Hari ini, tiada benda hendak ditulis. Walau banyak perkara berlaku; percutian ke Taiwan, banjir di utara, timbalan menteri hilang kerusi dsb, tetapi klise untuk menulis tentang itu semua. Perkara politik saya kira biar 16 September nanti hari penentunya.
Pagi ini, saya membelek-belek semula gambar-gambar percutian di Cameron Highlands pada 8 Ogos lepas. Ya! Sudah sebulan ia berlalu. Walau tidak banyak gambar yang diambil, tetapi nilainya tiada tara. Terharu sebentar…
Keluarga begitu istimewa. Contohnya, nama panggilan kita dalam keluarga biasanya berbeza dengan panggilan rakan-rakan. Nama saya Ali, dipanggil Shahrul dalam keluarga. Menariknya, pelakon cerita K.A.M.I yang melakonkan watak Ali dalam drama tersebut, nama sebenarnya Syarul. Kebetulan?
Entri ini namanya memenuhi masa lapang. (Semakin lama, agak bosan blog ini bukan?)