Sekalung tahniah dan penghargaan buat Anwar Ibrahim. Beliau memang layak mendapat anugerah antara tokoh berpengaruh oleh majalah TIMES.
Namun, pengaruh yang saya kira tidak digunakan dengan betul.
Segala-galanya bermula sejak pilihanraya yang lalu. Sebagai pemimpin de facto PKR katanya, beliau sudah mencanangkan tentang janji Pakatan Rakyat sehingga akhirnya menafikan majoriti 2/3 BN dan menjadikan PKR sebagai pembangkang paling banyak memenangi kerusi.
Setelah beliau bebas berpolitik sekitar April lalu, beliau tidak menoleh ke belakang. Dengan mengumumkan bahawa beliau akan membentuk kerajaan pada 16 Sept, beliau sudahpun mencabar demokrasi di negara kita. Seluruh rakyat memberi kepercayaan untuk MP mewakili suara mereka di dewan rakyat, namun MP-MP ini dibeli dengan bangganya oleh Anwar. Kata-kata keramat “kita sudah ada bilangannya” menggambarkan betapa angkuhnya DSAI ini.
Kemahiran oratorinya digunakan sehingga ke tahap maksimum. Benar, aspek pidatonya begitu memukau. Lawannya bukan Shabery Chik. Tetap juga dibuat debat tentang harga minyak, yang hampir seluruhnya melihat akan kemenangan Anwar, sedangkan bibit-bibit keangkuhan mula bercambah.
Pilihanraya Permatang Pauh berlangsung. Ya! Kaedahnya halal. Saya tidak nafikan. Tetapi, wajarkah Datin Seri Wan Azizah meletakkan jawatan semata-mata memberi laluan kepada Anwar memperoleh kerusi di dalam dewan rakyat. Undi rakyat pada PRU-12 digugurkan, dibuat pula pilihanraya kecil yang tidak merupakan keperluan negara pun.
Kini, sampai ke Taiwan mengejar mimpi yang tak sudah. Ya! Selagi belum berlaku apa-apa, saya tidak boleh membuat justifikasi yang Anwar sudah gagal. Tetapi, cukuplah usahanya yang cukup desperate dan struggle dalam menunaikan kata-katanya menggambarkan keterdesakannya.
Berbalik kepada tajuk entri ini, memang benar Anwar pencetusnya. Pergolakan 98, Anwar punca huru-hara UMNO. Kini, pergolakan dalam UMNO, Anwarlah tukang pasang bom jangka itu. Menjelang 16 September (atau apa-apa sahaja tarikh yang beliau rasa bersejarah, seolah-olah tiap hari ada sejarahnya), banyak juga desas-desus mengatakan kejadian seperti Reformasi 98 akan berulang. Tolonglah, orang semua hendak berpuasa dan beraya, jangan menyusahkan rakyat!
Teringat semasa Sukan Komanwel 1998. Seluruh dunia berkumpul di Bukit Jalil, Anwar sibuk berucap dan melaungkan reformasi di Masjid Negara.
p/s : Entri ini ditulis kerana saya rasa tidak selamat untuk berjalan-jalan di KL seminggu ini…
setuju semua skali..
saya tidak faham mengapa
DSAI nie terlampau gilakan kuasa,
kalo betul pun nak selamatkan negara,
jangan la mende haram dihalalkan jua..
yang paling haram,
PAS tak tau ke yang beli MP nie haram?
ada unsur RASUAH?
atau kalau nak berkuasa, RASUAH dibolehkan,
tapi, bila berkuasa, baru kita tentang.. begitukeh?
to DSAI,
dato, syukur skarang dah segar dan sihat,
kata isteri dato dulu, dato kena keluar sebab
kena buat operation tulang belakang, tapi,
bila pulak dato buat operation?
ehm……walau rasa x selamat,belilah bj raya warne biru ek…huhu… Jg diri molek deh…^_^
Ali : Biru gelap atau biru muda?
