YB Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan di bawah ISA. Tahniah! Bagus! Ini suatu perkembangan politik yang baik.
Namun, yang menjengkelkan saya ialah apa yang berlaku selepas pembebasan beliau. Katanya, makanan yang disajikan ibarat makanan anjing. Saya tersenyum sendiri.
Anjing di dunia ini bukan ada satu jenis sahaja. Ada kurang lebih 800 jenis anjing di dunia ini, seperti Chihuahua, Bulldog, German Shepherd dan macam-macam lagi. Ada juga jenis anjing peliharaan, anjing untuk tujuan kepolisan/tentera, anjing kurap dan banyak lagi. Ada anjing yang diberi makanan formula, ada yang ala kadar sahaja. (maaflah, saya tidak tahu diet anjing, kerana tidak pernah membelanya)
Maka, anjing jenis mana yang dimaksudkan beliau? Pemerhatian saya, beliau terus samakan semua anjing-anjing yang mungkin mewah makanannya dengan anjing kurap jalanan yang makanannya dua biji telur, timun dan kuah. Terus semua anjing yang comel dan gagah menjadi hina seperti anjing kurap lantaran kenyataan media yang dibuat oleh YB Teresa Kok.
Kesimpulan saya: wajar beliau diberi makanan seperti itu, tidur di bilik 6 meter × 8 meter (yang sebenarnya lebih luas daripada kebanyakan bilik rumah kos rendah), beralaskan papan semata-mata. Kerana apa? Kalau anjing yang mulia disamakan dengan anjing yang hina, biar kita samakan sahaja tahanan politik yang berpangkat exco seperti beliau dengan tahanan perogol bersiri yang dikehendaki negara. Pernah anda dengar perogol bersiri tidur berbantal dua?
Namun, bukan itu teras entri saya kali ini.
Setelah YB Teresa Kok membuat aduan tentang makanannya, tidak berlengah lagi Biro Pengaduan Awam (BPA) membuat siasatan. Katanya, YB Teresa sepatutnya mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.
Nah! Kalau BPA sibuk berbicara mengenai makanan/layanan yang sepatutnya, biar saya ceritakan tentang makanan yang sepatutnya ada di sekolah.
Saya mulakan dahulu dengan kantin sekolah. Persoalan ini pernah saya timbulkan setahun lepas. Saya telah ceritakan bagaimana makanan-makanan di kantin sekolah hanyalah sekadar mengisi perut yang kosong semata-mata. Menu harian? Nasi goreng kaya MSG, mihun keras yang hanya dihiaskan dengan taugeh ataupun mee kari yang kaya minyak dan santan. Minuman? Air berkarbonat kaya dengan pemanis, ataupun kordial cap singa berganda ditambah air gula.
Kita lihat penjaja-penjaja di sekitar sekolah, baik di dalam mahupun luar kawasan sekolah. Barangan niaganya tidak lain; keropok Super Ring, jambu batu yang terdedah, air kordial pelbagai warna, asam boi dsb.
Dewan makan sekolah berasrama pula? Saya tidak mahu ingat kenangan lama. Roti keras, biskut marie atau krim perisa limau, air suam berkeladak, ikan jacket, ayam kurang segar dan banyak lagi.
Mengapa ini tidak mahu ditimbulkan? Ya! Banyak usaha dilakukan oleh pihak kerajaan, saya tahu, terutamanya dewan makan sekolah, semakin berkualiti hidangannya. Namun, bagaimana pula dengan kantin? Penjaja? Adakah sesiapa pernah membuat usaha proaktif tentang itu?
Berbincang dengan makanan sepatutnya, saya cuba mencari garis panduan kantin sekolah oleh Kem Pelajaran Malaysia. Sayangnya, tidak berjumpa. Apa yang saya peroleh, garis panduan di Australia. Tidak mengapalah, kalau YB Teresa boleh samakan semua anjing, saya ibaratkan keperluan semua manusia (dan kanak-kanak) adalah sama.
Merujuk kepada Australian Dietary Guidelines for Children & Adolescent,
- Makanan di sekolah perlu kaya nutrien dan zat. Contohnya bijirin, sayuran, pasta, serat, buah-buahan serta banyak lagi. Adakah ini dipenuhi di kantin sekolah kita?
