7 Ogos 2008 seharusnya saya ingati. Ya! 7 Ogos 2008 seharusnya saya ingati dengan peristiwa manis bersama rakan-rakan, tetapi saya memlilih untuk bersama-sama keluarga. Kali ini, kami memilih untuk meluangkan masa di Tanah Tinggi Cameron, seminggu sebelum cuti sekolah, pada hari Jumaat, iaitu bukan hari cuti. 7 Ogos 2008 bukanlah hari Jumaat, tetapi 7 Ogos 2008, saya sudah meninggalkan bandaraya KL.
Percutian kali ini lain. Menarik juga apabila melancong bukan pada musimnya. Walaupun aktiviti hanya boleh dimulakan selepas solat Jumaat, tetapi masa 3.00-6.30 pada Jumaat tersebut amatlah bermakna. Ini kerana setiap destinasi yang dikunjungi sungguh lengang, membuatkan perjalanan sangat mudah dan pantas. Kalau ramai orang, jangan beranganlah hendak makan strawberi secara percuma. Semuanya gara-gara ayat nakal saya, “kak, manis ke strawberi akak ni? Nak rasa leh?”.
Ini juga kali pertama saya melalui jalan alternatif ke Cameron, iaitu melalui Simpang Pulai dan bukannya melalui Tapah. Jalan ini lebih menarik, kurang meletihkan. Lain kali, boleh lalu lagi. Haha!
Selesai Cameron, pagi sabtu lagi saya dan kakak saya sudah memecut ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menziarahi sahabat baik kakak saya yang melangsungkan perkahwinannnya. Sebagaimana biasa, ayat-ayat nakal akan keluar, “kau bila nak kahwin?”. Kaklong, sabar je la ya! Walau terlambat, (kami tiba pada pukul 4 ptg) tetapi kami sempat juga makan juadah perkahwinan, dan yang paling best ialah cendolnya. Haha!
Selesai di Kuala Pilah, perjalananan diteruskan pada jam 6.30 petang ke Kuantan. Tujuan; menghantar kakak saya pulang dan saya pula akan menyertai program Back To SHAH 2008. Sesampainya saya di sana, majlis makan malam sudah tiba ke akhirnya. Sedih, tetapi half a loaf is better than none bukan?
Esoknya, tidak banyak event yang dianjurkan. Cuma, kembali ke sekolah kali ini mengizinkan saya bertemu 2 orang rakan saya; Mohd Ikhwan Marion yang mengikuti kursus perubatan di Ireland dan Liyana Musa (Diagnostic Imaging, UIAM Kuantan). Secara peribadi, saya kagum dengan kedua-dua rakan saya ini, dan rasa segan dan rendah diri begitu dirasai kerana saya hanyalah seorang guru. Malah, alumni-alumni lain yang turut serta dalam program ini juga bukan calang-calang, ada pegawai WHO, akauntan, pendaftar IPTS, jurutera, peguam, dan banyak lagi jawatan elit.
Namun, bak kata Cik Annzuleedia, peduli apa. Tiap orang ada bahagian dan peranan masing-masing bukan. Saya perlu untuk bersetuju, yang kerjaya sebagai pendidik tidak perlu dikejar oleh pelajar SBP, tetapi once a boarding school student have the intention to be a teacher, saya rasa pelajar tersebut juga perlu diberi bimbingan untuk menjadi guru yang cemerlang.
Saya juga sempat menjadi hakim perlawanan akhir Bengkel Bahas SHAH 2008. Ketepikan tajuk final yang kelakar itu, saya dapat rasakan yang SHAH akan mampu melakukan sesuatu pada edisi PPM akan datang, jika betul caranya. Apa-apapun, terima kasih kepada barisan pembahas SHAH Pekan; Ikhwan Hibatullah, Syazwan Saidon dan Iqram kerana menghargai kedatangan saya.
