7 Ogos 2008 seharusnya saya ingati. Ya! 7 Ogos 2008 seharusnya saya ingati dengan peristiwa manis bersama rakan-rakan, tetapi saya memlilih untuk bersama-sama keluarga. Kali ini, kami memilih untuk meluangkan masa di Tanah Tinggi Cameron, seminggu sebelum cuti sekolah, pada hari Jumaat, iaitu bukan hari cuti. 7 Ogos 2008 bukanlah hari Jumaat, tetapi 7 Ogos 2008, saya sudah meninggalkan bandaraya KL.
Percutian kali ini lain. Menarik juga apabila melancong bukan pada musimnya. Walaupun aktiviti hanya boleh dimulakan selepas solat Jumaat, tetapi masa 3.00-6.30 pada Jumaat tersebut amatlah bermakna. Ini kerana setiap destinasi yang dikunjungi sungguh lengang, membuatkan perjalanan sangat mudah dan pantas. Kalau ramai orang, jangan beranganlah hendak makan strawberi secara percuma. Semuanya gara-gara ayat nakal saya, “kak, manis ke strawberi akak ni? Nak rasa leh?”.
Ini juga kali pertama saya melalui jalan alternatif ke Cameron, iaitu melalui Simpang Pulai dan bukannya melalui Tapah. Jalan ini lebih menarik, kurang meletihkan. Lain kali, boleh lalu lagi. Haha!
Selesai Cameron, pagi sabtu lagi saya dan kakak saya sudah memecut ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menziarahi sahabat baik kakak saya yang melangsungkan perkahwinannnya. Sebagaimana biasa, ayat-ayat nakal akan keluar, “kau bila nak kahwin?”. Kaklong, sabar je la ya! Walau terlambat, (kami tiba pada pukul 4 ptg) tetapi kami sempat juga makan juadah perkahwinan, dan yang paling best ialah cendolnya. Haha!
Selesai di Kuala Pilah, perjalananan diteruskan pada jam 6.30 petang ke Kuantan. Tujuan; menghantar kakak saya pulang dan saya pula akan menyertai program Back To SHAH 2008. Sesampainya saya di sana, majlis makan malam sudah tiba ke akhirnya. Sedih, tetapi half a loaf is better than none bukan?
Esoknya, tidak banyak event yang dianjurkan. Cuma, kembali ke sekolah kali ini mengizinkan saya bertemu 2 orang rakan saya; Mohd Ikhwan Marion yang mengikuti kursus perubatan di Ireland dan Liyana Musa (Diagnostic Imaging, UIAM Kuantan). Secara peribadi, saya kagum dengan kedua-dua rakan saya ini, dan rasa segan dan rendah diri begitu dirasai kerana saya hanyalah seorang guru. Malah, alumni-alumni lain yang turut serta dalam program ini juga bukan calang-calang, ada pegawai WHO, akauntan, pendaftar IPTS, jurutera, peguam, dan banyak lagi jawatan elit.
Namun, bak kata Cik Annzuleedia, peduli apa. Tiap orang ada bahagian dan peranan masing-masing bukan. Saya perlu untuk bersetuju, yang kerjaya sebagai pendidik tidak perlu dikejar oleh pelajar SBP, tetapi once a boarding school student have the intention to be a teacher, saya rasa pelajar tersebut juga perlu diberi bimbingan untuk menjadi guru yang cemerlang.
Saya juga sempat menjadi hakim perlawanan akhir Bengkel Bahas SHAH 2008. Ketepikan tajuk final yang kelakar itu, saya dapat rasakan yang SHAH akan mampu melakukan sesuatu pada edisi PPM akan datang, jika betul caranya. Apa-apapun, terima kasih kepada barisan pembahas SHAH Pekan; Ikhwan Hibatullah, Syazwan Saidon dan Iqram kerana menghargai kedatangan saya.
It was an eventful weekend. Dari KL, bercuti di Cameron, menziarahi rakan di K.Pilah, kembali ke sekolah. Kadang-kadang saya rasa hidup saya ini begitu banyak pengalaman dan pengembaraan. Realitinya, ada lagi rakan saya yang lebih banyak pengalamannya. Saya harap, impian rakan saya, Mohd Ikhwan Marion untuk menumpahkan segala perjalanan hidupnya dalam bentuk penulisan akan tercapai. Terima kasih Ikhwan, banyak benda yang saya belajar daripada anda kali ini.