Teksi Tunai

2 09 2008

Mungkin sudah ramai yang sudah tahu akan rancangan ini. Sudah lama bersiaran di Astro Prima. Layari www.teksitunai.com untuk maklumat. Bagi saya, bagus rancangan ini. Sangat bermaklumat. Kepada yang tidak tahu, rancangan ini merupakan satu gameshow di mana Bob Lokman selaku hosnya akan memandu teksi dan mengambil penumpang ke destinasi. Bezanya dengan teksi biasa, penumpang tidak perlu membayar tambang, malah berpeluang memenangi hadiah wang tunai sekiranya dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Namun, ada satu episod yang begitu menarik perhatian saya. Klipnya boleh ditonton di sini.

Kepada yang malas nak tunggu video tersebut untuk load, boleh terus baca dialog yang saya sudah ekstrakkan ini. dialog ini tidak merangkumi keseluruhan perbualan, namun cukup sekadar apa yang ingin saya highlightkan sahaja.

(siren di dalam teksi berbunyi)

Syazlina : Apa tu?
Bob : Saya nak bagitau bahawa siren tu bagitau Cik Syazlina bahawa Cik Syazlina adalah penumpang saya yang bertuah hari ni
Syazlina : Ok… nama abang sape?
Bob : Nama saya Bob Lokman (sambil tersenyum)
Syazlina : Bob Lokman…
Bob : Ya … Bob Lokman…
Syazlina : Ooo… Bob lokman… cam mana nama macam tu?
Bob : Saya bob pasal saiz saya, lokman tu ayah saya
Syazlina : Ok…

Bob : Ok… Cik Syazlina bekerja di mana
Syazlina : Kerja… pelakon… eheheh (tergedik-degik)
Bob : Aaa? Kerja pelakon (sambil menerkup mulut, terkejut) saya tak perasan…
Syazlina : Ala… (gedik) nak autograph?… hehe (gedik lagi)
Bob : Syazlina, Syazlina… saya baru nak kata macam familiar
Syazlina : Macam familiar, pernah tgk movie saya?… ahaha… (gedik)

Soalan : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan
Bob : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan
Syazlina : Langkah kanan?… menepikan diri…
Bob : Langkah kanan… (geram, sebab Cik Syazlina tak dapat jawab)
Syazlina : Langkah kanan?… kanan kananlah, kanan kan?
Bob : (beri pembayang) Dia kalau org tu dia tgh makan, kan? Dia baru nak makan, tiba-tiba tetamu dia sampai, sekali, tetamu dia masuk rumah dia tengok, tuan rumah tengah makan. Dia cakap “alamak, langkah kanan la” ha… apa maksudnya?
Syazlina : Langkah kanan?… lambat, terlambat…!
Bob : Waaa… okay, sepuluh ringgit yang pertama…
(syazlina dah bersorak kegirangan)
Bob : Tak, jawapan yang sebenarnya SALAH… (muka geram)
Syazlina : Ooo. Salah ek?

Kesimpulan saya :

  1. Pelakon jelita ini tidak mengenali Bob Lokman. Mungkin alasannya Bob Lokman tidak terkenal. Tidak mengapalah. Tetapi, boleh pula bertanya pada Bob Lokman, “… nak autograph?…”. Seluruh Malaysia lebih kenal Bob daripada Syazlina ini.
  2. Peribahasa mudah, tidak tahu maknanya. Langkah kanan maknanya menepikan diri. Sudah diberi pembayang, pun salah meneka. Saya tidak tahu apakah bahasa yang dibualkan di rumah. Bahasa isyarat barangkali.
  3. Gedik. Gedik. Dan gedik. Sepanjang berada dalam teksi, tidak ubah-ubah gayanya yang gedik itu.

Mungkin tidak semua artis sebegini. Namun, ia akan menjatuhkan maruah artis khususnya pelakon di mata masyarakat. Pengajaran kepada semua penulis skrip, sudah-sudahlah membuat bahasa rojak untuk menaikkan kualiti cerita (katanya). Gunakan bahasa kita, yang sarat dengan bahasa indah, agar pelakon sendiri boleh belajar peribahasa, simpulan bahasa dan macam-macam lagi. Malulah! Kalau hendak lihat sambungan video ini, sila klik di sini. Banyak lagi aksi menarik menyakitkan mata yang boleh anda saksikan. Kerana kesudahannya, beliau memberikan jawapan yang salah sebanyak tiga kali dan akhirnya, terpaksa berhenti di pertengahan jalan, dan semua wang yang dimenangi lebur. (Nota : Pihak ASTRO menyatakan yang semua penumpang dihantar ke destinasi)

Saya hendak tanya, siapa Syazlina ini? Cerita atau filem apa lakonan dia?


Tindakan

Information

9 responses

2 09 2008
pendekar hitam

memang bang**g perempuan ni-bajet dia lagi terkenal dari bob lokman..poodah! ntah ulu kampung ceruk mana tah mari bajet artis,bang**g,b*d*h! geram aku tgk-hahaha

Ali : Tahu takpe…!

3 09 2008
mysarah

aje sengal pompuan ni….kau budget kau DIVA ke??…
suh bob gantikan “syazlina” ni dgn sy la…dpt menang tunai…hahah….

3 09 2008
masy2k

X baik marah-marah pernah terlibat secara X langsung dalam pengambaran “macam orang lintang pukang lari kerana kebakaran” semua yang terlibat tu pelakonlah tu!!!!!!

Aku plak pernah mengajar ali kejap tapi tak ngaku pun cik gu!!!!!!!! Ialah masa tu di sekolah rendah lagi

Ali : Pernah berlakon ek?

4 09 2008
khazaidi

hmm… sah2 gedik tahap cipan dia ni..
tp, saya pun tak tau apa dia langkah kanan…
cikgu ali, apekah itu?

Ali : Hah?!

5 09 2008
jijah

huhu…
memalukan la…
soklan senang je tu…..
dolu2 lg blaja ngn cikgu BM..

6 09 2008
kudozu

mmg bes teksi tunai ni.smpai aku pon kdg2 g carik buku nak tlg jwbkan soklan.hahaha.kalu aku konon2 dpt masuk teksi tunai nih, brp rm eh dpt?hahaha

7 09 2008
judeng

aku kenal laa pelakon tuh…
ade video 3gp die dlm hp aku.. oppss 😡

Ali : ye ke? haha!

12 09 2008
C@h@Y@

belum sempat pun melihat video tersebut. (tak sabar nak tengok). Marahnya orang Melayu gediks itu. Jagalah adab sebagai Melayu Islam. Orang sekarang…~

21 10 2009
Nada

i think, this is kind of bias and one sided.

mungkin gedik itu sesuatu yang menjengkelkan, tapi kalau dah lumrah nya dia dilahirkan begitu, nak buat macam mana? macam ella, umur dah nak 50, gedik gedik, tapi dah lumrah dia lahir macam tu.
mungkin syazlina ni agak eksyen, tapi doesnt mean dia menjatuhkan maruah artis etc etc.

btw, peribahasa tu. SPM saya pon BM tak A1. What you’re saying is her IQ is not good to answer the simple question? Tak semestinya soalan tu semua orang boleh jawab. Orang tak sekolah, tak reti jawab, salah dia ke?

saja berkongsi pendapat. kita manusia biasa, ada kurang ada lebih.

Ali : Nilaikan sendiri…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: