Debat Kemerdekaan Antara IPT 2008 telah melabuhkan tirainya. Semua orang sudah maklum, Universiti Teknologi Petronas menggunggulinya, dengan menyaksikan Siti Habibah dari UPSI menguasai ranking pendebat keseluruhan dan di pentas perdana.
Suasana kurang ceria melanda kem Universiti Malaya. Entah di mana silapnya, jalan yang kelihatan terbuka pada satu masa itu, tertutup dengan pantas dalam sekelip mata. Secara jujurnya, saya perlu akui akan kesilapan ini berpunca daripada kegagalan saya. Maaf saya pinta pada semua, khusus buat Abg Zizul tercinta, andai kau rasa berduka.
Di sebalik kemurungan yang melanda, banyak juga yang saya peroleh. Paling penting, saya semakin kenal diri saya yang sebenar-benarnya. Benarlah kata Abg Zizul, pemerhati adalah penilai yang lebih baik terhadap diri kita berbanding diri sendiri. Saya akui akan kebenarannya.
Buat Azri Zahier Azmi, ini kali ke-6 kita bersama-sama dan jujurnya aku sangat kagum dengan perubahan yang kautunjukkan. Mungkin hanya aku, Shen dan Acap sahaja yang dapat saksikan dan alami perubahan itu dalam pasukan, pasti suatu hari kau akan jadi jauh lebih hebat berbanding Ali Asyraf.
Saya juga amat bersyukur kerana edisi kali ini memberikan saya ruang untuk berkenalan rapat dengan pendebat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Terima kasih Tuan Walid, Ghazly, Raja dan Syaheer. At least, boleh juga saya usha-usha akan perit getir kehidupan di UPNM yang adik saya (Iqin) jalani. Susah juga ya, walaupun hidup bergaji, bak kata Ghazly, lebih besar periuk diisi, lebih banyak kerak diperolehi.
Kali ini juga, permainan minda hasil kelolaan Abg Zizul dan Azri Zahier sengal itu sangat menarik. Ditambah pula dengan sifat tidak ingin menyerah kalah Azhar USM menyebabkan suasana menjadi ceria. Inilah bezanya pendebat dengan mahasiswa biasa, bermain minda, uji kecekapan pemikiran, pemerhatian, pendengaran dan macam-macam lagi. Saya? Soalan tahap satu dari Raja dan Tuan Walid pun susah saya hendak leraikan… haha!
Seorang lagi sahabat lama saya yang saya temui, Zulkifli UTM yang akan berangkat ke Oxford hujung ramadhan nanti. Moga sukses di sana nanti, minta maaf sebab menyebut nama hang time penggulungan tu. Juga buat sahabat di UMP; Khairul Afizan dan Adam, akhirnya dapat juga match dengan korang ek.
Tidak akan saya lupa, rakan seangkatan alumni SHAH Pekan. Tahniah Erni UMT kerana melakarkan rekod; menjadi pendebat kejohanan dan mencatatkan nama sebagai urusetia. Jangan jadi uruSIA-SIA sudah lah! Tapi penganjuran UMT, tetap terbaik untuk tahun ini! Syuk MMU, belajarlah selok-belok penganjuran dengan Erni ya! Persediaan khas untuk penganjuran FOMCA nanti. Buat Siddiq, tahniah atas gelaran johan. Saya sentiasa akan mendoakan yang terbaik buat junior-juniorku dalam arena ini, dan saya mengharapkan perkara yang sama!
Buat gediks Maisarah di Melaka yang ayu, cantik dan bergaya, thanks for sharing the load. Walau jauh beribu batu, tetapi rasa dekat pula. haha!
Di akhirnya, khas buat Abg Azizulhakim Abd Aziz, minta maaf atas segalanya. Pengalaman di UMT seminggu ini, benar-benar buat saya terharu dengan abang. Jauh di hati, rasa bersalah bila kekadang terkasar bahasa, meninggi suara dengan abang. Kerana saya sudah sedar, tekanan yang abang berjaya tangani, dan empati yang abang telah tunjukkan. Harapnya, saya akan dapat membalas jasa abang dengan beri satu kepuasan, sebelum saya tamatkan semuanya, kerana saya tidak sanggup lihat wajah kecewa itu…
congrats Ali Acerap….sy tahu kenapa rs dekat walau jauh beribu batu…sbb Mr Cow ade disisi sentiasa menemani tul x?..hehhe….
tp sy ade request….buang la “Gediks” tu…tulis la “ayu, cantik dan bergaya mungkin lebih sesuai”..hahahhaha….
Ali : Tak mau… haha!
ala….orang kalau “cantik…bergaya….comel…ayu….”{ kalau x tulis pun orang tahu…hahhaha…( sah gedik)…
Ali : Haha! baiklah!
Jangan risau. Segala – galanya adalah sejarah. Pintu masih terbuka luas di depan mata. 2 lagi pentas menunggu anda.
Tidak ada sesiapa yang bersalah kerana tiada sesiapa dalam dunia ini yang tidak mahu terbaik. All the best.
bukan pasti suatu hari nanti akan jadi lebih hebat daripada ali tetapi kini azri sudah setaraf dengan ali.
hahah! jangan marah ya!
Sebesar-besar entri ini yang amat menarik hati saya adalah gerakbalas 1 dan 2
Ali : No komen…
Hmm, Syahdunya entry ni. Tiba-tiba rasa sesuatu yang menikam jiwa. wakakka
tiba-tiba terjiwang…
Ali : Nuar feeling siot! haha!
Cam sedih jek entri nih…
Ali : Jangan bersedih lagi…
salam…maybe abg Ali dah luper kot…ni Ada…sajer je nak masuk blog abg ali,sepanjang saya menjadi L.O korang, banyak sangat yang saya belajar untuk menjadi seorang pendebat yang hebat seperti yang saya tengok dalam diri korang bertiga…apa-apapun, Ada ucapkan semoga korang teruskan usaha dan semangat korang..aja..aja..fighting!!!!!
Ali : Terima kasih! Kamu pun sama bagus gak!
gila gapo…mung letak gewe mung pkataan “Gedik”.
mung nih x senonoh btul la…
hahahah
baik lah abg senior ku yg dihormati…
doakan lah sesungguhnya dengan ilmu yg ader di Shah pekan selama 5 tahun akan ku aplikasikan sbgai panduan terbaik penganjuran debat fomca… cuma memerlukan sedikit perubahan yg lebih drastik… thanx 4 your support….
GEWE 2 APA EK
Macam Walygator agaknya?