Cetusan Pak Rae

8 09 2008

Ramai orang bertanya, mengapa saya tidak membuat tulisan tentang respons saya terhadap beberapa isu semasa; universiti Apex, 16 September dan sebagainya. Di hati saya, memang ada pendapat sendiri mengenai isu-isu berkenaan, namun saya ingin menjadikan blog saya ini seolah-seolah satu blog satira politik mahupun ruang debat maya. Cukup sekadar saya ingin kongsi perkara-perkara yang mungkin orang lain tidak tulis dalam blog mereka. (kerana itulah saya menulis tentang Dragonball dan Teksi Tunai, haha!)

Juga blog ini saya gunakan untuk membuat hebahan kepada semua pelajar SHAH Pekan batch 98-02 yang bijaksana, setelah membaca http://bujangpekan.blogspot.com/ banyak juga yang akan datang nanti. (Jujurnya, saya ternanti-nanti penyertaan KP kita! Sibuk agaknya… tidak mengapa).

Satu lagi perkara yang baru saya jumpa. Sungguh terlambat saya kira. TNC HEP tercinta sudah mempunyai medan bicara di ruang maya. “Cetusan Pak Rae” nama blognya. Jujurnya, setelah menjumpai blog ini, saya sungguh berbangga dengan kehadiran blog ini, lantaran buah fikir serta penjelasan daripada TNC HEP akan dapat disampaikan kepada mahasiswa dengan lebih dekat lagi. Saya akan terus menantikan tulisan beliau, sungguhpun beliau sibuk dengan kekangan dan sebagainya.

Seruan saya kepada semua:

  • yang belum mempunyai blog, but if you have a lot to share, why don’t you start one. Sekurang-kurangnya, idea dapat dikongsi, ilmu dapat diberi, lebih besar lagi, pahala dianugerahi.
  • yang sudah mempunyai blog, jangan biarkan blog bersawang terlalu lama (teguran untuk diri ini juga!)

p/s : tahniah kepada Ghazly, sudah mula meng’update’kan blognya!