Debat Alam Sekitar 2008

30 07 2008

Semalam, 30 Julai 2008, berlabuhlah tirai Debat Alam Sekitar 2008.

Image Hosted by ImageShack.us

Tidak banyak yang saya mahu tulis. Universiti Teknologi MARA memperoleh johan, memusnahkan harapan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk memperoleh gelaran johan buat kali ke-4 berturut-turut.

Seperti biasa, banyak pengajaran yang saya peroleh untuk edisi kali ini. Apa-apapun, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kontinjen UM untuk kali ini; Zul Fadhli, Azri Zahier, Khairul Asyraf dan Mohd Hidayat. Sekalung penghargaan juga buat konsultan tercinta, Azizul Hakim atas segala tunjuk ajar dan nasihat berguna.

Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) 2008 banyak pro dan kontranya. Saya sendiri begitu kagum dengan kebangkitan pasukan-pasukan yang menampakkan taring mereka seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang bagi saya mempunyai potensi untuk menyerlah dalam arena debat inter-varsiti. Pasukan lain seperti UNITAR, MMU dsb juga semakin memperoleh rentak dalam DAS kali ini. Sebagaimana biasa, UTP merupakan antara IPTS paling cemerlang dalam DAS sejak 2006 lagi.

Dari aspek penganjuran, saya agak terkejut apabila ditempatkan di Hostel Kinabalu, bersebelahan stadium Likas. Bukan niat di hati saya untuk meminta tempat yang hebat, cukuplah sekadar memudahkan peserta untuk benar-benar menikmati bandar Kota Kinabalu yang saya rasa sangat jarang dikunjungi oleh pendebat-pendebat dari semenanjung.

Sebagai seorang pelajar sains, saya ingin menyatakan sesuatu perkara. Bukan niat saya untuk obses pada bidang yang saya ceburi. Ada sesetengah pasukan yang bersifat membohongi fakta dan kajian sains. Seharusnya, penghormatan terhadap sains perlu ada dan tanda menghormatinya ialah dengan tidak menipu tentang isu sains dalam dewan perdebatan. Selain fakta sains, banyak juga teknik pembohongan dan pemfitnahan yang berlaku sepanjang DAS ini yang saya kira tidak akan mencetuskan satu iklim perdebatan yang sihat.

Pertandingan debat bukannya sekadar datang bertanding, lawan, menang dan kalah, kemudian balik ke kampus masing-masing. Debat adalah lebih daripada itu. Apa yang saya ingin katakan ialah hubungan akrab antara semua universiti perlu wujud. Sentimen permusuhan perlu dikekang, semangat menghormati dan bertegur-sapa antara pendebat-pendebat. Bagi saya, keadaan ini sudah baik pada masa ini, namun terdapat beberapa keadaan tidak enak yang saya perhatikan. Contohnya, ada pendebat-pendebat yang lahir dari sekolah yang sama, namun kini berbeza IPT. Tetapi kedua-duanya tidak bertegur-sapa, malah lebih teruk lagi apabila seorang junior bersikap dingin (tidak keterlaluan jikalau saya kata kurang ajar) kepada seniornya. Apa-apapun, saya bersyukur kerana kenalan saya semasa di sekolah dulu bersikap baik dan menghormati. Alhamdulillah! Terima kasih Najmie (UMP), Erny (UMT), Syukri (MMU) dan Siddiq (UTP) atas rasa hormat dan penerimaan kalian.

Apa-apapun, secara peribadi, saya sangat suka berdebat dengan pasukan UMS. Bukan kerana pasukan saya menang jika melawan mereka, tidak! Tetapi setiap perlawanan dengan UMS, saya merasakan yang perlawanan debat sebenar berlangsung. Tidak perlu fitnah-memfitnah, tidak perlu melanggar santun perdebatan, dan tidak perlu membuat pendekatan menjengkelkan.

Di akhirnya, saya impikan keadaan yang lebih baik untuk Debat Kemerdekaan 2008 di UMT nanti, baik untuk UM mahupun keseluruhan komuniti debat yang terbabit. Moga berjumpa lagi!


Tindakan

Information

13 responses

30 07 2008
adrif

salam…oic.abg gi jejalan ke sabah la ni?…huhu…so,how’s ums?..anyway,sayer nak wish congrats to abg coz masih bgiat aktif dlm debat…huhu…abg.ali,sayer kire ajaran cikgu2 kat shah la yg berjayer membentuk penghormatan sesama kiter…huhu…idup bebudak shah pekan!!!

Ali : Kamu pula, bila lagi Amin Firdaus?

30 07 2008
Rem

Asyraf, bawa pulang Piala Debat Kemerdekaan. Ke lembah pantai.🙂

30 07 2008
Insan Kerdil

setuju, debat bukan sekadar debat, tapi keakraban dan ilmu itu sangat penting. Yayaay. sayangilah guru fizik anda.hahah

31 07 2008
CivilianEqin

lumrah kehidupan..
sanggup melakukan ape je utk menang..
huhu..
mcm mane ngan pencapaian UPNM?

Ali : UPNM lom ade rezeki nak break ke knockout. Btw, diorg bising, sebab bebudak nak pegi Bangi la, diorg terlepas flight!

31 07 2008
kudozu

gambar takde?

Ali : Gambar on the way la… huhu!

1 08 2008
khazaidi

anywei… team um mmg gempak..
cuma takde rezeki!!!!!

balik shah pekan, tak bgtau!!

Ali : Belum lagi la!

1 08 2008
mysarah

tahniah!!

2 08 2008
Shen Yee Aun

all the best for kemerdekaan then ! pastikan pentas itu milik kamu !

2 08 2008
Shen Yee Aun

“Ada sesetengah pasukan yang bersifat membohongi fakta dan kajian sains. Seharusnya, penghormatan terhadap sains perlu ada dan tanda menghormatinya ialah dengan tidak menipu tentang isu sains dalam dewan perdebatan. Selain fakta sains, banyak juga teknik pembohongan dan pemfitnahan yang berlaku sepanjang DAS ini yang saya kira tidak akan mencetuskan satu iklim perdebatan yang sihat. ”

Hahaha.. Macamlah Ilmu sains sahaja yang direka dan dicipta demi kemenangan ! Bagaimana pula dengan debat yang lain ? Sejarah telah membuktikkan dan kini lihat sekali lagi adakah pembohongan terhadap fakta sejarah untuk Kemerdekaan akan berlaku atau tidak.

Nasib baik debat ini tidak ada liputan macam Debat Anwar dan Shaberry. Kalau tidak fakta – fakta tersebut akan menjadi bahan ketawa orang ramai

3 08 2008
nurfikri

Tahniah kepada UiTM kerana bergelar johan dan juga kepada pasukan UM kerana sampai ke semis. Cuba lagi tahun hadapan and good luck for Kemerdekaan.

4 08 2008
KNB

Kau pergi UMT Ali?

6 08 2008
Pjoyz

Dengar cite dulu dah bersara. Buat come back ya kamu… hehehe

Ali : Ada ke?

11 08 2008
adrifsina

haha…abg ali wat lawak siot…haha…sayer maner pandai…haha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: