Peristiwa ini sudah agak lama berlalu, bulan Julai lepas rasanya, tetapi apabila saya membaca akhbar hari ini, saya tersenyum sendiri.
Sedang saya memandu di sebuah kawasan di UM, saya ternampak sebuah kereta Mazda RX-8 selang sebuah kereta di hadapan saya. Mazda RX-8 merah tersebut ingin dipandu masuk ke petak parking di tempat tersebut. Maka, seperti biasa, orang belakang (termasuk saya) terpaksa bersabar untuk beri ruang kepada pemandu tersebut membetulkan kedudukan keretanya dalam petak yang disediakan.
Nak dijadikan cerita, pemandu tersebut mengambil masa yang sangat lama! Go ahead, go astern, go ahead, go astern…. dalam 30 saat tak siap-siap. Saya yang sedang memandu Honda Accord milik Zulfadhli masih bersabar.
Akhirnya, kesabaran saya agak memuncak. Ingin sahaja menekan hon kereta. Tidak sempat saya tekan hon kereta yang saya pandu, saya sudahpun mendengar hon lain. “takpe la, tak payah hon, org lain dah honkan“. Saya lihat, kenderaan yang membunyikan hon tersebut adalah jenama Honda. Tetapi, bukan Honda Civic, Honda Accord, mahupun Honda Jazz, tetapi hanya Honda EX-5…
Mazda RX-8 dihon Honda EX-5. Gempak bukan?
Setelah selesai, saya terus berlalu. Sempat juga menjeling ke arah RX-8 tersebut, dalam hati “cantik juga no platnya!”. Dan sejak itu, ada la beberapa kali saya terjumpa Mazda RX-8 tersebut di tempat parking tersebut.
Menariknya, akhbar hari ini melaporkan, kereta itu milik seorang artis, yang juga merupakan mahasiswa UM, Fazren namanya. Saya tersenyum sendiri. Maaf ya kepada artis berkenaan! Saya takkan lupa Honda EX-5 dan Mazda RX-8 tersebut.
oh..
hahaha XD
Ali : Apa gelak-gelak! Huhu…
br berlakon drama sikit dh ade rx8???
Ali : Hadiah pemberian bapa… (WPQ, tahun bila punye no plat daa….)
ehm…bole tahan hensem mamat ni….( penah lihat die menari wakil pusat kebudayaan mase hari merdeka)..huhu….
gelak utama sbb ayat ni
“Mazda RX-8 dihon Honda EX-5”
hmm… baru belajar bawak kete kot dia tu…
hmm, adakah org yg sbnr lmbt tue same jg ngan org yg dipaparkan?
Ali : Tak sempat pula tengok pemandunya… Sudah hilang sabar…
hehe…patut dia kene bawak kancil dulu…ini nak terus bwk RX 8…x padan la..hahahaha
Ali : Sebelum ni nampak dia bawa Kelisa…
wah, kelakar siot.. motip honda ex5 tak boleh menjelah, kali berusaha tuk mencelah dah hon dari depan muker dia.. baru best………
huhuhuhu….lawak la ali…