malaysia akan dapt untung yg besar.ok.sayer trimer.then,artikel tu kater lagi yg minyak kiter tak sesuai digunerkan di malaysia coz kandungannya sesuai utk oversea usage sajer.sayer jadi pelik pulak.at last,artikel tu kater,malaysia import minyak dari luar yg jauh lebih murah dari harga minyak di malaysia.sayer jadi pelik.kalo lah kiter berjayer eksport minyak kiter ke luar dgn. harga yg lebih mahal dr.yg diimport ke dalam negara kiter,takkanlah duit hasil eksport minyak tak dapat digunerkan utk.tampung kos minyak yang diimport secara murah?…so,aper sebenornyer yg terjadi ni…

then,second point,dier ader kater yg kiter tak bleh nak gune rizab petronas sebagai langkah untk.mengekang kenaikan harga minyak khusus di malaysia.lagi,dier tulis kite juger tak bleh nak paksa syarikat2 oversea spt.shell,carltex,exxon utk tampung masalah ini.saya mungkin tak tau pasal minyak ni abg.ali,tapi,once syarikat itu syarikat dr.oversea or we called it as multinasional,bukan ker kerajaan ader hak untuk kenakan cukai then supposedly kiter kener realize yg.minyak tu minyak kiter,so syarikat dari luar kenerla consider.bayar jer la tambahan cukai utk.mendapatkan minyak kiter kan?…

besides,artikel tu ader menyentuh ttg peranan OPEC,n dier kater OPEC takder hak untuk masuk campur dlm urusan kenaikan harga minyak,just pantau sajer harga tu.sayer kire abg.ali,kalo semer neg2.pengeluar minyak di dunia ni gertak neg.2 kuasa besar,sayer sure isu minyak ni dpt disettlekan dgn fair n just…huhu…ntahla…

tapi,bukti terbaru dh tunjuk saper kerajaan bn ni yg sebenornyer…isu pembelian keter2 utk exco neg.terengganu yg pakai mercedes import.surh rakyat pakai keter tempatanlah,but,at the same time,diorang bleh perabih dgn.senangnyer duit rakyat utk.beli keter2 camtu.kalo betulllah diorang sayangkan agama,negara,dan masyarakat malaysia,kenaper tak pakai kete tempatan jer?…huhu…nampak ader double standard…so,aper kejadahnyer tu kan?…huhu…saya tak benci org abg.ali,but,sayer kire dh tiber masernya utk kiter samer2 membuat satu anjakan dlm memilih parti baru to rule our country diligently…

Ali : Terima kasih atas comment ini. Entri yang dibuat bukan untuk membuat pujian kepada parti pemerintah, tetapi lebih kepada seruan untuk orang ramai tentang peri pentingnya berjimat cermat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: