Entri ini lewat sebenarnya. Festival Konvokesyen UM 2008 (FESKUM ’08) sudah berakhir.
Saya sempat meluangkan masa untuk menjamu selera di gerai-gerai sempena FESKUM ini. My first impression, FESKUM kali ini sangat hambar. Jikalau dulu, pengunjung yang hadir sangat ramai sehingga bertembung bahu. Tetapi kali ini, suasana begitu berbeza. Entah mana silapnya.
Gerai yang berjaya menarik perhatian saya ialah gerai oleh Kolej Kediaman ke-9. ‘Kepuasan Anda Keutamaan Kami’ menjadi cogankata/motto/janji/what-so-ever berjaya menarik minat saya. Tetapi, gerai ini sangat mengecewakan. Rakan saya (Abg Azerai, jangan emo) telah dtg sedikit lewat berbanding saya dan rakan yang lain, lantas terus membuat order nasi goreng ayam. Bayangkan, apabila kami sudah menghabiskan makanan kami, beliau masih lagi belum mendapat n.goreng ayam. Bila ditanya, jawapan mudah oleh waiter ialah “on the way”. Tak mengapalah. Namun, kesabaran menanti selama 40minit melebur apabila pelanggan lain yang datang lebih lewat mendapat makanan terlebih dahulu. Tindakan spontan kami, bayar dan keluar dari gerai ini sambil membuat komen ‘membina’ kepada dua orang tukang kira di meja bayaran (masalahnya, perlu ke dua orang di meja itu, dengan gerai yang cuma ada 4 meja yang ada pelanggan?). So, kepada AJK gerai Kolej Kediaman ke-9, kalau tidak mampu nak penuhi janji di banner anda tu, jangan tulis.
Gerai kedua ialah gerai Persatuan Mahasiswa Terengganu. Komen mudah, dengan waiter bertudung labuh yang penuh rasa rendah diri, menghidangkan nasi ayam dan keropok lekor Terengganu (yang kami makan sehingga RM25 banyaknya… haha!), saya kira inilah gerai yang sepatutnya dikunjungi oleh semua pengunjung.
Kesimpulannya, kalau anda baru belajar berniaga, buatlah seadanya. Ya, saya memang tidak mahir berniaga, namun saya tidak mahu ditipu dan benci apabila rasa tertipu.
Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Nanti saya cerita dalam entri lain ya!
Lama dah tak makan keropok lekor…
Ali : Nanti boleh makan puas-puas di Terengganu…
haa… best bukan kalo jadi org ganu..
pakat mari ramai2 kita gi makang kopok lekor!!!
hehehehe… abg ali blaja!!!
Ali : Aku belum merasa duit kemenangan forum korang…
“Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Nanti saya cerita dalam entri lain ya!”
citer lain citer lain!
ahahahxD
Ali : Nanti-nanti la ek…
Ali, kau ni macam tak faham pulak maksud “on the way” tu. Haha. Biasalah.
Cuba bayangkan ramai yang menunggu roti john.
Rasanya tidaklah sebegini entri ini. Amacam Yul!
ehm….ayat sentap …” PERLU KE SAYA KOMEN SETIAP ENTRI…”….huhuhu…take care my dear….( sy tahu sure awk edit komen sy ni..)….(^_*)
er….(^_*)…….TQ 4 approving the comment….miss u so much my dear….take care….
Would u believe those cute comments comes from a teacher. I PRESUME……….