- Makanan deep-fried seperti kentang goreng, hot dog, sosej, kek, biskut, confectionery, air berkarbonat perlu dihindari. Adakah ini berlaku di kantin kita?
- Kebersihan perlu diutama; makanan perlu ditutup, pekerja dilarang merokok, tempat penyediaan makanan perlu bersih dan merupakan kawasan larangan binatang (sedangkan kucing suka berada di sini). Adakah ini dipenuhi?
- Makanan sejuk di bawah 5°C, makanan panas di atas 60°C, ini untuk mengelakkan suhu 5°C – 60°C yang merupakan zon pembiakan bakteria. Adakah ini dijaga?
Mungkin, kalau YB Teresa Kok ditahan di SHAH Pekan, SMAP Kajang atau mana-mana sekolah yang ada di Malaysia selama seminggu, perkara ini akan terus menjadi perhatian semua.
p/s : Dalam rancangan Bersamamu, ada rakyat kita makan siput babi panggang. Kalau telur dan timun itu makanan anjing, siput babi pula makanan apa?
betol sngat apa yang ko tulis nieh.
rasa tension dan sakit hati pun ada, kenaper kerajaan terikut-ikut dengan orang yang tak betol . Orang buat salah biasa la, akan salahkan balik orang lain.
haih, try suruh teresa kok mkan siput babi mcm dalam rancangan bersamamu, tgk apa respond dier.
manusia tak sedar diuntung, tension…
p/s: dah lah kat sekolah selalu keracunan makanan, kerajaan buat pemantaun dan kes kembali berulang ditempat yang sama, maknanya kerajaan tak buat kerja dengan betol. Buta lagi ker, tindakan akan dilaksanakan konon,yang jadi masa bebudak nak belajar. nie kecoh nak siasat lak tentang aduan dari pesalah sedangkan isu keracunan sepi begitu sahaja.
Ali : Bukan pesalah, tahanan lebih tepat…
yooo.. kat SHAH PEKAN, ada masalah makanan ke?
tp, tetap student2 dia “sihat” kan?
AYOOOO…
Ali : Teringat zaman kurus di sekolah…
pesanan : Jangan melayan provokasi orang@haiwan tertentu.
Haiwan@orang itu akan ketawa sahaja.
Dan, anda akan kelihatan bodoh nanti.
Apapun, makanan di SBP dah sedap dah sekarang ni.
http://penamaya.wordpress.com
skola aku dah makan sedap bila dewan makan tuka tender.hehe:D
ali, this thing should go in mainstream media. you write up an article on school food, and join the wave of food-talk ‘Now Showing’ in the country.
read blogger Kickdefella’s comment on food he got and how positive he can be while in one challenging episode of his life.
i remembered my days in Sains Hulu Selangor… and I agree with you to make a good reviews on what’s cooking.
International Peace Day.
yup, isu makanan, kenapa da terhantuk baru nak tengadah? da tengadah pun, masih tak sedar-sedar lagi. ali, aku rase ko buat satu artikel, ko poskan kat akhbar. yup, macam idea dari hilman.
Ali : Tunggu aku posting dan ubah kantin sekolah aku dulu. Nanti aku jadikannya as ‘kantin contoh’…
Jangan kutuk kerajaan sangat, bimbang nanti kau kena beraya sambil makan telur rebus. Haha.
nasib baik time tu diaorang tak bagi si teressa makanan yang macam whiskies tu. heh. lagi teruk gov kena hempuk
Ali : Government bankrap la… mahal tu!
Right, school canteens in many schools in Malaysia do not compile to the standard of nutrition set by the government. What the canteen operators will tell you. It is costly to follow the guildline, not profitable but they drive big cars.
Tell the pupils to bring their own food from home. Don’t be lazy.
isu ni membuat saya tertawa la..
aper nak jadi ngan politik kat malaysia..
wahhh aku suka gila entryy ni!
memanglah dalam rancangan Bersamamu ada makan siput babi tapi OKT (orang kena tahan) pun manusia juga. mana??? peruntukan yang diberi kerajaan? masuk perut siapa? LU PIKIR LAA SENDIRI.