Majoriti terbesar : Beza 2004 dan 2008

24 09 2008

Ada dua individu yang saya akan bincangkan dalam hal ini. Dua MP yang telah memperoleh mandat daripada rakyat dalam PRU-11 dan PRU-12. Dua MP yang mencatatkan rekod dengan menjadi calon yang memenangi PRI dan memperoleh majoriti tersesar di Malaysia. Dua MP yang datangnya daripada dua pihak berbeza; satu daripada Barisan Nasional, satu daripada Pakatan Rakyat.

2004 menyaksikan Dato’ Shahrir Samad memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru dengan majoriti 46 792, ini merupakan majoriti tertinggi semasa pilihanraya umum ke-11. Pada pilihanraya umum ke-12 lalu pun, Teresa Kok Sum Sim dari Parlimen Seputeh pula memegang gelaran majoriti tertinggi, iaitu 36 492.

Kedua-duanya mempunyai beberapa isu. Untuk entri ini, saya petik satu isu yang melibatkan Dato’ Shahrir iaitu perletakan jawatan sebagai pengerusi BNBBC dan isu ‘Makanan Anjing’ Teresa Kok.

Pada tahun 2006, semasa Dato’ Shahrir memegang jawatan sebagai Pengerusi BN BBC (Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional), beliau telah mencetuskan kontroversi di dalam arena politik apabila permintaan untuk membahaskan usul yang dibawa oleh Lim Kit Siang tidak disokong oleh MP daripada Barisan Nasional. Cerita penuh, anda boleh baca di sini. Peristiwa ini menggambarkan betapa Dato’ Shahrir (selaku pemegang ‘anugerah’ majoriti tertinggi PRU) mempunyai prinsip yang dipegang hingga BN sendiri pun perlu dibetulkan jika tidak selari dengan prinsip perjuangan sejati. Itu belum masuk cerita Dato’ Shahrir bertanding dan mengalahkan calon BN pada awal 90-an.

Lain pula ceritanya dengan 2008. Ya! Saya akui, Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah akta kejam dan zalim. Semua orang tahu ISA ini. Namun, isu yang saya ingin timbulkan bukannya isu kekejaman ISA, tetapi peristiwa selepasnya yang menggambarkan peribadi Teresa Kok. Semasa dalam sidang akhbar selepas dibebaskan oleh ISA, beliau membuat kenyataan betapa makanan di dalam tahanan adalah ibarat makanan anjing. Tidak percaya, tonton sendiri video di bawah. (lihat pada 3:20)

[3:20] “… so I can tell the food is a worse aaa.. maybe similar to dog food (disambut dengan gelak ketawa)… I have been … there was one day they gave me two boiled eggs for lunch, two boiled eggs for dinner… and some kuah… and aaa… and some apa, cucumber… and thats my lunch and my dinner…”

Kemudiannya, selepas berlaku peristiwa ‘terlepas cakap’ ini, YB Teresa menyalahkan Utusan pula kerana memutarbelitkan kenyataannya. Erm… putarbelitkan ke? Kalau isu sekecil dan seobvious ini pun boleh dimain-mainkan oleh YB Teresa Kok, apatah lagi isu-isu besar yang melibatkan negara.

Kesimpulannya, pemegang majoriti terbesar dalam PRU akan mempunyai kontroversi sendiri. Baik BN, mahupun PR. Namun, berdasarkan entri ini, anda tentukan sendiri mana lebih baik. Pemegang majoriti terbesar BN semasa PRU-11, ataupun penyandang kerusi Seputeh itu.

Pendirian saya, saya tetap mahukan perubahan. Namun, saya tidak mahu berubah arah. Kerana pihak yang kini menjanjikan perubahan, berada dalam keadaan tidak tentu arah.

Terkini : Teresa Kok mengakui bahawa beliau membuat kenyataan bercanggah tentang isu ini. Bagus! Mengakui kesilapannya. Tahniah Teresa Kok. Moga berkhidmat lebih baik untuk Seputeh dan Kinrara!


Tindakan

Information

4 responses

24 09 2008
x mamat x

aku mengikuti perkembangan makanan lokap kat tv3 (buletin utama).

tapi aku agak kecewa sebab bila segmen politik, takde sarikata alih bahasa petikan ahli-ahli politik.

pada pandangan aku, media (khususnya media prima) cuba na menyembunyikan sesuatu.

hal ni baiasa sebab rata-rata golongan muda (macam kite ni) masih boleh faham apa yang ahli-ahli politikus tu perkatakan, tapi macam mana pula dengan golongan tua (contoh macam mak bapak aku), mesti diorang tak faham.

tapi bila segmen ekonomi, dan selainnya, ada pula sari kata terjemahan.

24 09 2008
crewUM

buat ali: sy ni x la obvious pd mane2 pihak..tp sy rase u xtau ke ‘arah’ yg u xnk ubah tu btol2 stabil@xtntu arah..org dalaman sndri porak peranda,akhbar Utusan tu lah wadah yg wat diorg tu nmpk cool,’don’t judge a book by is cover’..satu lg ‘arah’ yg nmpk xtentu arah tu pulak,buzy u mngambil alih proksi yg mmg xtntu arah.La…bukan ke bgus,bgus utk kte@ko yg nakkan perubahan nih…

Ali : Ingin kembali tegakkan semangat yang hilang…

26 09 2008
eddy

kepada crewUM > perubahan takat mana ko nak?
aku dah puas dengan perubahan yang ko sogok!! mana 16 september ko? ko ni belum sedar, PKR and the fake gang tengah mengisi kemerdekaan dengan kemusnahan.. ko nie mmg tak study sejarah ke apa?
nasihat adik kepada abg/ akak, tak payah nak bg komen kat blog org kalo tanak tunjuk diri, nama dia tak bertanggungjawab!!!

kepada ali > analisis yang bagus, tapi tiada kesimpulan yang jelas. biar saya cuba rangkumkan apa yang abg nak cakap :

“dalam dunia politik, kita boleh bezakan siapa permata dan kaca dalam memperjuangkan bangsa dan negara”

7 10 2008
Keluk Ajaib

Setuju. Mungkin “arah” kita sama. Haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: