Saya masih ingat, ketika di bangku sekolah, diheret sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, satu fenomena melanda kebanyakan remaja sebaya saya ketika itu.
Tidak lain, anime Dragonball yang menjadi kegilaan semua. Komik usah dikata, menjadi penantian setiap bulan sehingga edisi ke-43 jika tidak silap saya, dari watak antagonis Fliza, Cell dan Majin Buu, semuanya menjadi perbualan.
Tidak cukup dengan komik, ditonton pula diri kartunnya. Ya! Walaupun sudah mengetahui plot ceritanya, tetap juga hati ingin menonton animasinya. Jam 9.30 setiap sabtu dan ahad, semuanya sudah terpacak di hadapan televisyen untuk sama-sama nikmati aksi menarik Son Goku dan rakan-rakannya. Terima kasih Apollo kerana menaja kartun ini, haha!
Tetapi itu dulu.
Kini semuanya tinggal kenangan.
Namun apakah yang menarik minat saya untuk menulis entri ini?
Ketika menonton wayang baru-baru ini, saya terpandang satu poster. Dragonball the movie akan ditayangkan pada tahun depan. Hmmm…. saya bimbang watak kegilaan ramai ini akan ‘dirosakkan’ oleh live-action begini. Lihat sahaja bagaimana francais Streetfighter dan Super Mario Bros. diterbitkan dalam bentuk live-action yang tidak berapa menarik penonton, adakah nasib yang sama akan melanda Son Goku?
Namun, melihat kepada penerbit yang popular, none other than Stephen Chow, mungkin ia akan menjadi menarik.
Kita tunggu sahaja tayangannya tahun hadapan. Kepada rakan-rakan yang terkenang memori lama, sila tinggalkan pendapat anda ya!
p/s : bukan berniat hendak buat entri lagha di bulan mulia, sekadar ingin mengimbas memori lama… kepada bondaku, jika membaca entri ini, “… jom beli dragonball… huhu!”
Eh yeke ade??
nanti nak pergi tengoklah..yay..
dragonball..
Majin buu
Ali : Majin Buu belum ada…. katanya, sedang mencari pelakon sesuai untuk watak itu… haha!… ada cadangan?
kalu yg tu jadi son goku, cam tak menepati sgt citarasa aku (haha)
muke goku patut lebih innocent sket & patutnye ensem sket.;D
Ali : Itulah dia…
haha..nostalgia btul komik ni……
paling best no 43…….
kebaikan mengatasi kejahatan….
haha..very happy ending…….
Son Gohan hensem…. 🙂