Apa dah jadi. Apa tak jadi?

17 09 2008

Mengambilalih kerajaan sesebuah negara bukanlah suatu perkara kecil. Sudah tentu tidak kecil. Proses yang perlu dilalui cukup sukar. Tatkala pemimpin-pemimpin terdahulu berjuang bermati-matian, yang akhirnya memperlihatkan mandat memimpin kerajaan diperoleh daripada penjajah.

Tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen akan mengambilalih pentadbiran negara di bawah Pakatan Rakyat, ia bukan suatu propaganda kecil. Ia bukan seperti orang kampung memukul canang bahawa anaknya memasuki universiti. Ia bukan seperti pengumuman kecil ketua kampung dengan kebajikan anak buahnya.

Betapa besarnya janji dan kata-kata yang ditabur oleh bekas Timb Perdana Menteri Malaysia ini. Mengambilalih pentadbiran dengan membeli memujuk barisan MP dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, itu satu kes liwat kejam ke atas sistem demokrasi Malaysia.

Jika benar Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berpengaruh, mengapa tidak ditunggu sahaja PRU-13 untuk mengambilalih kerajaan. Jika benar propaganda ala Jepun yang mengatakan rakyat sudah menolak BN, mengapa perlu dirampas diambilalih kerajaan dengan cara begitu, bukannya melalui pilihanraya. Jika benar beliau inginkan perubahan, mengapa tidak ingin menjadi ketua pembangkang pertama yang berjaya merubah kerajaan dalam dewan rakyat.

Maka seantero Malaya menunggu tarikh keramat 16 September 2008. Penantian satu penyeksaan sebenarnya.

Namun, tamat sudah tarikh itu malam tadi.

Apa yang berlaku? Nyata janji yang saya kira bukan suatu perkara kecil telah dilanggar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. BN kekal menjadi kerajaan (sekurang-kurangnya untuk sehari lagi). Datuk Seri Anwar kekal dengan titlenya sebagai ketua pembangkang di dewan rakyat. Kesimpulan, Datuk Seri Anwar tidak mengotakan kata-katanya.

Ya! Mungkin penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar boleh berkata, bukankah semalam Datuk Seri Anwar sudah mengumumkan pelan mengambilalih kerajaan? Saya sudah baca kenyataan penuh beliau, termasuk4 tuntutannya kepada PM Malaysia. Persoalannya, ini satu lagi cubaan menutup kelemahan. Datuk Seri Anwar umumkan dahulu, bahawa 16 September merupakan tarikh mengambilalih kerajaan, bukannya tarikh memulakan pelan mengambilalih kerajaan. Setuju?

Namun, memang semua orang tahu 16 September 2008, Pakatan Rakyat tidak mengambilalih kerajaan. Tetapi, BN harus sedar yang mereka tidak boleh duduk selesa, lantaran tanda-tanda peralihan kuasa itu seperti akan berlaku.

Saya tertarik untuk menamatkan entri ini, dengan memetik senikata lagu ‘Bila Tuhan Tak Ditakuti’ oleh kumpulan Mawaddah.

Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengota
Mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya


Tindakan

Information

4 responses

17 09 2008
Nurul Nadiah

Can’t wait till PRU-13
too much damage will be inflicted to the country

19 09 2008
lambat

pak lah pon kate minyak takkan naek smpai bulan lapan..tup2 sok da naek.kalau da janji……….

Ali : Itu obvious berkempen pilihanraya…

19 09 2008
cokodok

all these while ppl are talking about 16th september based on teh gov view. y not v sit in dsai’s shoes for a moment. i wud like to pull ur attention to do something i myself wouldnt imagine doing, but lets juz do.
now, u r dsai. u ve this image n goal of conquering malaysia on 16th sept with the jumping of 21 mp’s rite? meaning to say, if n only if, these 21 mp’s jump party into his party, then only u can conquer malaysia rite? but i (pak lah) knowing ur plan, even though i might look lembik, but i made a compulsory holiday trip for all my mp’s. so, how on earth r u going to force my mp’s to jump party?
do u c the rational there?
so, dsai will conquer malaysia. when ? how? god knows.
he is desperate for the pm seat that he’ll do anything!

19 09 2008
ghazly

dulu masa DSAI jd menteri kewangan (1991-1998), dia lah yang memperkenalkan dasar kronisme & nepotisme…

hari ni, dia pulak nak cakap konon2 kerajaan sekarang byk rasuah…itu semua retorik dan populis je..

p/s** selepas 6 tahun kat penjara, then x buat kerja ape2, tiba boleh buat rumah banglo berjuta kat bukit segambut…mana dapat duit??lagi satu, mana PKR dapat duit calonkan pemimpin dorang utk pilihanraya seramai hampir 100 seluruh negara??tu x masuk yang bertanding DUN…masa PRU 2004 menag 1 kerusi je…banyak betul duit dia ni…belum jadi PM lagi..kalau dah jadi PM…hmmm (lu pikir la sendiri…)…hahaahahaha

Ali : Gua pikir sendiri la ni…. UPNM = pengaruh Nabil sungguh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: