Debat : Perlu diperhebat

18 07 2008

Saya tertarik dengan entri yang ditulis di blog YDP MPMUM tentang respons beliau tentang debat yang berlangsung tempoh hari serta dikaitkan dengan mahasiswa. Tajuknya mudah, Debat!!! Bagaimana dengan mahasiswa??

Debat yang berlangsung tempoh hari benar-benar memberi kesan tidak kira lapisan masyarakat sekalipun. Di peringkat mahasiswa contohnya, ramai yang mula membuka mata dan telinga akan ketokohan pemimpin kita berpidato dan membuat pengucapan umum. Mungkin ada juga antara mahasiswa yang tidak pernah melihat pidato DSAI sebelum ini.

Seruan sdr Affandy cukup baik, budaya perdebatan ini harus diteruskan tidak mengira tempat asalkan kena pada masanya. Harus diingat, debat itu ada batasnya. Adalah tidak wajar sekiranya debat itu dijadikan kehidupan lantaran ia boleh membawa kemudaratan. Pertimbangan rasional adalah perlu agar debat yang dianjurkan tidak dibaluti elemen emosional yang boleh merosakkan debat itu sendiri.

Di sini juga, saya juga ingin memberikan sedikit teguran kepada semua pihak (khususnya pengurusan kolej kediaman) kerana seringkali menjadikan pertandingan Debat NC anjuran Kelab Orator UM sebagai aktiviti kelas kedua (SUKMUM dan FESENI selalu diangkat martabatnya), lantas menjadikan Debat NC semakin sepi, ibarat hidup segan mati tak mahu lantaran kegagalan memperoleh sokongan yang menyeluruh khususnya dari aspek kewangan.

Saya sendiri seolah-olah memperoleh nafas baru apabila ada calon MPM sebelum ini memberikan idea untuk penganjuran debat di peringkat intravarsiti. Namun, hampanya sehingga kini tiada sebarang khabar berita.

Mungkin juga mahasiswa kita tidak sedar akan wujudnya satu majlis antara universiti selain sukan (MASUM_ dan kebudayaan (MAKUM) iaitu Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) yang begitu aktif menganjurkan pelbagai kejohanan debat intervarsiti yang menyaksikan pertembungan idea bernas (yang mana pertandingan ini juga acapkali dipandang sepi oleh mahasiswa). Contoh mudah, kolej kediaman pertama UM setiap tahun menganjurkan Debat ASTAR yang menjadi medan pertarungan pasukan handalan, namun berapa ramai sahaja mahasiswa UM yang ingin menontonnya?

Di akhirnya, usaha untuk mewujudkan kembali speakers corner adalah usaha murni yang perlu disokong. Namun, adakah benar mahasiswa (khususnya mahasiswa UM) bersedia untuk mempunyai speakers corner tersebut? Pada hemat saya, adalah wajar kita bentuk budaya berfikir secara kritis dan analitikal di kalangan mahasiswa dahulu, sebelum kita dirikan semula sudut pidato itu.

Kerana saya teringat, e-village gagal kerana perfileman Malaysia belum bersedia. Saya bimbang speakers corner yang dicadangkan menerima nasib yang sama.


Tindakan

Information

9 responses

18 07 2008
Insan Kerdil

Harapnya semua akan berjalan lancar

18 07 2008
penamaya

comel nye yang paling hujung n tembam tu.

Haha.

Speaking Corner ?
Dah bersedia ker warga UM nie ?

Be Realistic ~

http://penamaya.wordpress.com

Ali : Tak sabar nak berdebat ya?!

19 07 2008
mkhazaidi

sokong..
ulasan yang tidak dinafikan cemerlang!!!

19 07 2008
mysarah

ehm…pd hemat sy…mahasiswa UM lebih gemar ke MID VALLEY dr ke sudut speaker corner tu nnt…rs nnye sudut2 itu akan digunakan bile pihak kolej kediaman dh x ape nk buat..maka brlah bernafas corner tu nnt…..
idea utk pemikiran yg lebih kritis dan kreatif lbh perlu dlm menerajui dunia sekarang berbanding menang sorak kampung tergadai……OPPSSS….sory if some1 terasa ye…huhu….
so, warga UM…..selamat BERDEBAT!!!HUHUUH

Ali : haha! baik!

20 07 2008
mkhazaidi

betul cakap kak maisarah!!
nak suro abg ali tulis tentang
dunia debat:sejauh mana minat mahasiswa kita

23 07 2008
masy2k

Seruan sdr Affandy cukup baik, budaya perdebatan ini harus diteruskan tidak mengira tempat asalkan kena pada masanya. Harus diingat, debat itu ada batasnya. Adalah tidak wajar sekiranya debat itu dijadikan kehidupan lantaran ia boleh membawa kemudaratan.

MACAM PERLU DIPERHALUSI ENTRI INI
AMACAM SETUJU X YUL

Walau apa pun yul tetap tersemat dalam setiap doa ku!

Ali : Thanks dad! You’re the man!

27 07 2008
redapples

erm kat tempat aku pun sama… debat?? entah diorang kenal atau tak aku tak pasti.. tapi sebut je tarian.. berpusu-pusulah mereka

27 07 2008
suara kerdil

assalamualaikum ali… just an opinion sebagai salah seorang ‘penuntut’ dan ‘peminat’ DEBAT NAIB CANSELOR yang setia… komen yang saya harap dianggap membina. saya mohon segala politik dalaman dan penerimaan warga debat varsiti di UM sendiri ditelusuri semula. lihat semula bagaimana sikap berpuak kelab orator yang tidak menerima orang baru seperti saya sewaktu seawal penglibatan saya dalam debat haluansiswa 3 tahun lalu. saya berusaha keras untuk menerjah ke gelanggang oratori. tetapi sikap angkuh dan berpuak-puak puaka-puaka debat (maaf, bukan wira, tetapi puaka) yang menidakkan kehadiran orang luar sangat dikesalkan. saya kecewa dengan sikap pilih bulu dalam kelab orator sendiri. adakah kerana pencapaian warga oratori di gelanggang intervarsiti menyebabkan batang hidung mencanak, menunjal langit? nasib baiklah DNC edisi 2006/2007 mencatat siri kegemilangan dengan air tangan jawatankuasa penganjur dari kolej kediaman bestari. nasib benar-benar menyebelahi…

saya sedar perbalahan mengenai sikap insan-insan yang menunjal dada sendiri, kononnya eksklusif di arena debat tidak membawa sebarang solusi. yang menang jadi arang, yang kalah dibawa angin, terbang sebagai abu…

tidak salah mengarang mimpi dengan keadaan sekarang untuk mendirikan semula speakers corner. tetapi siapa yang akan berdiri di sana? pembela mahasiswa atau insan oratori yang gah di dunia sendiri??? maaf, tetapi sikap warga oratori UM inilah yang membawa zulfadhli tersungkur di pilihanraya kampus…

Ali : Saya harus akui akan kesilapan tersebut… Terima kasih…

3 08 2008
nurfikri

Speakers corner, debate dan sebarang jenis discourse boleh menjadi satu budaya yang sihat di Universiti

TETAPI speakers perlu diberi kebebasan total untuk menyuarakan pendapat.

Pendengar pula mesti bersedia untuk mendengar pandangan yang berkemungkinan akan berbeza jauh sekali dengan pandangan peribadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: