Tambang bas naik…

28 08 2008

Belek-punya-belek, ternampak satu kenyataan di akhbar. Harga surcaj akan naik sebanyak 30%.

Saya tidak paham apa itu surcaj yang dikenakan, tetapi apa yang saya dan semua orang faham ialah harga tiket bas naik.

Saya faham, harga bahan api naik. Maka kerajaan pun mengambil tindakan menaikkan harga tiket bas. Alangkah indahnya hidup jika bas berlumba-lumba memberi tiket murah seperti tiket penerbangan MAS dan AirAsia ataupun seperti syarikat telekomunikasi yang juga bersaing memberikan yang terbaik.

Namun, bukan itu isunya.

Isu yang ingin saya ketengahkan ialah keadaan di puduraya yang haru-biru. Ketepikan soal infrastruktur, kerana kerajaan sedang berjimat-cermat dalam keadaan sekarang. Apa yang saya hairan ialah hal pengurusan di puduraya.

Banyak kali media mendedahkan tentang isu ulat tiket. Teruk! Penumpang tertipu dengan harga yang mahal dan bas yang tiada kualitinya. Malah, ada yang terpaksa berjalan sejauh ke menara maybank untuk mendapatkan bas yang lebih buruk daripada bas sekolah.

Kalau yang terkena itu seperti saya, tidak mengapalah. Namun, warga tua yang tidak punya kudrat juga terpaksa mengikut telunjuk ulat-ulat ini ke hulu dan ke hilir semata-mata untuk naik bas yang diarahkan.

Lebih buruk lagi, pelancong asing turut terkena perkara yang sama. Harga tiket usah kata, mungkin dikenakan berlipat ganda. Imej negara akan tercalar, patutlah kerajaan tidak umumkan Tahun Melawat Malaysia 2008 berjaya ataupun tidak, kerana perkara ini turut menyumbang sama.

Di akhirnya, saya seru kepada pihak yang berkenaan, tolonglah kami warga pengguna. Bukan kami tidak berilmu kepenggunaan, tetapi dalam masa 10 minit sebelum menaiki bas, berhadapan dengan ulat-ulat yang kami tidak boleh jangka panas barannya, apalah kudrat kami.

Seruan saya kepada yang lain, belilah tiket dari syarikat-syarikat yang sudah menggunakan teknologi komputer spt Transnasional, MARAliner, Konsortium, KKKL, Causeway Link dan berbagai-bagai lagi. Mungkin nasib anda akan menjadi lebih baik dengan sistem ini.





Pasca Debat Kemerdekaan 2008

27 08 2008

Debat Kemerdekaan Antara IPT 2008 telah melabuhkan tirainya. Semua orang sudah maklum, Universiti Teknologi Petronas menggunggulinya, dengan menyaksikan Siti Habibah dari UPSI menguasai ranking pendebat keseluruhan dan di pentas perdana.

Suasana kurang ceria melanda kem Universiti Malaya. Entah di mana silapnya, jalan yang kelihatan terbuka pada satu masa itu, tertutup dengan pantas dalam sekelip mata. Secara jujurnya, saya perlu akui akan kesilapan ini berpunca daripada kegagalan saya. Maaf saya pinta pada semua, khusus buat Abg Zizul tercinta, andai kau rasa berduka.

Di sebalik kemurungan yang melanda, banyak juga yang saya peroleh. Paling penting, saya semakin kenal diri saya yang sebenar-benarnya. Benarlah kata Abg Zizul, pemerhati adalah penilai yang lebih baik terhadap diri kita berbanding diri sendiri. Saya akui akan kebenarannya.

Buat Azri Zahier Azmi, ini kali ke-6 kita bersama-sama dan jujurnya aku sangat kagum dengan perubahan yang kautunjukkan. Mungkin hanya aku, Shen dan Acap sahaja yang dapat saksikan dan alami perubahan itu dalam pasukan, pasti suatu hari kau akan jadi jauh lebih hebat berbanding Ali Asyraf.

Saya juga amat bersyukur kerana edisi kali ini memberikan saya ruang untuk berkenalan rapat dengan pendebat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Terima kasih Tuan Walid, Ghazly, Raja dan Syaheer. At least, boleh juga saya usha-usha akan perit getir kehidupan di UPNM yang adik saya (Iqin) jalani. Susah juga ya, walaupun hidup bergaji, bak kata Ghazly, lebih besar periuk diisi, lebih banyak kerak diperolehi.

Kali ini juga, permainan minda hasil kelolaan Abg Zizul dan Azri Zahier sengal itu sangat menarik. Ditambah pula dengan sifat tidak ingin menyerah kalah Azhar USM menyebabkan suasana menjadi ceria. Inilah bezanya pendebat dengan mahasiswa biasa, bermain minda, uji kecekapan pemikiran, pemerhatian, pendengaran dan macam-macam lagi. Saya? Soalan tahap satu dari Raja dan Tuan Walid pun susah saya hendak leraikan… haha!

Seorang lagi sahabat lama saya yang saya temui, Zulkifli UTM yang akan berangkat ke Oxford hujung ramadhan nanti. Moga sukses di sana nanti, minta maaf sebab menyebut nama hang time penggulungan tu. Juga buat sahabat di UMP; Khairul Afizan dan Adam, akhirnya dapat juga match dengan korang ek.

Tidak akan saya lupa, rakan seangkatan alumni SHAH Pekan. Tahniah Erni UMT kerana melakarkan rekod; menjadi pendebat kejohanan dan mencatatkan nama sebagai urusetia. Jangan jadi uruSIA-SIA sudah lah! Tapi penganjuran UMT, tetap terbaik untuk tahun ini! Syuk MMU, belajarlah selok-belok penganjuran dengan Erni ya! Persediaan khas untuk penganjuran FOMCA nanti. Buat Siddiq, tahniah atas gelaran johan. Saya sentiasa akan mendoakan yang terbaik buat junior-juniorku dalam arena ini, dan saya mengharapkan perkara yang sama!

Buat gediks Maisarah di Melaka yang ayu, cantik dan bergaya, thanks for sharing the load. Walau jauh beribu batu, tetapi rasa dekat pula. haha!

Di akhirnya, khas buat Abg Azizulhakim Abd Aziz, minta maaf atas segalanya. Pengalaman di UMT seminggu ini, benar-benar buat saya terharu dengan abang. Jauh di hati, rasa bersalah bila kekadang terkasar bahasa, meninggi suara dengan abang. Kerana saya sudah sedar, tekanan yang abang berjaya tangani, dan empati yang abang telah tunjukkan. Harapnya, saya akan dapat membalas jasa abang dengan beri satu kepuasan, sebelum saya tamatkan semuanya, kerana saya tidak sanggup lihat wajah kecewa itu…





Jigsaw Puzzle

19 08 2008

Peristiwa dalam kehidupan ini ibarat jigsaw puzzle. Untuk memperoleh gambaran sebenar tentang cause and effect setiap perkara, kita tidak boleh membiarkan kepingan jigsaw puzzle tersebut tertinggal dan tidak tercantum sepenuhnya.

Ada satu peristiwa yang sentiasa saya cari di mana sebab dan silapnya. Peristiwa tersebut memang benar-benar mengubah kehidupan individu-individu yang terlibat. Mungkin tulisan ini seperti membuka semula kenangan pahit yang semakin dilupakan, namun buat mereka yang benar-benar memahami tulisan saya, sesuatu renungan dan iktibar mungkin diperoleh.

Hakikat kehidupan, kita harus menyedari akan kewujudan insan-insan di sekeliling kita. Bukan sekadar menyedari kewujudan, kita harus untuk menghargai (appreciate) orang lain dalam hidup kita. Sikap ego dan merasakan diri kita sentiasa betul dalam segala hal akan menjadi barah buat diri, perlahan-lahan ia akan membunuh kita.

Manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan. Terima kasih Tuhan! Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencungkil kelebihan dan memperbaik kekurangan. Dalam masa yang sama, sebagai manusia yang saling berinteraksi dengan orang lain, kita juga harus menerima kelemahan diri kita. Usah terlalu sibuk menegur kelemahan orang lain dan menyuruh orang lain berubah, dan dalam masa yang sama membiarkan kelemahan kita terus menguasai diri. Lebih menjengkelkan, menutup kesilapan dan kesalahan diri sendiri dengan asyik menyalahkan orang lain.

Perlu diingat, pencapaian dalam kehidupan bukan segala-galanya. Proses mencapai kejayaan itu juga penting, kerana ia akan memberi kesan kepada pencapaian kita. Andai kata kita begitu asyik mengejar kejayaan untuk diri kita, tanpa mempedulikan orang lain, kelak kejayaan kita itu akan menjadi buah mulut iri hati semua orang, bukan berpunca dari sifat iri hati mereka, tetapi kesilapan kita yang terlalu alpa.

Kepingan jigsaw puzzle yang melengkapkan gambaran peristiwa pahit yang telah saya lalui ini telah saya temui. Apa yang pasti, sejak saya menjumpainya, pelbagai persepsi dan perspektif dari diri saya berubah. Benarlah kata orang, pengalaman mematangkan diri kita. Ali Asyraf zaman lepas, tidak sama dengan yang ada pada hari ini.

Pandang sekeliling dan berubah…





Debat Kemerdekaan 2008

19 08 2008

Beberapa hari lagi, satu lagi edisi debat intervarsiti akan membuka tirainya iaitu Debat Kemerdekaan Ala Parlimen 2008 Antara IPT Malaysia. Setelah kita berkunjung ke UNIMAP pada tahun lalu, kita sama-sama beralih arah ke pantai timur pula. Destinasi kali ini ; Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tidak banyak yang ingin saya tulis di sini. Yang pasti, semua pihak sedang bertungkus-lumus menjalani latihan. Semoga berjaya untuk semua.

Berikut adalah usul untuk edisi kali ini. Kredit untuk Orator UMP kerana meng’upload’kan usul-usul tersebut

