Tempoh hari, semasa saya di majlis berbuka, ayah saya membuat panggilan telefon.
“Pole postion milik Vettel, team Toro Rosso”
Respons saya, biar betul! Untuk rekod, pasukan Toro Rosso merupakan pecahan daripada pasukan Minardi, yang pernah disertai oleh Alex Yoong serta terkenal dengan pencapaian corotnya.
Sebastian Vettel merubah dan mencatat sejarah. Tahun lalu, ketika Robert Kubica (BMW Sauber) berehat setelah mengalami kemalangan di Grand Prix Kanada, Vettel membuat penampilan sulung pada umur 19 tahun 349 hari, sekaligus mencatatkan sejarah menjadi pemandu termuda mencatatkan mata setelah menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.
Sejarah yang dilakar tidak terhenti setakat itu sahaja.
Semalam, setelah mencatat sejarah dengan menjadi pemandu termuda memperoleh petak pertama pada umur 21 tahun 73 hari, beliau tidak menoleh belakang dengan mencatatkan satu lagi rekod sebagai pemandu termuda memperoleh kemenangan tempat pertama.
Saya juga begitu gembira dengan pencapaian Robert Kubica. Bermula dari petak ke-11, beliau masih menampakkan keunggulan apabila menamatkan perlumbaan di podium (tempat ke-3).
Moga BMW Sauber terus cemerlang!
p/s : Terkilan tidak dapat sertai PERAMAH…
patut la baju SAUBER makin mahal…huauahua
Ali : Teringin nak ada satu…
ING Renault – Tokeh
REDBULL RENAULT – – Pelanggan yang lebih laju
TOYOTA Tokeh
WILLIAMS TOYOTA Pelanggan yang lebih laju
FERRARI – Tokeh
TORO ROSSO – Pelanggan yang lebih laju
KAT ITALI PLAK TU !!!!!
KESIMPULANNYA
Tetap Sokong BMW SAUBER
Bila Nak Ada Pasukan LOTUS PETRONAS agaknya?
Ali : Analisis yang menarik. Tak perlu ade team Petronas lain!
dulu kecik2 ingat nak jadi pemandu F1…tapi lain plak jadinya…apa pun tetap suka micheal schumacher….(walaupun dah pencen…)…hhuhuh