I agree with u. But still I think something indeed will happen tomorrow. His words (all politicians actually) can’t be trusted at all. He said he’s gonna postpone the date, but i think he will cook something up tomorrow. I’m expecting another 13 mei to happen. The signs now are clearly indicating another 13 mei might happen. They dun care if its puasa, raya or wat so ever. What they really care is : they win! they gain power!! they gain money!!!. lets juz pray nothing bad will happen to our beloved malaysia. most importantly, we the citizens are safe!
Ali : Hope so….
Motif DSAI hanya satu iaitu nak jadi PM Malaysia yang keenam…semua cakap2 nak banteras rasuah,pembersihan kroni dan sebagainya hanya retorik semata2…sejarah telah menunjukkan yang DSAI hanya tahu bermuka2 sejak dari zaman dia kat UM lagi…(dah laa dapa ijazah gred 3)…yang penting, seluruh rakyat malaysia kene sedar bahawa huru hara yang dibawa oleh DSAI ini hanya akan merosakkan dan menghancurkan negara…Mengenai isu nak beli MP untuk buat kerajaan 16 september ni, saya rasa itu cuma perang saraf untuk menakut-nakutkan pemimpin BN..apa pun segala apa yang dihajatkan DSAI tidak akan tercapai…kita tunggu pemimpin UMNO ala2 datuk Harun ataupun Syed Jaafar Al bar untuk membetulkan keadaan..hidup Melayu!!!
Ali : Benar kata Eddy. Membeli MP pun ibarat rasuah juga!
aliasyraf yg bangang lagi bodo sombong, u confirm ker yang si Nuar tu beli MP Umno, ada bukti? berdosa fitnah memfitnah, lagi satu, aku aper dpt bela si Umno tuh?mungkin kau x penah kena antar surat saman PTPTN kot, atau mungkin kau x penah dengar kehebatan negara lain yang jauh lebih bahagia rakyatnya sedangkan peratusan cukai yang di kenakan jauh lebih rendah dari malaysia, nak buat statement belajarlah dulu dik, jgn ikut emosi jer,…
x baik tau fitnah….berdose.
thanx
Ali : Betul juga. Tegar atau togel?
Anak Syed Jaafar Albar kan ada 🙂
Ali : Apa yang kauharapkan daripada anaknya? Tiba-tiba teringat tajuk Debat Kemerdekaan tahun lepas yang ditarik balik oleh penganjur, Sistem Demokrasi di Malaysia Berwajahkan Dinasti…
ntah la nak ckp apa kat anwar nie…
mungkin nak sangat jd PM kot…
tue yg sanggup ke taiwan semata2 utk membentuk kerajaan…
orang sibuk nak raya dah nie…
dia sibuk nak jadi PM…
xfaham…hu3
rasa tak selamat jalan-jalan di KL untuk minggu ini sahaja kah .. ?
Ali : Anwar pernah anjurkan perhimpunan sehingga kedai-kedai di Jln Masjid India ditutup (Sept 98 dan Perhimpunan Bersih). Hebat bukan?
perlukah semua emosi tatkala membincangkan isu ini? patience and wisdom please gentlemen 🙂 everyone difintely has the right to take their own stance so usahlah marah2 sekiranya ada yang tak sependapat. tak gitu Ali?
honestly i think this nation is facing two choices yang sama-sama questionable. prevail the corrupted system, or jump on an impulsive change that is uncertain. too much is at stake. so tatkala dihadapkan dengan pilihan yang sama-sama bengong, choose the lesser evil.
*kl x lg rasa selamat. betul. takut nak pi shopping raya di jln tar takut ada riot. errgghh
Ali : Betul tu Putri Mahirah. Erm, kalau takut, berjalan la dengan cik abang, rasa selamat sikit. Haha!
my name is leviticus not anonymous.. try to find me if can..haha.. double dare..
Ali : Lebih baik cari damai yang abadi… haha!