Pagi ini, sahabat saya Farisul Faris bertanya khabar.
Bukan sekadar khabar saya yang ditanya, khabar baru dibawa bersama. Ada quartet empat bersaudara, Farisul Hafiz Khirol dan Shauqi gelarnya, berniat ingin anjurkan majlis berbuka puasa, di tepi tasik titiwangsa, selepas itu boleh naik Eye On Malaysia.
Jawapan saya cukup mudah, “aku tidak kisah”, asalkan bayaran murah, banyak pilihan juadah, dan yang datangnya ramai biar meriah. Almaklumlah, bulan ramadhan penuh baraqah, setahun sekali menampakkan wajah, majar kita penuhkan dengan ibadah, termasuklah merapatkan hubungan yang terbina sudah.
(kenapa beria buat ayat berima?)
Farisul berkata lagi, maklumat lain bolehlah lawat bujangpekan.blogspot dan bujangpekan.fotopages. Siap ada senarai nama yang sudah membuat kepastian untuk hadir lagi. (Kenapa nama aku macam gitu plak?)
Apa-apapun, kepada masyarakat batchku, marilah sama-sama join. Jika tahun lepas, kurang lebih 20 orang yang bersama-sama, mari kita tambah lagi jumlah itu tahun ini. Moga dapat faedahnya. Jangan pula rasa segan, penat sahabat kita ni nak anjurkan, kita sama-sama beri sambutan.
Anyway, thanks kepada yang menganjurkan. Rajin korang ya!
wahhhh dah nak puasa ni. hehe 🙂
Ali, bayar duit jamuan dgn segera. hari ni tarikh akhir. utk maklumat lanjut, layari http://bujangpekan.blogspot.com