Ramai memberikan respons terhadap kenaikan harga minyak. Ada yang tidak suka, tidak kurang juga yang pasrah pada polisi kerajaan.
Jujurnya, saya sendiri tidak gembira dengan berita ini (walaupun saya tidak mempunyai kenderaan). Kenaikan harga petrol ini akan mempengaruhi segala-galanya; daripada kos pengangkutan kepada harga makanan.
Saya tertarik dengan kenyataan Tun Dr M dalam blognya yang juga turut mengkritik tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Beliau menyatakan tentang isu yang klise, berkenaan keuntungan Petronas dan lebih cantik lagi beliau juga turut menceritakan tentang kenaikan harga kelapa sawit dan sebagainya yang juga turut memberikan pendapatan kepada kerajaan hasil kutipan cukai.
Tun Dr M juga mengkritik tindakan kerajaan untuk mengapungkan Ringgit Malaysia (RM) kerana tindakan ini hanya merugikan rakyat kerana tiada faedah dari segi kos import. Semasa krisi ekonomi 1997 dahulu, Tun Dr M lah yang mengambil tindakan untuk melakukan tambatan matawang. Ini satu lagi ‘projek’ Tun Dr M yang dihentikan oleh kerajaan.
Kata beliau, tindakan kerajaan terlalu tergesa-gesa. Benar! Ketika Datuk Shahrir mengumumkan bayangan kenaikan harga seawal Ogos, sudah terdengar keluh-kesah di sana-sini. Namun, secara tiba-tiba, PM umumkan kenaikan harga minyak terbesar dalam sejarah negara.
Kesimpulannya, isu minyak memang isu yang sensitif. Kadangkala, rajuk radang kita itu hanyalah berlandaskan emosi dan atas sentimen politik semata-mata, sedangkan krisis dunia kini semakin tidak tertanggung. Zaman selesa dunia sudah lama berlalu. Makanan, minyak, cuaca, keamanan, semuanya perlu kita hadapi dan tangani.
Apa-apapun, salam ulangtahu€n kelahiran ke-11 untuk adik saya, Ariff Asyraf b Mohamed dan rakan saya, Amir Ramzani Borhan (untuk ulangtahun kelahiran ke-23).