POLITIK TEMPATAN

1. Demi Kemakmuran Negara Bersama, Kita Perlu Bebas Berpolitik

2. Demi Kestabilan Politik, AUKU Tidak Perlu Dipinda

3. Politik Kaum Masih Lagi Diperlukan

ANTARABANGSA

4. Dunia Sudah Semakin Aman

5. Wanita Asia Sudah Merdeka

6. Kita Perlu Lebih Bersedia Menghadapi Krisis Makanan

SOSIOBUDAYA

7. Filem Patriotik Semakin Terpinggir

8. Globalisasi Mengancam Kebudayaan Nasional

9. Bola Sepak Menjejaskan Semangat Patriotisme

10. Blog Perlukan Kawalan

11. Ledakan ICT Melunturkan Semangat Patriotisme

12. Untuk Maju : Kita TIdak Perlu Subsidi

13. Amalan Meritokrasi : Kita Belum Bersedia

PENDIDIKAN & BAHASA

14. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Berjaya

15. Pendidikan Kebangsaan Berjaya Memupuk Semangat Patriotik

16. Sekolah Kebagsaan Jawapan Terbaik Kepada Perpaduan Nasional

17. Pendidikan Wahana Terbaik Pemantapan Semangat Patriotik

PERPADUAN

18. Perpaduan Nasional Menjamin Kelangsungan Bangsa Merdeka

19. Demi Memelihara Kemerdekaan, Kita TIdak Perlu Lebih Terbuka

20. Semangat Cintakan Negara Semakin Membara

21. Perpaduan Nasional : Indah Khabar Dari Rupa

22. Persefahaman Kaum di Malaysia : Ibarat Api Dalam Sekam

23. Polarisasi Kaum Semakin Membimbangkan

EKONOMI

24. 50 Tahun Merdeka : Usahawan Melayu Sudah Bersedia Bersaing

25. Isu Buruh Asing : Kita Terlalu Berlembut

26. Kita Serius Membasmi Kemiskinan

27. Kita Masih Perlukan DEB

BELIA

28. Modal Insan Teras Pembangunan Negara

29. Politik Kampus Tidak Mengungat Kestabilan Negara

30. Program Latihan Khidmat Negara Mencapai Matlamat

31. Generasi Muda Kita Tidak Patriotik

UMUM

32. Sesekali Kita Perlu Menoleh Kebelakang

33. Kita Hanya Merdeka Pada Nama

34. Wawasan 2020 : Bagai Menggapai Bintang Di Langit





Perak buat Malaysia di China

18 08 2008

Lee Chong Wei memperoleh pingat perak. Ramai sudah maklum akan perkara ini.

Apa-apapun, tahniah buat beliau, atas pencapaian yang membanggakan ini. Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara perseorangan individu badminton dalam sukan olimpik.

Tahun depan, Chong Wei akan ada peluang untuk tebus kehampaan, Kejohanan Dunia 2009 (di India jika tidak silap).

Akan tetapi, saya paling terharu apabila melihat Chong Wei memeluk Misbun tatkala melangkah ke pusingan akhir, melambangkan betapa hormatnya beliau pada jurulatihnya, lebih manis lagi apabila ia disinonimkan dengan perpaduan antara kaum Melayu dan Cina.

Kepada rakyat Malaysia, jangan begitu pesimis dengan badminton negara…

(saya menunggu Shafiq Saifullah, pakar sukan itu untuk membuat ulasan… huhu!)





SHAHians 9802 : Mari berbuka puasa…

15 08 2008

Pagi ini, sahabat saya Farisul Faris bertanya khabar.

Bukan sekadar khabar saya yang ditanya, khabar baru dibawa bersama. Ada quartet empat bersaudara, Farisul Hafiz Khirol dan Shauqi gelarnya, berniat ingin anjurkan majlis berbuka puasa, di tepi tasik titiwangsa, selepas itu boleh naik Eye On Malaysia.

Jawapan saya cukup mudah, “aku tidak kisah”, asalkan bayaran murah, banyak pilihan juadah, dan yang datangnya ramai biar meriah. Almaklumlah, bulan ramadhan penuh baraqah, setahun sekali menampakkan wajah, majar kita penuhkan dengan ibadah, termasuklah merapatkan hubungan yang terbina sudah.

(kenapa beria buat ayat berima?)

Farisul berkata lagi, maklumat lain bolehlah lawat bujangpekan.blogspot dan bujangpekan.fotopages. Siap ada senarai nama yang sudah membuat kepastian untuk hadir lagi. (Kenapa nama aku macam gitu plak?)

Apa-apapun, kepada masyarakat batchku, marilah sama-sama join. Jika tahun lepas, kurang lebih 20 orang yang bersama-sama, mari kita tambah lagi jumlah itu tahun ini. Moga dapat faedahnya. Jangan pula rasa segan, penat sahabat kita ni nak anjurkan, kita sama-sama beri sambutan.

Anyway, thanks kepada yang menganjurkan. Rajin korang ya!





Dari Cameron ke SHAH Pekan

13 08 2008

7 Ogos 2008 seharusnya saya ingati. Ya! 7 Ogos 2008 seharusnya saya ingati dengan peristiwa manis bersama rakan-rakan, tetapi saya memlilih untuk bersama-sama keluarga. Kali ini, kami memilih untuk meluangkan masa di Tanah Tinggi Cameron, seminggu sebelum cuti sekolah, pada hari Jumaat, iaitu bukan hari cuti. 7 Ogos 2008 bukanlah hari Jumaat, tetapi 7 Ogos 2008, saya sudah meninggalkan bandaraya KL.

Percutian kali ini lain. Menarik juga apabila melancong bukan pada musimnya. Walaupun aktiviti hanya boleh dimulakan selepas solat Jumaat, tetapi masa 3.00-6.30 pada Jumaat tersebut amatlah bermakna. Ini kerana setiap destinasi yang dikunjungi sungguh lengang, membuatkan perjalanan sangat mudah dan pantas. Kalau ramai orang, jangan beranganlah hendak makan strawberi secara percuma. Semuanya gara-gara ayat nakal saya, “kak, manis ke strawberi akak ni? Nak rasa leh?”.

Ini juga kali pertama saya melalui jalan alternatif ke Cameron, iaitu melalui Simpang Pulai dan bukannya melalui Tapah. Jalan ini lebih menarik, kurang meletihkan. Lain kali, boleh lalu lagi. Haha!

Selesai Cameron, pagi sabtu lagi saya dan kakak saya sudah memecut ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menziarahi sahabat baik kakak saya yang melangsungkan perkahwinannnya. Sebagaimana biasa, ayat-ayat nakal akan keluar, “kau bila nak kahwin?”. Kaklong, sabar je la ya! Walau terlambat, (kami tiba pada pukul 4 ptg) tetapi kami sempat juga makan juadah perkahwinan, dan yang paling best ialah cendolnya. Haha!

Selesai di Kuala Pilah, perjalananan diteruskan pada jam 6.30 petang ke Kuantan. Tujuan; menghantar kakak saya pulang dan saya pula akan menyertai program Back To SHAH 2008. Sesampainya saya di sana, majlis makan malam sudah tiba ke akhirnya. Sedih, tetapi half a loaf is better than none bukan?

Esoknya, tidak banyak event yang dianjurkan. Cuma, kembali ke sekolah kali ini mengizinkan saya bertemu 2 orang rakan saya; Mohd Ikhwan Marion yang mengikuti kursus perubatan di Ireland dan Liyana Musa (Diagnostic Imaging, UIAM Kuantan). Secara peribadi, saya kagum dengan kedua-dua rakan saya ini, dan rasa segan dan rendah diri begitu dirasai kerana saya hanyalah seorang guru. Malah, alumni-alumni lain yang turut serta dalam program ini juga bukan calang-calang, ada pegawai WHO, akauntan, pendaftar IPTS, jurutera, peguam, dan banyak lagi jawatan elit.

Namun, bak kata Cik Annzuleedia, peduli apa. Tiap orang ada bahagian dan peranan masing-masing bukan. Saya perlu untuk bersetuju, yang kerjaya sebagai pendidik tidak perlu dikejar oleh pelajar SBP, tetapi once a boarding school student have the intention to be a teacher, saya rasa pelajar tersebut juga perlu diberi bimbingan untuk menjadi guru yang cemerlang.

Saya juga sempat menjadi hakim perlawanan akhir Bengkel Bahas SHAH 2008. Ketepikan tajuk final yang kelakar itu, saya dapat rasakan yang SHAH akan mampu melakukan sesuatu pada edisi PPM akan datang, jika betul caranya. Apa-apapun, terima kasih kepada barisan pembahas SHAH Pekan; Ikhwan Hibatullah, Syazwan Saidon dan Iqram kerana menghargai kedatangan saya.

It was an eventful weekend. Dari KL, bercuti di Cameron, menziarahi rakan di K.Pilah, kembali ke sekolah. Kadang-kadang saya rasa hidup saya ini begitu banyak pengalaman dan pengembaraan. Realitinya, ada lagi rakan saya yang lebih banyak pengalamannya. Saya harap, impian rakan saya, Mohd Ikhwan Marion untuk menumpahkan segala perjalanan hidupnya dalam bentuk penulisan akan tercapai. Terima kasih Ikhwan, banyak benda yang saya belajar daripada anda kali ini.





Makan di FESKUM

11 08 2008

Entri ini lewat sebenarnya. Festival Konvokesyen UM 2008 (FESKUM ’08) sudah berakhir.

Saya sempat meluangkan masa untuk menjamu selera di gerai-gerai sempena FESKUM ini. My first impression, FESKUM kali ini sangat hambar. Jikalau dulu, pengunjung yang hadir sangat ramai sehingga bertembung bahu. Tetapi kali ini, suasana begitu berbeza. Entah mana silapnya.

