There’s something money can’t buy!

9 09 2008

Hari ini, tiada benda hendak ditulis. Walau banyak perkara berlaku; percutian ke Taiwan, banjir di utara, timbalan menteri hilang kerusi dsb, tetapi klise untuk menulis tentang itu semua. Perkara politik saya kira biar 16 September nanti hari penentunya.

Pagi ini, saya membelek-belek semula gambar-gambar percutian di Cameron Highlands pada 8 Ogos lepas. Ya! Sudah sebulan ia berlalu. Walau tidak banyak gambar yang diambil, tetapi nilainya tiada tara. Terharu sebentar…

Keluarga begitu istimewa. Contohnya, nama panggilan kita dalam keluarga biasanya berbeza dengan panggilan rakan-rakan. Nama saya Ali, dipanggil Shahrul dalam keluarga. Menariknya, pelakon cerita K.A.M.I yang melakonkan watak Ali dalam drama tersebut, nama sebenarnya Syarul. Kebetulan?

Entri ini namanya memenuhi masa lapang. (Semakin lama, agak bosan blog ini bukan?)


Tindakan

Informasi

9 responses

9 09 2008
Nurul Nadiah

blog ini tidak bosan pun
diri sendiri punya blog,sukati diri sendiri la nk tulis apa,:-)

nice blog
thanx linked mine

Ali : Welcome. Selamat mewarna-warnikan blog anda…

9 09 2008
mysarah

Keluarga….suatu yg tiada nilai nya…..

Ali : Hargai apa yang ada… itu yang terbaik…

9 09 2008
masy2k

TIADA NILAI

TIDAK TERNILAI

ATAU…….

Ali : TIDAK TERNILAI yang sebetulnya…

9 09 2008
eddy

hmm… betul2…
sebab di situ lah mula dan akhirnya..
sebab di situ lah suka dan dukanya..

at least tak tau nak post apa,
ingat jugak kat family..
untung akak ~~~ dapat abg ALI…

9 09 2008
masy2k

Hi Hi Hi Maksud Tiada Nilai 2 ialah tidak boleh di nilai bukan tak ada nilai Jangan terpesong kerna anda seorang p…………..

Ali : Tiada nilai tu valueless…. Tidak ternilai itu priceless… Ya! Saya seorang pendebat, bukannya seorang juruletih mahupun pengadil p………… haha!

9 09 2008
aminur87

suker sngt.. ali dah feeling nak jadi bapak je… hhuhu

family ada lah segala-galanya…

10 09 2008
irkuys

wahh abg ali g jalan tak ajak

bila nak g shah ni??

aritu kata bulan puasa nak g skolah??

Ali : Yang aku ke Cameron ni just before aku ke SHAH la. Ke sekolah? Entahlah… hilang mood la plak…

10 09 2008
tehonipis

jangan lupa buat ‘family planning’! haha.

Ali : Apa itu family planning ya?! Haha!

10 09 2008
luving_mum

macam kesejukan aja sebab kengkawan dah kurang kat sangkar 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: