Entri ini lewat sebenarnya. Festival Konvokesyen UM 2008 (FESKUM ’08) sudah berakhir.
Saya sempat meluangkan masa untuk menjamu selera di gerai-gerai sempena FESKUM ini. My first impression, FESKUM kali ini sangat hambar. Jikalau dulu, pengunjung yang hadir sangat ramai sehingga bertembung bahu. Tetapi kali ini, suasana begitu berbeza. Entah mana silapnya.
Gerai yang berjaya menarik perhatian saya ialah gerai oleh Kolej Kediaman ke-9. ‘Kepuasan Anda Keutamaan Kami’ menjadi cogankata/motto/janji/what-so-ever berjaya menarik minat saya. Tetapi, gerai ini sangat mengecewakan. Rakan saya (Abg Azerai, jangan emo) telah dtg sedikit lewat berbanding saya dan rakan yang lain, lantas terus membuat order nasi goreng ayam. Bayangkan, apabila kami sudah menghabiskan makanan kami, beliau masih lagi belum mendapat n.goreng ayam. Bila ditanya, jawapan mudah oleh waiter ialah “on the way”. Tak mengapalah. Namun, kesabaran menanti selama 40minit melebur apabila pelanggan lain yang datang lebih lewat mendapat makanan terlebih dahulu. Tindakan spontan kami, bayar dan keluar dari gerai ini sambil membuat komen ‘membina’ kepada dua orang tukang kira di meja bayaran (masalahnya, perlu ke dua orang di meja itu, dengan gerai yang cuma ada 4 meja yang ada pelanggan?). So, kepada AJK gerai Kolej Kediaman ke-9, kalau tidak mampu nak penuhi janji di banner anda tu, jangan tulis.
Gerai kedua ialah gerai Persatuan Mahasiswa Terengganu. Komen mudah, dengan waiter bertudung labuh yang penuh rasa rendah diri, menghidangkan nasi ayam dan keropok lekor Terengganu (yang kami makan sehingga RM25 banyaknya… haha!), saya kira inilah gerai yang sepatutnya dikunjungi oleh semua pengunjung.
Kesimpulannya, kalau anda baru belajar berniaga, buatlah seadanya. Ya, saya memang tidak mahir berniaga, namun saya tidak mahu ditipu dan benci apabila rasa tertipu.
Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Nanti saya cerita dalam entri lain ya!