Gerai yang berjaya menarik perhatian saya ialah gerai oleh Kolej Kediaman ke-9. ‘Kepuasan Anda Keutamaan Kami’ menjadi cogankata/motto/janji/what-so-ever berjaya menarik minat saya. Tetapi, gerai ini sangat mengecewakan. Rakan saya (Abg Azerai, jangan emo) telah dtg sedikit lewat berbanding saya dan rakan yang lain, lantas terus membuat order nasi goreng ayam. Bayangkan, apabila kami sudah menghabiskan makanan kami, beliau masih lagi belum mendapat n.goreng ayam. Bila ditanya, jawapan mudah oleh waiter ialah “on the way”. Tak mengapalah. Namun, kesabaran menanti selama 40minit melebur apabila pelanggan lain yang datang lebih lewat mendapat makanan terlebih dahulu. Tindakan spontan kami, bayar dan keluar dari gerai ini sambil membuat komen ‘membina’ kepada dua orang tukang kira di meja bayaran (masalahnya, perlu ke dua orang di meja itu, dengan gerai yang cuma ada 4 meja yang ada pelanggan?). So, kepada AJK gerai Kolej Kediaman ke-9, kalau tidak mampu nak penuhi janji di banner anda tu, jangan tulis.

Gerai kedua ialah gerai Persatuan Mahasiswa Terengganu. Komen mudah, dengan waiter bertudung labuh yang penuh rasa rendah diri, menghidangkan nasi ayam dan keropok lekor Terengganu (yang kami makan sehingga RM25 banyaknya… haha!), saya kira inilah gerai yang sepatutnya dikunjungi oleh semua pengunjung.

Kesimpulannya, kalau anda baru belajar berniaga, buatlah seadanya. Ya, saya memang tidak mahir berniaga, namun saya tidak mahu ditipu dan benci apabila rasa tertipu.

Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Nanti saya cerita dalam entri lain ya!





Demi Razin…

5 08 2008

Saya mendapat e-mail dari seorang pelajar SMAPK, Razin namanya. Antara lain, beliau menulis dalam kiriman beliau, “cikgu, takde pun nama saya kat blog cikgu…!”

Maka khas untuk Razin, saya uploadkan gambar ini khas untuk semua pembahas BI SMAPK.

Khas untuk Razin, Acap, Aqmar, Saleha, Atif dan Fitri, moga sukses pada masa akan datang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, setiap kekalahan pasti ada pengajarannya.

p/s : Entri ini juga buat insan bernama Syahmi (form 5) di SMAPK…. huu!





Mangkuk Tingkat

5 08 2008

Sebut sahaja mangkuk tingkat, semua orang mempunyai gambaran yang sama. Mangkuk yang diperbuat daripada logam, diletakkan lauk/juadah berlainan jenis, kemudia disusun bertingkat-tingkat. Semua orang tahu.

Namun, kini lain jadinya. Zaman sudah berubah. Wujud satu inisiatif untuk menjadikan mangkuk tingkat sebagai jenama baru perniagaan di mangkuktingkat.com.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah telah memperkenalkan perniagaan ini. Kaedahnya, membuat penghantaran makanan ke pejabat/rumah/ke mana sahaja berdasarkan menu-menu yang ditentukan dengan bayaran antara RM3.50-RM4.50 satu hidangan.

Baguslah! Perniagaan ini ibarat serampang dua mata; memberi peluang orang ramai untuk berjimat dan peluang untuk menambah pendapatan.

Menarik bukan? Saya baru menemui perkara ini lebih kurang dua minggu lalu. Kalaulah saya tahu lebih awal, senanglah hidup saya semasa praktikal dahulu.

Tak lama lagi hendak berpuasa. Kepada yang di luar sana, program ini sangat sesuai untuk berjimat, tidaklah nanti rambang mata di bazaar ramadhan…