Pokok rambutan

10 09 2008

Pokok rambutan di laman rumah agak kecil. Kalau diandaikan dedaunannya membentuk sfera, mungkin sfera itu berjejari 2 m. Secara naifnya, luas permukaan daun yang kena cahaya suria langsung mungkin

Π × r2 = Π × 22 = 12.6 m2

Proses fotosintesis menyerap 20 µmol karbon dioksida setiap meter persegi sesaat. Dalam 12 jam siang dalam sehari, pokok rambutan di laman rumah melupuskan

12 jam ×60 minit × 60 saat × 20 µmol x 12.6 m2 = 11 juta µmol atau 11 mol

11 mol × 22.4 (jisim molekul relatif karbon dioksida) = 246 liter isipadu karbon dioksida.

Sebagai perbandingan, 250 kotak susu seliter bukanlah jumlah yang sedikit!

—————

Proses fotosintesis menyerap 8 foton per molekul karbon dioksida. Foton dengan jarak gelombang 960 nm bermakna,

E = hc / λ = (6.6 × 3) / 960 femtoJoule tenaga (h = 6.6 × 10-34 Js).

Jadi setiap saat, pokok rambutan di laman rumah meresap

20 × 12.6 × 8 × 6.6 × 3 × 6/9600 kJ = 24.8 kJ tenaga,

atau pun ia meresap dengan kuasa 24.8 kW. Sementara penyaman udara di bilik berkuasa 1.5 hp = 1.5 × 746 W = 1.1 kW. Pokok rambutan di laman rumah seperti 24 penyaman udara di bilik!

—————

Proses fotosintesis juga menggunakan satu molekul air per molekul karbon dioksida. Jadi pokok rambutan di laman rumah menyerap dari tanah 20 ×12.6 mikromol air per saat, ataupun 20 × 12.6 × 18 nanoliter per saat = 4.5 mikroliter per saat = 0.27 mililiter per minit = 16 ml sejam.
Tak banyak sangat. tetapi menyumbang juga kepada saliran banjir…

Sumber : http://mysarah.wordpress.com/ yang memetik sumber Prof Wan Ahmad Tajuddin (WATWA), Jabatan Fizik, UM.

p/s = thanks sarah! I found that this entry is very interesting!


Tindakan

Information

8 responses

10 09 2008
tehonipis

heh….ali, ko ada potensi jadi petani moden la. aku sokong! kesimpulan daripada entri ko : “makanlah buah-buahan tempatan”😉

Ali : Niat nak kembangkan biofizik… maksimumkan pengeluaran!

10 09 2008
tehonipis

aku tenung lama-lama rambutan tu..tiba2 rasa macam nak berbuka je. heh.

Ali : Lapar rambutan? Lain benar maknanya….

10 09 2008
mysarah

kire nye…awk tambah rambutan dan gambar la ek..hehe…sy masih lagi jagung berusia setahun…so, xpandai nk kemaskan entri lg….^_^…ajar la ek..

10 09 2008
eddy

wow…the great post!!
seyes.. ingat kan abg ali punyer..
rupanye akak sara punya!!!!
anywei, thanks for the info//
tetap tak phm!!!

11 09 2008
masy2k

Info yang saya kira sangat baik dan syabas kepada yang memetik petikan seseorang.

Setelah mengamatinya agak lama juga baru saya faham blog ini ada sedikit perubahan layout !! Yang lain masih blurr X paham langsung

GOOD!

Ali : Nanti kita buka kelas fizik ya!

11 09 2008
mysarah

ehm….most yg komen x faham..huhu…walau telah diedit kali -n dgn menggunakan simbol matematik….nampak nye “BAKAL GURU FIZIK” perlu lebih berusaha utk fahamkan ilmu Fizik di sekolah ek….chiayok!!!

12 09 2008
C@h@Y@

find this is so interesting.. formulasi matematik yang baik.
kalau kenal http://yaqeenahmad.wordpress.com

15 09 2008
ghazly

gila cikgu fizik ni….kluar rumus ala2 einstein…

Ali : Faham tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: