Sebut sahaja mangkuk tingkat, semua orang mempunyai gambaran yang sama. Mangkuk yang diperbuat daripada logam, diletakkan lauk/juadah berlainan jenis, kemudia disusun bertingkat-tingkat. Semua orang tahu.
Namun, kini lain jadinya. Zaman sudah berubah. Wujud satu inisiatif untuk menjadikan mangkuk tingkat sebagai jenama baru perniagaan di mangkuktingkat.com.
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah telah memperkenalkan perniagaan ini. Kaedahnya, membuat penghantaran makanan ke pejabat/rumah/ke mana sahaja berdasarkan menu-menu yang ditentukan dengan bayaran antara RM3.50-RM4.50 satu hidangan.
Baguslah! Perniagaan ini ibarat serampang dua mata; memberi peluang orang ramai untuk berjimat dan peluang untuk menambah pendapatan.
Menarik bukan? Saya baru menemui perkara ini lebih kurang dua minggu lalu. Kalaulah saya tahu lebih awal, senanglah hidup saya semasa praktikal dahulu.
Tak lama lagi hendak berpuasa. Kepada yang di luar sana, program ini sangat sesuai untuk berjimat, tidaklah nanti rambang mata di bazaar ramadhan…