It was an eventful weekend. Dari KL, bercuti di Cameron, menziarahi rakan di K.Pilah, kembali ke sekolah. Kadang-kadang saya rasa hidup saya ini begitu banyak pengalaman dan pengembaraan. Realitinya, ada lagi rakan saya yang lebih banyak pengalamannya. Saya harap, impian rakan saya, Mohd Ikhwan Marion untuk menumpahkan segala perjalanan hidupnya dalam bentuk penulisan akan tercapai. Terima kasih Ikhwan, banyak benda yang saya belajar daripada anda kali ini.
even dgn family pada 7 ogos…time kasih kerana meraikan “HARI” sy….tq so much…nnt nk tgk gmbr starwbery yg comey -comey tu bole?? …(sy xpenah pegi ladang strawberyyyyyy………..)…..
Dear Ali Asyraf,
I am very grateful for the numerous contributions you have made in support of SHAHians. Without your help, I may never have been able to be proud of my own school. Your effort have been an inspiration to all SHAHians especially me.
Again, thank you for your effort and support.
Sincerely,
Ikhwan Marion
Ali : Thanks to you to. You’ve gave me something last weekend…
salam…hai ali..sihat ker..menarik jugak blog nih..first time singgah. ok ler tuh..mine is coming soon. insyaAllah. ermm..kiter pun cikgu juger..tapi cikgu der peranan lebey besar berbanding yg len..jgn rase rendah diri..ni ingatan utk aku juge..hehe..take care
Ali : Sama-sama la kita!
hidup SHAH PEKAN…
huh? kenapa aku sokong sekolah ni plak?
hmmm…. hahahahaha
Ali : Ada udang di sebalik mee…
ooppss
adik abg ali muka sejibik macam abg ali..
huhuhuhu…
waaaa……… cuma abg ali ni boroi je skit!!!
oppsss
Ali : Adik yang mana satu?
ayoo, nie betul2 round satu malaysia…
Ali : Dah kerja nanti nak pegi Labuan, belum sampai lagi ke sana…
ali..
schematic words of responding on your “DARI CAMERON KE SHAH PEKAN”. from the bottom of my deep rational scientific thought..hehehe
anda adalah pejuang, penyebar dan pembenih anak bangsa,
anda melahirkan benih-benih berkualiti penggerak negara,
andalah permata setiap detik kehidupan di dunia,
anda jugalah penyumbang hayat umat di syurga..
so Ali..keep going..be proud of your profession!!you got a lot of responsibilities..we will always support you Ali!!
Ali : I’m proud of my job…! Takde la down sangat pun…
To Be Anything Wise Somebody Must Learn
To Learn You Must Need A Teacher
Be It Human, Situations Or Experience
BECAUSE WITHOUT A TEACHER
YOU WILL END UP BEING A WISE GUY
BE PROUD YUL
To B Frank I’m 1 of the proudest AYAH around
Ali : Thanks!
tak aci!!!!
tak ci!!!
tak aci!!!!
Ali : Motif?!
wanna seek an attention maybe..sorry bro..
and by the way i am proud to have a brother named ali asyraf for all the achievement in his life…and all the love…sayang ke?? huhuhu
Ali : Haha! Thanks…
A Human Teacher Do Get Ill At Times
So An Ill Teacher Needs A Nurse
A Nurse Who Is Also A Teacher Would “BLOAT MY HEAD ”
What Say You Ayul And Baktun
Ali : How even with the best intention making one questionable decision can lead to such a mess…
hai abg ali,ingat lagi x kat kitorang??
mesti seronok dapat kembali ke shah dengan kerjaya yg membanggakan.doakn giliran kami pulak nanti…….
salam…
abg ali…
entry nih sayer terlepas pandang…
haha…
but…
after i finished read this…
i knew that u’re born to be a star for everyone!!!
gud luck 4 ur future undertakings abg ali…
ala…
cikgu pon…
abg ali tetap grand!!!
hehe